Sila Klik Pada Imej Untuk Membesarkan Paparan
Khamis, 13 Mei 2010
Isnin, 10 Mei 2010
BUKU HEBATNYA BULAN ISLAM KINI DI PASARAN
Tajuk: HEBATNYA BULAN ISLAM
Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus
Harga: RM17
Halaman: 440
Penerbit : Karya Bestari / Karangkraf
Untuk membeli secara online sila ke sini :
Untuk mendapatkan borang langganan sila ke sini:
*****************************
Umat Islam di Malaysia lebih cenderung untuk menggunakan kalendar masihi berbanding hijrah dalam urusan harian mereka. Hakikatnya, penggunaan tarikh dalam kalendar Hijrah hanyalah mengikut musim tertentu. Umpamanya, pada bulan Ramadan. Setiap hari dihitung dengan penuh minat kerana keterujaan untuk menyambut kedatangan 1 Syawal atau Aidilfitri.
Di sisi lain, minat terhadap kalendar hijrah ini turut muncul apabila tibanya hari-hari yang dianggap kebesaran atau bersejarah bagi umat Islam. Apatah lagi sekiranya tarikh tersebut diiringi dengan cuti umum seperti Awal Muharam, Maulidul Rasul dan Nuzul Quran. Tambahan lagi, hari-hari kebesaran itu tercatat pu la pelbagai ibadat seperti puasa, doa-doa, zikir-zikir dan solat-solat sunat yang dikhususkan.
Amat mendukacitakan kerana tidak semua amalan tersebut berpijak atas landasan pendalilan yang kukuh. Ada amalan yang hanya direka cipta oleh individu atau jemaah tertentu. Ada pula ibadat yang berlandaskan hadis-hadis dha’if (lemah) atau mawdhu’ (palsu). Terdapat juga amalan yang benar-benar bersumberkan daripada al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah. Inilah contoh ikutan kita yang terbaik lagi sempurna.
Rentetan daripada itu, maka saya menyusun sebuah buku untuk membahaskan apakah ibadat yang tulen dan bidaah lagi terlarang menurut bulan-bulan Islam.
Kandungan Buku
BULAN MUHARAM
Berhijrah Menuju ALLAH dan Rasul
Amalan Sunnah dan Bidaah Pada Bulan Muharam
Peristiwa Karbala dan Hari Asyura
BULAN SAFAR
Tiada Kesialan Pada Bulan Safar
Amalan Bidaah Pada Bulan Safar
BULAN RABIULAWAL
Fatwa – Fatwa Ulama Tentang Menyambut Maulidul Rasul
Ittiba’ Sebagai Bukti Kecintaan Kepada Rasulullah
Hakikat Mencintai Rasulullah
BULAN REJAB
Amalan-Amalan yang Dianggap Sunnah Pada Bulan Rejab
Fatwa Ulama Tentang Menyambut Israk Mikraj
BULAN SYAABAN
Menyambut Kedatangan Bulan Syaaban
Sambutan Nisfu Syaaban Bukan Daripada al-Sunnah?
BULAN RAMADAN
Keistimewaan Bulan Ramadan
Amalan-amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan
Solat Tarawih
BULAN SYAWAL
Puasa Sunat Enam Hari pada Bulan Syawal
BULAN ZULHIJJAH
Keutamaan Bulan Zulhijah
Ibadat Korban
Mengerjakan Ibadat Korban Menurut al-Sunnah Rasulullah.
AMALAN-AMALAN YANG DISUNNAHKAN SEMPENA HARI RAYA
*************************
SINOPSIS
Redha ALLAH itu penting. Dengannya, sejahteralah kehidupan selamanya. Tanpanya, nerakalah tempat akhirnya. Peringatan ALLAH itu jelas:
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan (mana-mana bahagian daripada agama mereka) sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh ALLAH? - Surah as-Syura: 21
Ingatlah, ketika Rasul berbicara, itulah mutiara hidup sebenarnya. Sesiapa yang mencari redha ALLAH dengan kemurkaan manusia, maka ALLAH cukupkan dia daripada memerlukan bantuan manusia.
Sesiapa yang mencari redha manusia dengan kemurkaan ALLAH, maka ALLAH serahkan dia kepada manusia. - HR Tarmidzi
Antara topik menarik dalam buku ini adalah :-
Hadis dha’if sebagai sumber hukum
Kedudukan doa akhir dan awal tahun Hijrah
Hari Asyura dan peristiwa Karbala
Fatwa tentang sambutan Maulidul Rasul
Ittiba’ dalam IslamNisfu Syaaban dan amalannya
Hukum menyambut Israk Mikraj
Hukum ibadat korban
Hukum solat hari raya
Amalan sunnah sempena hari raya
Jumaat, 7 Mei 2010
Majalah i Mei 2006 : Wawancara Bersama Mohd Yaakub bin Mohd yunus
Assalaamu'alaikum,
Majalah i edisi bulan May 2006 telah membahaskan fenomena positif kemunculan golongan professional yang bukan berlatar-belakangkan pendidikan formal dalam bidang keagamaan tetapi mampu untuk menyampaikan atau menulis perkara-perakara berkaitan agama dengan baik. Maka akob dan rakan-rakan seperti kapten Hafiz Firdaus (MAS), Tuan Hassan Tuan Lah (TM) dan Khairol Amin (HeiTech Padu) telah dijemput dalam satu sessi temubual.
Sekian
Majalah i edisi bulan May 2006 telah membahaskan fenomena positif kemunculan golongan professional yang bukan berlatar-belakangkan pendidikan formal dalam bidang keagamaan tetapi mampu untuk menyampaikan atau menulis perkara-perakara berkaitan agama dengan baik. Maka akob dan rakan-rakan seperti kapten Hafiz Firdaus (MAS), Tuan Hassan Tuan Lah (TM) dan Khairol Amin (HeiTech Padu) telah dijemput dalam satu sessi temubual.
Sekian