Dapatkan buku ini dalam versi e-book di laman web ini :
Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah.
Assalaamu'alaikum
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa individu yang dianggap ilmuan dalam Islam namun pada hakikatnya mereka merupakan golongan yang zalim, pelampau agama, taksub mazhab, gemar mengkafirkan dan menabur fitnah terhadap umat Islam lain yang dilihat tidak sejalan dengan mazhab yang mereka pegangi. Di antara tokoh yang selalu mereka cerca, hina dan sesatkan adalah Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah ta'ala. Sebenarnya kesemua fitnah mereka ini bersumber dari golongan pendengki, ulamak-ulamak jahat serta golongan yang jahil. Namun apa yang menyedihkan, mereka yang bertopengkan jubah ulamak ini sebenarnya hanya menciplak atau bertaklid buta sahaja terhadap tuduhan-tuduhan tersebut tanpa terlebih dahulu melihat atau mengkaji sendiri buku-buku tulisan Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah. Menerusi buku Syaikh Murad Syukri yang telah diterjemahkan oleh Ustaz Badrul Hisham dan diulas oleh Saudara Hafis Firdaus Abdullah ini, akan terbukti kedangkalan serta kebodohan kelompok-kelompok agamawan yang rendah moral ini yang sebenarnya malas untuk mengkaji sendiri karya-karya Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah. Diharapkan buku ini akan dapat meletakkan kedudukan Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah ke tempat yang adil. Beliau adalah seorang tokoh ilmuwan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang hebat dan tegar memperjuangkan Sunnah Nabi s.a.w.. Namun beliau sebagaimana ulamak-ulamak yang lain tidaklah bebas dari melakukan kesilapan kerana yang maksum hanyalah Rasulullah s.a.w. Namun kesilapan yang beliau lakukan amatlah minimal disebabkan keluasan ilmu beliau.
Judul: Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah.
Penulis: Syaikh Murad Syukri
Penterjemah: Badrul Hisham bin Sulaiman.
Pengulas: Hafiz Firdaus Abdullah
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-2351602)
Harga: RM13.00, 189 mukasurat.
Untuk memesan buku ini sila rujuk : http://www.jahabersa.com.my/
Sinopsis:
Terdapat banyak anggapan konon Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah memiliki aqidah dan fiqh yang aneh, bahkan menyesatkan. Akan tetapi persoalannya, ada ia memang begitu atau semata-mata fitnah oleh orang-orang yang jahil dan dengki? Buku ini menyenaraikan 17 fitnah yang paling masyhur dilontarkan terhadap beliau, diikuti dengan jawapan yang tuntas lagi padat bagi menjawab setiap satu daripada fitnah tersebut. Antara fitnah yang dimaksudkan ialah persoalan alam ini sediakala, tuhan memiliki batasan, tuhan berjisim, neraka akan binasa, tuhan duduk di atas belakang nyamuk, tiada kiasan (majaz) dalam bahasa arab, talak 3 hanya jatuh 1 dan larangan menziarahi kubur Nabi
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
BalasPadam