Jumaat, 1 Ogos 2008

Harian Metro 1hb Ogos: Tiada Amalan Khusus Pada Rejab

Tiada amalan khusus pada Rejab
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

MASA cepat berlalu dan Rejab, satu daripada empat bulan yang dimuliakan sudah tiba pada penghujungnya. Kemuliaan bulan kelima dalam kalendar hijriyyah ini jelas diperakui melalui firman Allah yang bermaksud:“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah ketika Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.

“Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan pe rangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa.” (at-Taubah: 36)
Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran ‘maka janganlah kamu menganiaya diri kamu’ dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan berkenaan halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.
Jika firman-Nya di atas menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun, sabda Nabi s.a.w ini mem perincikan lagi mengenai nama bulan terbabit.“Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Ternyata Rejab termasuk dalam beberapa bulan yang di muliakan Allah. Lantaran itu tersebar dalam masyarakat, amalan memiliki fadilat yang besar dikhaskan sempena bulan terbabit, namun tiada dalil yang sahih menunjukkan adanya ibadat khusus tertentu pada Rejab. Ini ditegaskan tokoh ulama hadis bermazhab Syafie, Al-Ha fidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani r.h dalam kitabnya Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab, yang menurut beliau tiada hadis sahih mengenai keutamaan Rejab (melainkan ia termasuk bulan haram), puasa Rejab dan solat malam yang dapat dijadikan pegangan.

Setiap kali apabila munculnya tarikh 27 Rejab, umat Islam seluruh dunia akan rancak membincangkan peristiwa Israk dan Mikraj.Justeru, pelbagai program keagamaan diatur untuk me muliakan peristiwa bersejarah itu. Ini usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam kepada peristiwa ber sejarah yang di dalamnya terdapat pelbagai pengajaran.

Rata-rata umat Islam di Malaysia yakin peristiwa Israk dan Mikraj memang benar-benar berlaku pada 27 Rejab se olah-olah ia disepakati ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hakikat yang sebenar adalah wujudnya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai tarikh terjadinya peristiwa terbabit.Hal ini diperjelaskan al-Hafidz Ibu Hajar al-'Asqalani r.h: “Ulama berselisih pendapat mengenai waktu berlakunya al-Mikraj. Ada mengatakan sebelum baginda dilantik menjadi nabi. Pendapat ini ganjil (syaz) kecuali dianggap terjadi dalam mimpi.Kebanyakan ulama berpendapat selepas baginda menjadi nabi. Mereka juga berselisih mengenai tarikh sebenar per istiwa itu. Antara mereka ada yang menyatakan peristiwa terbabit berlaku setahun sebelum hijrah. Ini pendapat Ibn Sa'd dan yang lainnya dianggap benar oleh Imam al-Nawawi dan Ibn Hazm. Bahkan, Ibn Hazm berlebihan dengan menukil kononnya ulama berijmak, peristiwa itu terjadi pada bulan Rabiulawal. Dakwaan ijmak ini tertolak kerana terdapat perselisihan yang banyak, iaitu lebih dari sepuluh pendapat. – Rujuk Kitab Fathul Baari Syarah Shahih al-Bukhari, jilid. 7, ms. 203.

Dari sini, benarlah dakwaan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah r.h, tidak ada dalil yang tegas menunjukkan bila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj. Bahkan, Imam Abu Syamah al-Syafie r.h menegaskan:

“Sebahagian ahli cerita menyebut Israk dan Mikraj terjadi pada Rejab. Dalam hal ini, menurut ahli al-Jarh wa al-Ta’dil (ulama hadis) hal itu adalah pembohongan. – Rujuk Kitab al-Ba’its karya Abu Syamah Abdul Rahman bin Ismail, ms. 171.

Ibn Rajab al-Hanbali r.h pula berkata: “Diriwayatkan, pada Rejab terjadi banyak peristiwa istimewa. Tetapi, tidak ada satu pun dalil yang sahih dalam hal ini. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w lahir pada awal malam Rejab, diangkat menjadi nabi pada tarikh 27 Rejab, ada yang menyatakan tarikh 25 Rejab dan sebagainya. Semua riwayat itu tidak sahih. – Rujuk Kitab Latoif al-Ma’aa-if karangan Ibn Rajab Abdul Rahman bin Ahmad, ms. 168.

