Setiap manusia pasti akan dikurniakan nikmat oleh Allah
s.w.t. dan adakalanya sesetengah insan itu mendapat nikmat yang lebih
berbanding dengan yang lain dan ia membuatkan seseorang itu kelihatan lebih istimewa.
Sedikit keistimewaan yang Allah kurniakan tersebut seperti harta yang banyak, ilmu
yang tinggi, kebijaksanaan, kekuatan fizikal, paras rupa yang cantik, jawatan
yang tinggi, ramai pengikut, dan pengaruh yang besar adakalanya mendorong manusia
untuk lupa akan hakikat dirinya yang lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan
Allah.Perasaan sebeginiboleh menyebabkan timbulnya sifat bangga diri atau ujub.
Ujub merupakan perasaankagum terhadap diri sendiri yang
terbit dihati seseorang insan yang beranggapan dirinya memiliki sifat yang
lebih baik atau sempurna berbanding dengan orang lain. Imam Sufyan Ats-Tsauri r.h
berkata: “Sifat ujub adalah kekagumanmu pada dirimu sendiri, sehingga kamu
merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya daripada saudara kamu.
Sedangkan boleh jadi kamu tidak beramal dengan benar seperti dia, atau
barangkali dia lebih warak daripada kamu terhadap hal-hal yang diharamkan Allah
dan lebih tulus amalnya.” Imam Ibnu al-Mubarak r.h pula menyatakan: “Perasaan
ujub adalah ketika engkau merasakan dirimu memiliki kelebihan tertentu yang
tidak dimiliki oleh orang lain.”
Sifat ujub ini ditegah oleh syarak kerana iamerupakan
faktor yang dapat mencetuskan pelbagai sifat-sifat buruk yang lain seperti
sombong, takbur, bongkak, iri hati, dengki, khianat dan sebagainya. Firman
Allah s.w.t.: “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang
rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak
sombong; sesungguhnya Allah tidak suka
kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”(Luqman
: 18) Allah s.w.t. turut berfirman:“…maka janganlah kamu memuji-muji diri
kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia-lah sahaja yang lebih mengetahui
akan orang-orang yang bertaqwa.” (Najm : 32)Ayat ini melarang seseorang
itu dari memiliki persepsi bahawa dirinya itu suci dari melakukan kesilapan dan
menolak sikap narsisisme iaitu perasaan cinta terhadap diri sendiri yang
berlebihan.
Rasulullah s.a.w. turut memberi amaran bahawa bagi
mereka yang bersifat ujub atau bangga diri ini mereka akan dihukum oleh Allah
s.w.t. sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Baginda bersabda:"Apabila
seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang
disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya
(merasakan dirinya lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan
dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat," (Hadis riwayat Imam
al-Bukhari)
Penyakit ujub ini mampu menyerang sesiapa sahaja hinggakania
turut boleh menjangkiti golongan ilmuan Islam dan para pendakwah. Sikap begini
kebiasaannya timbul apabila segelintir kecil para pendakwah beranggapan bahawa
ilmu yang dimilikinya itu sudah cukup tinggi melangit sehingga dia merasakan
kebenaran itu sentiasa berada di pihaknya. Dia tidak suka mengambil manfaat
ilmu daripada pihak lain atau golongan yang tidak sealiran dengannya kerana dia
merasakan dirinya sudah terlalu pandai. Dalam ertikata lain golongan pendakwah
yang bermasalah ini hanya berpegang teguh dengan pendapat mereka sendiri tanpa
memperdulikan pendapat yang lain. Sekiranya pendapatnya dibantah atau dia
melihat pihak lain melakukan kesilapan akan dibalasnya dengan kata-kata sinis
berbentuk celaan, mencaci-maki, menuduh sesat dan lain-lain perbuatan yang
bertujuan untuk merendahkan pihak yang disanggahnya itu.
Satu lagi faktor penyebab timbulnya sikap bangga diri atau
ujub di kalangan para pendakwah ini adalahpuji-pujian yang diberikan secara
berlebihan oleh para pengikutnya. Populariti yang meningkat yang dapat
dirangsangkan apabila melihat buku-buku tulisannya diulang-cetak beberapa kali,
ceramah-ceramahnya dihadiri oleh ratusan bahkan ribuan orang, laman Facebook
miliknya memiliki ramai pengikut, klip ceramahnya di Youtube telah dilihat (view)
oleh puluhan ribu orang turut memiliki saham dalam mewujudkan perasaan bangga
diri tersebut.
Ajaran Islam sentiasa bertindak menutup segala
ruang-ruang kecil yang akhirnya boleh menimbulkan kerosakan yang besar.Ternyata
sikap berlebihan dalam menghormati atau memuliakan golongan pendakwah atau
ulamak boleh menghanyutkan mereka dengan perasaan bangga diri sekiranya mereka
gagal mengawal hawa nafsu mereka.Mungkin inilah hikmahnya Rasulullah s.a.w.
melarang para sahabat untuk berdiri dari tempat duduk sebagai tanda
hormatketika menyambut ketibaan baginda. Anas bin Malik r.a berkata: “Tidak
seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah s.a.w..Tetapi,
bila mereka melihat Rasulullah s.a.w. (hadir), mereka tidak berdiri untuk baginda.Ini
adalah kerana mereka mengetahui bahawa baginda membenci perkara tersebut.”
