Khamis, 15 Mei 2008

BUKU BARU : BEBERAPA PERSOLAAN LAZIM TENTANG THAHARAH


Buku ini kini boleh dibaca secara online di :


Assalaamu'alaikum

Alhamdulillah buku terbaru saya telah terbit. Buku ini mengupas beberapa persoalan yg sering bermain-main di minda kita tentang wuduk, tayamum dan mandi wajib. Semoga ada manfaatnya kepada semua terutama diri penulis sendiri.

Tajuk: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah. Pengarang: Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus. Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru. Harga: RM20.00 (352 mukasurat) Di Mana: Kedai-kedai buku yang biasa menjual penerbitan Jahabersa atau pesan terus dengan menghubungi penerbit di talian 07-2351602

SINOPSIS :

Buku ini menjawab 18 persoalan yang lazim timbul di kalangan masyarakat berkenaan hukum bersuci (Thaharah). Ia meliputi persoalan tatacaraberwudhu’, perkara-perkara yang membatalkan wudhu’, tayamum dan mandi. Pengarang mengupas persoalan-persoalan tersebut secaramendalam, lengkap dengan dalil al-Qur’an, al-Sunnah dan penjelasan para ilmuan yang muktabar.

Dari satu sudut buku ini mungkin terasa agak ilmiah. Akan tetapi dari sudut yang lain, ilmu yang diperoleh darinya pasti memuaskan hati danfikiran anda.

Tak percaya? Cubalah anda membacanya.

Sekian Wassalaam

Dapatkan juga buku-buku terkini dari saya :-

Tajuk: Persiapan Menghadapi Kematian
Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus
Halaman: 88
Harga: RM3.00
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_Kematian.htm

BUKU INI MERUPAKAN BUKU YANG KE DUA TERLARIS DALAM KATEGORI BUKU AGAMA TERBITAN KARANGKRAF KETIKA PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2008 di PWTC

Kematian pasti akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Tiada siapa tahu bila ajalnya tiba. Semua itu adalah menjadi rahsiaALLAH S.W.T semata-mata. Namun, setiap kita hendaklah sentiasa beringat tentang itu dan membuat persiapan untuk menghadapinya setiapmasa.

Setiap manusia pasti melakukan dosa. Tetapi, harapan untuk orang yang berdosa adalah taubat. Ia merupakan langkah terbaik untuk menyucikandiri daripada segala dosa dan maksiat yang dilakukan. Dan sesungguhnya ALLAH sentiasa membuka ruang untuk hamba-hamba-NYA bertaubat.Setiap kesalahan pasti diampunkan oleh ALLAH selagi seseorang hamba itu bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan menepati semua syarattaubat.

Amatlah rugi mereka yang tidak sempat bertaubat sebelum kematian. Ini kerana, dia akan berjumpa ALLAH dalam keadaan berdosa dan hina. Sebaliknya, orang yang sempat bertaubat akan menghadap TUHAN dalam keadaan bersih bagaikan kain putih. Oleh itu, berusahalah sentiasauntuk bertaubat kepada ALLAH setiap masa dan melakukan amalan soleh agar kita mati dalam keadaan diampuni ALLAH S.W.T.

=====================================================
Tajuk : 25 PERSOALAN SEMASA : Huraian & Penyelesaian
Penulis : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Penerbit : Karya Bestari Halaman: 496 Harga: RM17.00
Untuk dibeli secara online sila ke: http://alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_bukupersoalansemasa.htm

Buku ini merupakan himpunan artikel-artikel yang pernah ditulis oleh penulis. Ada di antara artikel itu merupakan kertas kerja yang yang beliaubentangkan di forum-forum, ada juga yang telah disiarkan di akhbar-akhbar serta majalah. Isu-isu seperti syarat sah amal ibadah, menyentuhwanita ajnabi, hukum solat jemaah, menggunakan air musta'mal, membaca dan memegang al-Quran ketika berhadas kecil dan besar, amalansunat pada hari Jumaat, mengerjakan solat tahajjud, Metode Tasfiyah dan Tarbiyah dalam menjana gerakan tajdid, hakikat mencintai rasulullah,amalan sempena nisfu syaaban dan lain-lain lagi sering menjadi perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dari dahulu sehingga kini. Perbezaanini ada kalanya membawa kepada kebaikan dan ada kalanya membawa kepada permusuhan dan perbalahan yang tidak berpenghujung.

Perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia telah pun berlaku semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah ke hari ini. Inisemua berpunca daripada kefahaman yang berbeza terhadap nas al-Quran dan hadis serta kedudukan tempat yang berbeza di kalangan kaummuslimin dahulu dan kini.

Bagi orang awam yang tidak terdedah kepada pelbagai perbahasan ulama terhadap dalil dan tidak pernah mengambil tahu punca segalahukum-hakam yang diamalkan hari ini, pastinya akan menghadapi kesukaran ketika berlaku percanggahan di kalangan para ulama Islam.
Buku ini menerangkan perbezaan tersebut dan menjelaskan pendapat manakah yang lebih hampir kepada ketepatan. Selain daripada isu-isu yangdinyatakan di atas, terdapat banyak lagi perbahasan lain yang menarik termaktub di dalam buku ini. Kesemuanya mengandungi 25 perkara. Untukmengetahui kesemuanya, dapatkan buku ini di kedai-kedai buku terpilih sekarang.

Dapatkan segera '25 Persoalan Semasa: Huraian dan Penyelesaian' sekarang sementara stok masih ada!

Dapatkan juga buku baru daripada penulis yang sama terbitan Karya Bestari:
======================================================
TAJUK BUKU : Menyambut Ramadan Dan Aidilfitri Menurut Sunnah Rasulullah SAW PENULIS : Mohd Yaakub Mohd Yunus
PENERBIT : Karya Bestari / Alaf21 / Karangkraf
HARGA : RM 7.00
Halaman : 208
Untuk dibeli secara online sila ke: http://alaf21.com.my/page22.htm

Setiap tahun umat Islam di seluruh negara akan membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, terutama pada saatmenyambut kedatangan Aidilfi tri. Tidak hairanlah sebahagian mereka sanggup mengeluarkan kos perbelanjaaan yang besar semata-matamenyambut kedatangan kedua-dua bulan ini. Seluruh umat Islam mengetahui bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya berbelanja, bersukaria atau menyambut perayaan dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Tetapi, ALLAH telah menggariskan beberapa panduan dan contohterbaik bagi hamba-hamba-NYA ketika menyambut bulan yang mulia ini agar tidak melampaui batas dan berlaku kemungkaran.

Alhamdulillah... buku ini cuba merungkaikan secara ringkas beberapa panduan dan amalan yang menjadi kebiasaan Nabi s.a.w dan para sahabatmelakukan ketika menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak dan menyambut Aidilfitri.

Semoga buku ini memberi manfaat kepada seluruh pembaca yang budiman untuk meneladani sunnah Rasulul lah s.a.w dan menjauhilarangannya. Mudah-mudahan amalan yang menepati perintah ALLAH dan Rasul-NYA diterima oleh-NYA.

3 ulasan:

  1. Ana cadangkan syeikh letak artikel yang lepas-lepas kat sini, banyak tu..

    BalasPadam
  2. Ok... Insya Allah.. Dalam Proses.. Ana pun tak war-warkan lagi blog ni.. tengah belajar lagi.. TQVM

    BalasPadam
  3. Assalaamualaikum Ustaz Abu Iqbal. Membaca "Bismilah" ketika memulai wudhu ada yang menghukumkannya wajib, rukun dan sunat. Bagaimana hukum membacanya bagi yg berwudhu dalam bilik mandi yg juga terdapat mangkok 'melepas' di dalamnya? Sekian, terima kasih ustaz.

    BalasPadam