tag:blogger.com,1999:blog-5530419471132583006.post8519900543074377876..comments2023-07-31T19:26:09.166+08:00Comments on Minda Akob: Majalah i May 2008 : WAJIBKAH BERPEGANG KEPADA MAZHABMohd Yaakub bin Mohd Yunushttp://www.blogger.com/profile/10908931449664876980noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-5530419471132583006.post-19410354861692821922008-07-10T08:43:00.000+08:002008-07-10T08:43:00.000+08:00Assalaamu’alaikumPertamanya di dalam artikel terse...Assalaamu’alaikum

Pertamanya di dalam artikel tersebut tidak ada satu kenyataan pun yang menyatakan bahawa pandangan Syaikh al-Albani dan al-Bouthi adalah 100% sama. Malah sekiranya dilihat kepada maklum balas saya kepada komentar pembaca lain sebelum ini, saya telah nyatakan bahawa terdapat perbezaan pandangan di antara kedua-dua Syaikh tersebut berkaitan dengan buku Syaikh al-Khojandi. Al-Bouthi memandang bahawa Syaikh al-Khojandi mengharamkan 100% mazhab sedangkan al-Albani menyangkal pendapat tersebut dan menyatakan bahawa al-Khojandi hanyalah mengharamkan taksub mazhab. Ini dapat kita perhatikan melalui transkrip perdebatan di antara al-Albani dan al-Bouthi. Jika dilihat latar belakang penulisan buku al-Khojandi tersebut ternyata pandangan al-Albani adalah lebih benar. Buku ini menjelaskan tentang seorang pelajar di Jepun ingin memeluk Islam lantas dipujuk dengan keras oleh para fanatik mazhab untuk mengikuti mazhab mereka sehingga menyebabkan pelajar tersebut menjadi keliru dengan gelagat pentaksub mazhab tersebut. Lalu al-Khojandi menulis bukunya itu.

Keduanya untuk bersikap adil maka hendaklah kita membaca secara bersama buku al-Bouthi, buku-buku atau risalah-risalah al-Albani berkaitan isu mazhab, buku al-Khojandi dan meneliti sendiri skrip perdebatan di antara al-Albani dan al-Bouthi. Setelah kesemua tersebut dilakukan baru kita mampu untuk melihat beberapa persamaan yang penting di antara al-Albani, al-Khojandi dan al-Bouthi yang sebenarnya juga selari dengan artikel saya. Apa yang artikel saya ingin sampaikan adalah:

1) Tidak salah untuk bermazhab, yang salah adalah taksub mazhab
2) Talfiq tidak diharamkan.
3) Taqlid juga tidak diharamkan secara total
4) Kedua pendapat yang mewajibkan taqlid dan mengharamkan mazhab adalah ghuluw (ekstrem)

Ketiga yang mengaku bahawa terdapat persamaan pendapat di antara al-Bouthi dan al-Albani dalam isu mazhab ini adalah Syaikh al-Bouthi sendiri di dalam mukadimah kitab tersebut untuk cetakan yang kedua. Apa kata al-Bouthi tentang perdebatan beliau dan al-Albani:

PERTAMA : (Syaikh al-Albani) terlalu membesar-besarkan judul buku ini (jika diterjemahkan bermakna) Tidak Bermazhab Adalah Bid’ah Paling Berbahaya Yang Mengancam Syari’ah Islam. Menurut beliau (al-Albani), saya tidak membentangkan dalam buku ini sesuatu yang menunjukkan kebenaran dari judul yang menyeramkan.

KEDUA: Dalam pandangan beliau (al-Albani), saya belum dapat memahami apa yang dinginkan oleh al-Khojandi dalam risalah beliau yang dibantah oleh buku saya. Yang sesuai dengan pandangan Syaikh Nashir (al-Albani), bahawa beliau (al-Albani) TIDAK mengingkari keberadaan dan perkembangan mazhab-mazhab, dan TIDAK mengingkari pembolehan taqlid mazhab-mazhab tersebut bagi mereka yang belum mecapai darjat ijtihad. Akan tetapi yang beliau (al-Albani) TIDAK benarkan adalah fanatik kepada mazhab-mazhab dengan menyisihkan dalil-dalil yang telah diketahui. INILAH TITIK TEMU DI ANTARA KAMI BERDUA (iaitu al-Bouthi dan al-Albani), sehingga kami anggap tidak diperlukan lagi terjadi pertentangan dalam masalah ini.