Apa kepentingannya untuk membawa perbezaan pendapat mengenai tarikh peristiwa Israk dan Mikraj? Hendaklah kita fahami, apabila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj tidak diketahui secara jelas oleh generasi salafussoleh, ini menunjukkan mereka tidak mengkhususkan apa-apa upacara sambutan atau amal ibadat tertentu seperti puasa, solat, bacaan wirid mahupun doa yang khusus sempena tarikh terbabit.Ada golongan yang lebih ekstrem beranggapan beribadat pada malam 27 Rejab adalah lebih utama berbanding ibadat pada Malam al-Qadar. Sekiranya terdapat amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj tentu generasi salafussoleh mengetahui dengan pasti bila sebenarnya ia berlaku sebagaimana amalan sunnah lain yang ditentukan waktu amalannya seperti puasa ‘asyura pada tarikh 9 dan 10 Muharram, puasa pada Ayyam al-Bidh, beribadat pada malam al-Qadar yang boleh berlaku pada mana-mana malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan dan lain-lain lagi.

Ini semua hanya memperlihatkan tidak terdapat amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Sekiranya mem peringati malam Israk dan Mikraj dengan ibadat tertentu itu disyariatkan serta membawa kebaikan di dunia mahupun akhirat, tentu sekali orang pertama yang akan melaksa nakannya adalah Rasulullah s.a.w, sahabat serta generasi salafussoleh yang lain. Tetapi tidak ada satu riwayat yang sahih daripada baginda, sahabat serta generasi salafussoleh termasuk imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad mengenai wujudnya amal ibadat tertentu sempena malam Israk dan Mikraj.

* Mohd Yaakub bin Mohd Yunus adalah Penolong Naib Presiden di Bahagian Perbankan Perniagaan, Affin Bank Berhad dan beliau boleh dihubungi di http://akob73.blo gspot.com/

5 ulasan:

  1. Salam alaik bro Mohd Yaakob,
    Walaupun dari sudut ilmunya kemungkinan kesimpulan yang tuan buat yang tidak ada nas yang sohih mengenai wujudnya amalan yg khusus sempena Israk Wal Mikraj mungkin betul, saya walaubagaimanapun berpendapat bahawa ketika umat Muhammad saw berada di akhir zaman buah fikiran tuan akan mengundang bala besar apabila umat Muhammad saw lebih redha berkumpul menonton Chelsea Vs Malaysian selection di stadium dari berkumpul bersama ulama pada malam yang sama membicarakan kebesaran Allah swt dan keistimewaan Nabi Muhammad saw walaupun ada khilaf ulama bahawa peristiwa Israk Wal Mikraj mungkin tidak berlaku dengan tepatnya pada malam 27 Rajab.Bila ada yg mencadangkan bahawa tidak ada nas tentang ibadat khusus bagi samada malam 27 Rajab atau bulan Rajab keseluruhannya maka pembaca artikel tuan akan mengambil jalan mudah dengan meninggalkan saja amala-amalan mereka yang mungkin terdiri dari solat malam,berpuasa atau duduk bertafakur memikirkan intisari Surah Al-Isra' dan Surah An-Najmi.Kita harus mengakui bahawa tidak ramai umat Muhammad saw di akhir2 zaman ini yang sanggup bertahajjud di tengah malam dan berpuasa di siang hari seperti yang diamalkan oleh para sahabat baginda Rasulullah saw,para tabi'en dan para salafussoleh,oleh itu jika ada yang sanggup menjunjung sunnah baginda Rasulullah saw ini tidak kiralah dalam bulan apa sekalipun janganlah hendaknya ada pihak2 yang cuba menggugat usaha murni ini dengan khilaf para ulama'.Melakukan ibadat atau malan tersebut di atas sudah tentu lebih baik dari langsung tidak melakukannya.Artikel tuan cukup bahaya di zaman kita dapati amat ramai umat Muhammad yang meremehkan solat wajib apatah lagi ibadat dan amalan sunat.Soal niat tuan jangan risau Allah swt akan menimbang dengan neraca Allah Azza Wajalla Yang Maha adil.
    Tuan dan sahabat seperjuangan tuan harus berhenti menulis artikel berdasarkan khilaf ulama'yang membawa kepada terhalangnya umat Muhammad melakukan amal ibadat yang tidak bersalahan dengan syariat Muhammad saw.Tuan harus menggalakkan umat Muhammad saw akhir zaman untuk lebih rajin melakukan beribadat dalam bulan apa sekalipun lebih2 lagi dalam bulan Rajab sekurang-kurangnya ia adalah satu preparatory act running up to the holy month of Ramadhan.Tuan harus berlumba-lumba menggalakkan umat Muhammmad saw melakukan amal dan mendapat saham dari amal salah seorang daripada mereka daripada mendapat saham bagi umat Muhammad saw yang akan membuat kesimpulan untuk tidak lagi berusaha bangun utk bertahajjud di bulan Rajab,tidak duduk di dalam majlis Ilmu para ulama' sempena Israk Wal Mikraj ataupun tidak lagi menyambut Maulid Rasulullah saw dalam bulan Rabi'ul awwal.Harus diingat apa-apa saja amalan yang menghampirkan diri dengan Allah dan RasulNya akan menyebabkan Rahmat turun sebaliknya apa-apa saja yang jauh dari Allah dan Rasul sudah pasti akan mengundang bala...pikir2kanlah yang mana lebih afdhal menonton live Chelsea di stadium atau duduk dalam majlis ilmu sempena Israk Wal Mikraj.Tell me honestly where were you on that nite!!!
    Wassalam
    AE