(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)Justeru itu amalan yang telah menjadi kebiasaan
dalam masyarakat iaitu berdiri sebagai tanda penghormatan kepada manusia
seperti berdiri menyambut kehadiran Tok Guru yangmasuk untuk berceramah
sewajarnya dihentikan.Rasulullah s.a.w. turut melarang kata-kata pujian yang
berlebih-lebihan kepada sesiapa sahaja termasuk diri baginda sendiri.Anas bin
Malik r.a berkata seorang lelakitelah datang kepada Rasulullah s.a.w seraya
berkata:“Ya Muhammad! Ya Sayyidina ibni Sayyidina! (Wahai Tuan kami dan
anak kepada Tuan kami), Wahai yang terbaik di kalangan kami dan anak kepada
yang terbaik di kalangan kami!” Rasulullah menjawab: “Wahai manusia, hendaklah
kalian bertakwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau.
Sesungguhnya aku adalah Muhammad bin Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya; dan
aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat
kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah 'Azza wa Jalla tentukan bagiku.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Kepada para pendakwah yang ujub dengan ilmu yang
dimilikinya, ingatlah pesanan Imam Adz-Dzahabi r.h di dalam kitab beliau
bertajukAl-Kaba’irini,“Kesombongan yang paling buruk adalah orang
yang menyombongkan diri kepada manusia dengan ilmunya, dia merasa hebat dengan
kemuliaan yang dia miliki. Orang semacam ini tidaklah bermanfaat ilmunya untuk
dirinya. Kerana barang siapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu
akan membuatnya rendah hati dan menumbuhkan perasaan khusyukdi hati serta
ketenangan jiwa. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus
memperhatikannya. Bahkan di setiap saat dia selalu bermuhasabah diri dan membetulkannya.
Apabila dia lalai dari hal itu, dia pasti akan terlempar keluar dari jalan yang
lurus dan binasa. Barang siapa yang menuntut ilmu untuk berbangga-bangga diri
dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta memperbodoh
dan merendahkan mereka, sungguh ini tergolong kesombongan yang paling
besar.Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan
walaupun hanya sekecil zarah, la haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah).”
Untuk menghindari sikap ujub seseorang itu mesti
menyedari bahawa segala nikmat kelebihan yang ada pada diri masing-masing itu adalah
semata-mata kurniaan daripada Allah s.w.t. sahaja.Oleh itu sikap yang
seharusnya ada pada setiap insan apabila menerima limpah kurnia daripada Allah s.a.w.t.
ada bersyukur kepada-Nya nescaya Dia akan menambah nikmat kurnian-Nya itu. Firman-Nya:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika
kamu bersyukur nescaya Aku akan menambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”
(Ibrahim : 7) Ingatlahbahawa Allah s.w.t. pada bila-bila masa boleh menarik
segala kelebihan atau keistimewaan yang telah Dia kurniakan kepada kita
sekiranya kita tidak bersyukur dan berterusan dengan sikap membangga diri.
Ketahuilah bahawa disisi Allah s.w.t. semua hamba-hamba-Nya sama sahaja melainkan
golongan yang bertakwa yang Dia lebih muliakan. Firman-Nya: “Wahai umat
manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih takwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al-Hujuraat
: 13)Hamba Allah yang bertakwa itu adalah mereka yang menunaikan segala kewajipan
dan meninggalkan larangannya.
Kepada seluruh
penuntut ilmu, hayatilah pesanan Imam Ibnul Qayyim r.h ini di dalam kitabnya berjudul
Al-Fawa’id. Menurutbeliau: “Salah satu tanda kebahagiaan dan kejayaan
adalah tatkala seorang hamba semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah
pula sikap tawaduk dan kasih sayangnya. Dan semakin bertambah amalnya maka
semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya.Setiap kali bertambah usianya
maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya.Setiap kali bertambah hartanya
maka bertambahlah kedermawanan dan kemahuannya untuk membantu sesama manusia.Dan
setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan pangkatnya maka semakin dekat pula
dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan berbagai keperluan mereka serta
bersikap rendah hati kepada mereka.”
Oleh itu marilah kita semua berazam untuk membuang
jauh-jauh sifat ujub yang terlarang ini dan kita gantikan dengan sikap tawaduk
iaitu sikap merendah tanpa menghinakan diri.Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya
Allah s.w.t. telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri (bersikap
tawaduk), sehingga tidak ada seorang pun menganiaya orang lain dan tidak ada
yang bersikap sombong terhadap orang lain."(Hadis riwayat Imam Muslim). Golongan pendakwah yang tawaduk boleh menerima
kebenaran yang datangnya daripada sesiapa sahaja dan mampu berinteraksi dengan
semua golongan manusia.Sifat tawaduk ini dapat membantu pendakwah untuk
menyatupadukan masyarakat dan menyemai perasaan kasih sayang di antara sesama
umat Islam yang bersaudara.Sikap positif yang terpancar dari diri seseorang
pendakwah akan membuatkan dia disenangi oleh semua lapisan masyarakat dan
menjadi contoh yang baik kepada golongan sasaran yang hendak didakwahnya.
Apabila pendakwah memiliki sikap yang disenangi oleh semua pihak, maka
dakwahnya akanlebih mudah diterima dan berkesan.