Demikian ringkasan pandangan beliau (al-Albani) yang dikemukakan pada pertemuan di antara kami, yang berlangsung selama tiga jam.

Dari pertama saya sudah katakan kepada beliau (al-Albani), bahawa buku ini pada keseluruhannya bersesuaian dengan judul tersebut. Sebenarnya maksud utama dari penjelasan saya dalam buku ini adalah keberadaan kaum muslimin yang belum mampu mengambil satu hukum secara terus dari al-Qur’an dan hadis, baik pada zaman sahabat, tabi’in dan orang-orang setelah mereka. Diperbolehkan bagi mereka untuk mengikuti salah satu daripada para Imam yang telah mencapai tingkatan mujtahid. Setiap mereka diperbolehkan untuk pindah kepada mujtahid yang lain (boleh untuk talfiq – pen).

Sekian nukilan kata-kata Syaikh al-Bouthi. Adakah al-Nafis masih beranggapan saya telah melakukan pembohongan? Akhir kata saya ingin menucapkan terima kasih kepada al-Nafiz kerana sudi melontarkan pendangan saudara. Saya amat menghargai segala komentar yang ikhlas dengan niat untuk saling nasihat-menasihati. Maklum balas yang ikhlas amat saya hargai agar ianya boleh dijadikan sebagai check & balance untuk diri saya sendiri.

Sekian WassalaamMohd Yaakub bin Mohd Yunushttps://www.blogger.com/profile/10908931449664876980noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5530419471132583006.post-19051401114455583682008-07-09T18:12:00.000+08:002008-07-09T18:12:00.000+08:00Assalamu'alaikum,Setelah saya membaca buku dr said...Assalamu'alaikum,

Setelah saya membaca buku dr said ramadhan al bouti, nampaknya anda ini bukan sahaja mengelirukan. Bahkan sebenarnya telah berbohong dalam beberapa aspek.

Saya membaca buku Bahaya Bebas Mazhab menunjukkan bahawa dr said ramadhan al bouti mengkritik sheikh al khajandi tentang pendapatnya yang secara total mengharamkan mazhab. Bahkan turut mengkritik albani yang senada dengan al khajandi dan beliau (said ramadhan al bouti) sendiri telah berbahas dengan albani sendiri.

Bahkan Albani sendiri telah membuat satu pendapat yang amat berbahaya dengan mengatakan mazhab hanafi sama dengan bible yang ada sekarang.

Nampaknya pendapat tuan menggunakan kalam albouti yang kononnya dapat digabungkan dengan albani adalah satu fitnah yang besar.Adminhttps://www.blogger.com/profile/16550097376492056862noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5530419471132583006.post-70853701919821769992008-06-05T11:10:00.000+08:002008-06-05T11:10:00.000+08:00W'alaikumussalaam WarhmatullahTerima Kasih atas ko...W'alaikumussalaam Warhmatullah

Terima Kasih atas komentar saudara.

Pertamanya saudara kenalah ikuti buku-buku saya yang telah berada di pasaran. Begitu juga artikel-artikel saya yang telah disiarkan dalam akahbar-akhbar dan
majalah. Dan seterusnya bacalah blog saya pada masa-masa yang mendatang. Dengan itu Insya Allah saudara akan fahami manhaj saya.