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalaam Warahmatullah

    Saya tak dapat nak reply secara panjang lebar kerana kesuntukan masa. Saya sibuk dengan tugasan di pejabat. Apa pun satu buku khas karangan saya akan diterbitkan berkaitan dengan Bidaah Hasanah ini very soon. Insya Allah Karya Bestari / ALAF 21 akan terbitkan bukut tersebut. Saya harapkan saudara Puspawagi akan dapatkan buku tersebut. Apa pun sila lihat komen saya di bawah

    Salam alaik bro Mohd Yaakob,
    Walaupun dari sudut ilmunya kemungkinan kesimpulan yang tuan buat yang tidak ada nas yang sohih mengenai wujudnya amalan yg khusus sempena Israk Wal
    Mikraj mungkin betul,

    akob: Kenyataan di atas menyebabkan saya terkenangkan kepada kisah dalam Sirah Nabi. Orang Quraish amat yakin dengan kejujuran Nabi Muhammad saw sehinggakan mereka menggelarkannya al-Amin. Begitulah mereka yakin dengan kejujuran serta keperibadian yang mulia dalam
    diri baginda, mereka telah melantik baginda untuk menjadi hakim ketika Hajarul Aswad jatuh dari Kaabah. Namun bila Baginda membawa Risalah Ilahi, walaupun mereka tahu Baginda seorang yang jujur, risalahnya juga memiliki dalil yang jelas serta meyakinkan, namun mereka menolak risalah tersebut kerana ianya bercanggah dengan fahaman, pemikiran dan amalan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Begitulah sikap sesetengah pihak walaupun telah diberi penjelasan yang benar dan jelas tetapi sukar untuk menerimanya dan sikap ini seolah-olah mirip kepada pemikiran Arab jahiliyah pada zaman Nabi.Benarlah sabda Nabi saw: "Sesungguhnya Islam itu muncul sebagai agama yang asing (sedikit pengikutnya) dan suatu ketika akan kembali asing sebagaimana pertama kali muncul.” -Hadis riwayat Muslim.


    saya walaubagaimanapun berpendapat bahawa ketika umat Muhammad saw berada di akhir zaman buah fikiran tuan akan mengundang bala besar apabila umat Muhammad saw lebih redha berkumpul menonton Chelsea Vs Malaysian selection di stadium dari berkumpul bersama ulama pada malam yang sama membicarakan
    kebesaran Allah swt dan keistimewaan Nabi Muhammad saw walaupun ada khilaf ulama bahawa peristiwa Israk Wal Mikraj mungkin tidak berlaku dengan
    tepatnya pada malam 27 Rajab.



    akob : Kita tidak pernah menolak kebesaran peristiwa Israk dan Mikraj, malah kami menganjurkan umat Islam meneliti kisah tersebut dari sumber yang sahih dan mengambil pengajaran yang berguna dari peristiwa tersebut. Aritikel saya yang disiarkan dalam Harian Metro dan BH hanyalah dalam bentuk ringkasan. Sila rujuk artikel asal yang terdapat sekali pengajaran-pengajaran penting tentang Israk dan Mikrah di blog saya http://akob73.blogspot.com/2008/06/artikel-tentang-bulan-rejab.html