Setakat ini respond yang kami terima, alhamdulillah sungguh menggalakkan. Tiada dari kalangan pembaca saya setelah membaca buku atau artikel saya terus
keesokkan harinya menjadi anti mazhab. Apa yang ingin kami timbulkan adalah semangat untuk mendalami ilmu agama. Di Malaysia sudah seakan-akan menjadi
budaya bahawa orang awam hanya perlu bergantung kepada ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Ustaz-Ustaz di masjid-masjid, Orang awam tidak boleh meneiliti
ilmu-ilmu agama takut nanti berguru dengan syaithan. Ironinya kebanyakkan aliran-aliran yg diwartakan sesat oleh Jabatan-Jabatan Agama di Malaysia, pendiri
ajaran tersebut majoritinya terdiri dari mereka yang mengaku sebagai kiyai-kiyai, ustaz-ustaz, tok syaikh-tok syaikh malah ada yang serbannya lebih besar dari
bakul. Orang awam pula yang dididik dengan budaya taklid buta hanya menerima sahaja apa yang disampaikan mereka ini apatah lagi jika pengajarnya itu kelihatan
alim dan awark dengan janggutnya, jubahnya dan serbannya. Kita ingin membanteras budaya taklid buta ini kepada budaya taklid celik atau yang kita klasifikasikan
dengan budaya ittiba'. Budaya ini mengajar di samping kita mengikuti pendapat para ulamak maka hendaklah kita juga melihatkan dalil-dalil yang membelakangi
pendapat mereka. Disamping ijazah dari timur tengah, status, jubah, jangut dan serban mereka hendaklah kita melihat dalil yang dipakai oleh mereka. Kita ingin
mencetus semangat untuk menimba ilmu di kalangan orang awam. Kita nak banteras pemikiran "apa yang Ustaz tuh cakap semua kena terima", kepada budaya "apa
yang Ustaz itu cakap apa dalilnya". Itulah sebabnya agaknya sesetengah Ustaz mula terasa kurang senang kerana orang awam mula meminta dalil tentang pandangan
mereka sedangkan Ustaz tersebut pun sebenarnya hanya taklid sahaja tanpa mengetahui dalilnya. Itulah ringkasnya misi kami.

Apa yang nak digusarkan, setiap pandangan kami akan kami perturunkan dalil dari al-Qur'an dan al-sunnah. Jika dalil dari al-Qur'an, kami pastikan tafsiran sesuai
dengan kitab-kitab tafsir yang muktabar. Dan jika dalil dari hadis, kami akan memberi rujukan hadis tersebut dan kekuatan darjat hadis menurut piawaian
ulamak-ulamak hadis. Kemudian kami lihat pula syarah hadis tersebut merujuk kepada kitab-kitab syarah hadis. Fahaman kami terhadap al-Qur'an dan al-hadis
adalah berdasarkan fahaman generasi al-Salafussoleh yakni generasi tiga kurun terbaik umat Islam. Setelah itu kita bawa pula pandangan-pandangan ulamak dari
kalangan empat-empat Imam Mazhab yang muktabar dengan mengutamakan pandangan Imam al-Syafi'i. Pelik bin hairan sekiranya ketelitian sebegini dalam
berhujah boleh menyebabkan kekeliruan melainkan sekiranya mereka yang buat-buat keliru itu telah terlebih dahulu taksub dengan pandangan yang telah sedia ada.
Hanya kelompak yang taksub akan merasakan slogan kembali kepada al-Qur'an dan al-Sunnah bertujuan untuk membasmi mazahab-mazahab dalam Islam.

Adakah kami menyuruh membelakangi ulamak? Ini hanyalah sangkaan anda semata-mata. Kami sememangnya menyuruh semua pembaca kami hadirkan diri dalam
kuliyah-kuliyah agama. Pelajarilah ilmu agama demi kesejahteraan duniawi dan ukhrawi. Namun pada masa yang sama hendaklah kita meningkatkan research kita
sendiri. Bukalah kitab-kitab especially yang bersangkutan dengan amalan harian kita dan akidah. Bila tak faham rujuklah kepada guru-guru kita. Tinggalkan budaya
taklid yang hanya sesuai dengan mereka yang memiliki kelemahan dalam berfikir dan terapkan budaya ittiba'. Kami mengklasifikasikan manusia kepada 3 bahagian.
Muqallid, Muttabi' dan Mujtahid. Inilah perbezaan di antara al-Bouthi dan Khojandi/al-Albani. al-Bouthi hanya membahagikan manusia kepada muqallid dan
mujtahid. Jadi tak benar kami menyeru semua orang awam untuk jadi mujtahid! Seruan kami adalah membentuk muttabi'. Untuk menjadi muttabi' kena selak
buku-buku ulamak dan melihat sendiri pendalilan mereka.

Tentang qasar perlukan lebih dari dua marhalah. Kalau ikut budaya taklid, dah ulamak kata kena lebih dari 2 marhalah maka kenalah ikut. Dalam bab ini kita kena
himpunkan hadis-hadis tentang musafir Nabi saw dan lihat semua dalil-dalil dan teliti kekuatannya. Ternyata hadis tentang qasar ikut jarak 2 marhalah itu dha'if .

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu: “Wahai penduduk Mekah, janganlah kamu sekalian mengqasarkan sembahyang (bagi jarak perjalanan) yang
kurang dari 4 barid (2 marhalah) iaitu dari Mekah ke Asfan.” Berkata Imam al-Syaukani rahimahullah:

Hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah kerana dalam sanadnya (jalur perawi yang meriwayatkan hadis ini) terdapat Abdul Wahhab bin Mujahid bin Jubair, dia adalah
matruk (tertolak). Imam al-Nawawi juga menyatakan beliau adalah pendusta. Menurut al-Uzdy, riwayat ini tidak sah darinya (iaitu dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu
'anhu) kerana perawi yang meriwayat darinya adalah Isma’il bin Iyash dan dia adalah dha’if (lemah di kalangan orang-orang Hijaz) dan Abdul Wahhab tersebut
adalah orang Hijaz. Yang benar, hadis ini adalah mauquf (terhenti) pada Ibnu ‘Abbas, sebagaimana yang ditakhrij oleh al-Syafi’i darinya dengan sanad yang shahih.
[Imam Muhammad al-Syaukani, Nailul Authar, jld. 3, ms. 481.]

Hadis yang mauquf adalah perkataan atau perbuatan atau taqrir (persetujuan) yang disandarkan kepada seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Riwayat
mauquf tidak dijadikan hujjah dalam menentukan hukum agama kecuali jika terdapat ijma’ (kesepakatan) di kalangan para sahabat. Ternyata dalam permasalahan ini
tidak wujud kesepakatan di kalangan para Sahabat radhiallahu 'anhum tentang jarak 4 barid atau 2 marhalah sebagai batas minima yang diperbolehkan
mengqasarkan sembahyang. Yang lebih patut diunggulkan adalah hadis shahih yang menujukkan baginda telah mengqasarkan solat dalam musafir yang kurang dari 2
marhalah asalkan persyaratan musafir telah dipenuhi. Untuk perbahasan penuh sila rujuk buku saya SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR ADALAH
SEDEKAH ALLAH terbitan Jahabersa

Kenapa hadis yang sahih ditolak? Ini yang kita katakan budaya taklid menyebabkan kita beranggapan pendapat yang tidak selari dengan amalan kebiasaan sebagai
mengelirukan bahkan ada yang kata sesat. Sedangkan bila kita melihat al-Hadiz Ibnu Hajar al-Syafi'i rahimahullah bila mengsyarah hadis-hadis (Rujuk kitab Fathul
Baari) tentang jarak perjalanan yang diperbolehkan qasar solat maka beliau terbuka dengan pandangan tidak membatasi jarak 2 marhalah. Sekarang kita ingin
bertanya siapa yang sebenarnya tidak melihat perbahasan ulamak dan tafsiran sebenar ulamak terhadap hadis-hadis?

Begitulah sedikit komentar saya terhadap ulasan saudara. Semoga ada manfaatnya.Mari kita sama-sama memartabatkan al-Qur'an dan al-Sunnah dengan
mebasmikan budaya taksub mazhab.

Kenapa saudaramemakai id anonymous. Perkenalkanlah diri semoga dapat kita rapatkan ukhwah sesama kita

Sekian WassalaamMohd Yaakub bin Mohd Yunushttps://www.blogger.com/profile/10908931449664876980noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5530419471132583006.post-77609878655160515752008-06-05T09:38:00.000+08:002008-06-05T09:38:00.000+08:00Assalamu'alaykum,Saudara Akob yang dikasihi. Saya ...Assalamu'alaykum,

Saudara Akob yang dikasihi. Saya tidak mengetahui apa yang ada di dalam fikiran saudara, hanya saudara sendiri lah yang lebih mengetahuinya. Saya akui, alhamdulillah, saudara mempunyai penguasaan agama yang lebih dalam drpd orang biasa.

Cuma satu isi penting yang saya ingin saudara Akob renung sedalam2nya. Blog saudara ini mungkin dibaca oleh ratusan (mungkin ribuan) pelawat yang kefahamannya tidak seperti saudara. Cubalah Akob mintak tolong seseorang baca baca blog Akob ni, dan tanyakan padanya apa pandangannya tentang pendapat2 Akob. Saya percaya, ramai akan merumuskan bahawa "hey, Islam ini mudah je rupanya, kita ada Al-Quran dan As-Sunnah, kenapa nak ikut Imam2 atau mazhab2 yang bukan maksum ni?" walaupon mungkin bukan mesej ini yang saudara Akob ingin sampaikan.

Ramai penulis blog sekarang gemar membincangkan sesuatu isu dengan mengemukakan ayat2 al-Quran dan hadith2 drpd Rasulullah s.a.w. Saudara inginkan atau tidak, para pembaca akan mendapat mesej bahawa 'kita sebenarnya patut berpegang kepada hadith yang sahih apabila bertemu dengannya', dan akan meninggalkan 'step' yang penting, iaitu bertanya kepada Ulama'.

Ini bukan rekaan. Ibu saudara saya pon terikut sekali dengan pendapat ini. Di rumahnya, beliau ada buku tentang 'Solat Jama' dan Qasar berdasarkan Hadith'. Buku itu hanya melontarkan hadith2, tanpa penerangan panjang lebar tentang hadith tersebut. Maka beliau berkata, bahawa kita boleh qasar jika lebih dr 3 batu kerana ada hadith tersebut, sedangkan tidaklah diketahui kekuatann hadith tersebut, keadaanya, dan sebagainya.

Inilah yg saya sangat risaukan yang telah pon meracuni ramai rakyat Malaysia. Akhir kata, semoga niat ikhlas saudara mendapat keredhaan Allah.

'AbidAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5530419471132583006.post-6536868516150681872008-06-04T17:43:00.000+08:002008-06-04T17:43:00.000+08:00Wa'alaikumussalaam WarahmatullahSecara ringkasnya ...Wa'alaikumussalaam Warahmatullah

Secara ringkasnya begini.

Pertama Saya ada kedua-dua buku al-Bouthi dan al-Khojandi. Sebenarnya pendapat kedua-dua ulamak tersebut boleh digabungkan. Al-Bouthi tersilap menyatakan bahawa al-Khojandi mengharamkam mazhab 100% yang sebenranya tidak demikian. Kekeliruan al-Bouthi ini telah diperjelaskan oleh Syaikh al-Albani dalam perdebatan beliau. Yang benar kedua-dua membenarkan talfiq dan membanteras taksub mazhab bukan mengharamkan mazhab.

Kedua : Tidak benar dakwaan imam al-Bukhari bermazhab al-Syafi'i

Ketiga : Kami tidak menyuruh semua orang melakukan instinbat hukum sendiri. Kita menyemai budaya ittiba'. Saya ada artikel dalam bab ini. Insya Allah nanti kami akan turunkan.

Keempat : Dalam menurut sunnah Nabi dan mengutamakannya darai pendapat sesiapapun, ini adalah perintah Allah dan Rasul-Nya.

Kelima : bab mengerak-gerak jari kita menerima kedua-dua pendapat menggerak-gerakkan jari dan tidak menggerak-gerakkanya kerana kedua-duanya terdapat dalil yang sah. Sedangkan mengangkat jari hanya ketika Laailaahaillallah, maka itu tak ada dalil

Keenam : Dalam bab hadith kami hanya mengikuti takhrij Ahlul Hadis dan merekalah yang lebih menguasai bidang ini dan syarah-syrah oleh para ulamak Ahlus Sunnah. Rajin-rajin membaca kitab syarah hadis kemudian baru kita dalam memahami betapa terbukanya mereka dalam bab mazhab ini.

Ketujuh : Kami tidak mengharamkan mazhab. Kami hanya menentang taksub mazhab. Keduanya memiliki perbezaan yang besar

Akhirnya, kita sebenarnya meiliki banya persamaan dari perbezaan.

Terima kasih banyak-banyak dengan komentar akhi.

Semoga ukhwah kita akan berterusanMohd Yaakub bin Mohd Yunushttps://www.blogger.com/profile/10908931449664876980noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5530419471132583006.post-29696596941370278982008-06-03T10:08:00.000+08:002008-06-03T10:08:00.000+08:00Assalamu'alaikum,Saudara, saya telah meneliti pend...Assalamu'alaikum,

Saudara, saya telah meneliti pendapat2 saudara yg dikasihi dlm blog saudara. Allahu a'lam, tetapi bagi saya, ternyata saudara seperti terkeliru dengan byk pendapat yang ada mengenai permasalahan bermazhab ini. Saudara seperti mencampur adukkan pendapat yang saling bertentangan, mungkin kerana saudara mengambil "petikan" drpd buku2 tersebut tidak secara penuh dan mencukupi. Sebagai contoh yang paling jelas, saudara mengambil pendapat dari Al-Khajnadi dan Al-Bouti, walhal Al-Bouti telah mengkritik keras pendapat2 drpd Al-Khajnadi.

Memang, semua Imam mazhab melarang keras kita fanatik kepada mazhab2 mereka. Memang, mereka mengatakan sekiranya kita terjumpa hadith Rasulullah s.a.w. yg bertentangan dgn pendapat mereka, maka terimalah hadith tersebut. Tetapi perlu diingat beberapa perkara.

Pertama, mereka rahimahumullah sendiri berpegang kepada Sunnah Rasul s.a.w. Mereka merupakan ahli hadith, para2 jemaahyg bersama2 dlm "school of thought" mereka juga merupakan campuran ahli2 hadith, ahli quran, seerah, bahasa arab dan adab. Sedangkan al-Bukhari sendiri memberitahu, bahawa beliau telah menghafal beratus ribu hadith, tetapi sendiri terkeliru untuk mengeluarkan hukum pada pendapatnya sendiri, sehingga beliau mengikut mazhab Shafi'ee.

Kedua, kata2 mereka merupakan pengi'tirafan bahawa mereka adalah manusia yg tidak terpelihara drpd melakukan kesalahan, tidak seperti Rasulullah s.a.w. yang maksum. Kata2 mereka sebenarnya adalah sebagai tanda rendah diri mereka. Memang, mereka tidak terpelihara drpd melakukan kesilapan, tetapi pada pendapat saudara, siapakah yang lagi dekat kepada kesilapan: adakah kita yang cuba mengeluarkan hukum sendiri berdasarkan drpd hadith yg kita temui, ataupon mereka yg di dalam "school of thought" tersebut.

Ketiga, as-Shafi'ee berkata, bahawa sekiranya kita terjumpa hadith yg sahih, maka itulah pegangan nya. An-Nawawi berkata, itu menjadi halnya hanya sekiranya seseorang itu telahpon meneliti semua kitab as-Shafi'ee (feqah ataupon hadith) dan mengetahui kenapa as-Shafi'ee berpegang dengan sesuatu hadith dan tidak berpegang dengan sesuatu hadith yg lain. Ini kerana as-Shafi'ee ada berijtihad dengan tidak hanya mengambil makna tersurat sesuatu hadith, tetapi juga apa yg berlaku di sebalik hadith tersebut. Beliau mempunyai alasan/sebab yg kukuh mengapa beliau tidak mengambil sesuatu hadith yg jelas maksud tersuratnya sebagai asas ijtihadnya.

Sheikh Ramadan al-Bouti pernah bersolat di sebelah pelajarnya yg menggerak2kan jarinya ketika tasyahhud (dlm pendapat as-Shafi'ee tidak perlu menggerakkan jari, tetapi ditegakkan ketika perkataan "La" dlm syahaadah). Setelah selesai solat, Sheikh bertanya, mengapa dia berbuat demikian. Dia berkata, ada hadith drpd Rasulullah s.a.w. berkenaan menggerakkan jari tersebut. Sheikh bertanya, adakan telah diselidiki kesahihannya, maka dia berkata "owh, nanti saya akan tanyakan pada fulan bin fulan". Sheikh berkata, adalah lebih tenang baginya dan bagi Sheikh itu sendiri, sekiranya dia mengatakan yang dia berbuat demikian kerana mengikut Imam Malik, bukannya kerana beberapa hadith yang ditemuinya. Kerana sebagai contoh, dalam hadith Rasulullah s.a.w. tentang menggerakkan jari ketika tayahhud, terdapat perkataan "harrik" iaitu gerakkanlah (jari). Para pejuang salafi mengutuk sesiapa yg tidak menggerakkan jari (terutamanya mazhab as-Shafi'ee) setelah terdapat dalil jelas drpd hadith. Seperti mereka tidak sedar yang kita (mazhab as-Shafi'ee) mengangkatkan satu jari ketika perkataan "La" itu juga adalah secucuk dengan "harrik" tersebut. Maka saya mencabar sesiapa yg merasa dirinya hebat untuk mengeluarkan pendapat terus daripada hadith tanpa bertanyakan kepada para mujtahid: bagaimanakah dia mengetahui perkataan "harrik" itu maksudnya 'sentiasa menggerakkan jari sepanjang tayahhud' ataupon 'menggerakkan jari ketika perkataan "La" '.
Terdapat banyak lagi perkara/permasalahan yang dibincangkan oleh para pejuang salafi seperti menjaharkan bacaan Bismillah, membaca Qunut ketika subuh dll, dan mereka cuba merumuskan pendapat mereka berdasarkan hadith yang ditemui oleh mereka, padahal tidaklah diketahui keadaan hadith tersebut, sebab berlaku hadith tersebut, dan tidak mendalam kefahaman bahasa arab mereka.

Adapon wajib ke atas kita mengikut Imam (mufti/mujtahid) sekiranya kita tidak mampu mengeluarkan ijtihad sendiri, dan ini sememangnya menjadi kes bagi hampir kita semua pada zaman sekarang. Kerana Allah berfirman di dalam surah Al-Anbiya': "Maka tanyalah kepada orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui"

Perkara penting yg perlu diingat, bahawa jika seseorang itu mengikut seseorang Imam/mazhab sahaja kerana percaya dia diwajibkan berbuat demikian, maka dia telah tersilap. Dan jika dia selalu bertukar2 Imam/mazhab kerana percaya Allah mengharamkan untuknya berpegang pada hanya satu Mazhab, maka dia pon tersilap. Dibolehkan seseorang mengikut hanya seseorang Imam/mazhab kerana 1. Kepercayaan kita pada dalamnya ilmu Imam tersebut (dan bukannya setelah diteliti sendiri nas2 para Imam, lalu dipilih yang paling sahih pada pendapatnya, kerana jika kita berbuat demikian, maka kita telah mengisytiharkan diri kita sebagai seorang mujtahid), 2. kerana faktor geografi (sukar untuk mendapatkan pendapat Imam lain) dan 3. kemudahan untuk mempelajari pendapat Imam tersebut (seperti mudah untuk mendapatkan buku2 beliau dan sbgnya). - Rumusan dari Al-Bouti.

Memang betul jika seseorang itu fanatik dan menganggap bahawa mazhab yg dipegangnya itu yg paling betul, maka dia telah silap. Tetapi, adakah menjadi satu kesalahan baginya jika dia hanya ber'amal dengan satu mazhab dan mengatakan "hanya mazhab ini sahaja yang aku tahu"?

Sekadar itu dahulu, insya-Allah. Maka jika seseorang mahu mengikut pendapat as-Shafi'ee tentang pendapat air musta'mal itu, maka dipersilakan, jangan teragak2 (sila teliti kembali pendapat as-Shafi'ee mengenai air musta'mal, kerana memang ada pendapat tersebut). Dan jika seseorang mahu mengabaikan prinsip air musta'mal tersebut, juga dipersilakan, tetapi kerana mengikut pendapat Imam yg diikuti, dan bukan kerana pendapatnya sendiri berdasarkan penelitian pada hadith2 Rasulullah s.a.w. Tetapi, adalah terbaik jika kita semua mengikut pendapat as-Shafi'ee di Malaysia, kerana jika itu yg paling mudah didapati di Msia ini, dan jika seseorang itu tersilap dalam urusan fiqh, mudah untuk ditegur dan saling ingat-mengingati kerana pendapat yang selalu digunapakai di sini adalah as-Shafi'ee.

Allahu a'lam.Anonymousnoreply@blogger.com