    Begitulah juga yang sering diwar-warkan oleh pendokong bidaah hasanah ini, daripada masyarakat buat maksiat lebih baik mereka buat amalan bidaah. Wadus pemikiran yang bingung. Maksiat dan amalan bidaah kedua-duanya bertentangan dengan syarak tetapi perkara maksiat ini memang sudah jelas. Rata-rata di kalangan masyarakat tahu bahawa perbuatan maksiat itu berdosa. Sedangkan bidaah ni hukumnya samar-samar
    menyebabkan ramai yang terperdaya. Itu sebab Syaithan lebih suka amalan bidaah jika hendak dibandingkan dengan maksiat. Kenapa? Tak Percaya? Ini bukan akob yang kata, tetapi seorang ulamak daripada kalangan al-Tabiin iaitu Sufyan al-Thauri r.h. Menurut beliau:

    “Bid’ah itu lebih disukai oleh iblis daripada maksiat kerana pelaku maksiat akan bertaubat daripada maksiatnya (kerana menyedari perbuatannya salah), tetapi pengamal bid’ah tidak akan bertaubat daripada perbuatan bidaahnya. (kerana menganggap perbuatannya betul)” -Rujuk kitab Talbis Iblis, karya Ibn al-Jauzi, ms. 15.

    Satu lagi saya nak tanya kepada anda, adakah ulamak seperti Ibnu Hajar, Syaikh Abdussalaam, Ibnu Rejab yg juga mempertikakaikan kesahihan 27 rejab sebagai tarikh terjadinya Israk dan Mikraj itu tidak faham keistimewaan dan Kebesaran Israk dan Mikraj? Adakah mereka juga tidak mengerti mana lebih bahaya antara maksiat dan bidaah? Fikirlah perkara ini dengan masak-masak. Jangan embunuh kajian ilmiah yang telah dilakukan oleh para ulamak semata-mata kerana ianya tidak sesuai dengan selera anda



    Bila ada yg mencadangkan bahawa tidak ada nas tentang ibadat khusus bagi samada malam 27 Rajab atau bulan Rajab keseluruhannya maka pembaca artikel tuan
    akan mengambil jalan mudah dengan meninggalkan saja amala-amalan mereka yang mungkin terdiri dari solat malam,berpuasa atau duduk bertafakur memikirkan
    intisari Surah Al-Isra' dan Surah An-Najmi.Kita harus mengakui bahawa tidak ramai umat Muhammad saw di akhir2 zaman ini yang sanggup bertahajjud di tengah
    malam dan berpuasa di siang hari seperti yang diamalkan oleh para sahabat baginda Rasulullah saw,para tabi'en dan para salafussoleh,oleh itu jika ada yang sanggup
    menjunjung sunnah baginda Rasulullah saw ini tidak kiralah dalam bulan apa sekalipun janganlah hendaknya ada pihak2 yang cuba menggugat usaha murni ini dengan
    khilaf para ulama'.Melakukan ibadat atau malan tersebut di atas sudah tentu lebih baik dari langsung tidak melakukannya.

    akob : Pemikiran sebegini seolah-olah menyatakan Sunnah Nabi SAW tidak mampu utk membawa perubahan kepada masyarakat. Masyarakat
    memerlukan metode yg bidaah untuk berubah. Pemikiran terpesong sebegini akan saya kupas sehingga ke akar umbi dalam buku yg saya sebut tadi

    Artikel tuan cukup bahaya di zaman kita dapati amat ramai umat Muhammad yang meremehkan solat wajib apatah lagi ibadat dan amalan sunat.Soal niat tuan jangan
    risau Allah swt akan menimbang dengan neraca Allah Azza Wajalla Yang Maha adil.



    akob : Dan untuk merubah perkara sebegini kita semestinya kita lakukan Islah dengan cara yang syar'i dan bukan dengan metode bidaah yang telah dicela oleh Rasulullah saw



    Tuan dan sahabat seperjuangan tuan harus berhenti menulis artikel berdasarkan khilaf ulama'yang membawa kepada terhalangnya umat Muhammad melakukan amal
    ibadat yang tidak bersalahan dengan syariat Muhammad saw.Tuan harus menggalakkan umat Muhammad saw akhir zaman untuk lebih rajin melakukan beribadat
    dalam bulan apa sekalipun lebih2 lagi dalam bulan Rajab sekurang-kurangnya ia adalah satu preparatory act running up to the holy month of Ramadhan.



    akob : Kami akan terus menulis untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang amalan-amalan yang benar-benar diamalkan oleh Rasulullah saw, para sahabat Baginda dan para salafussoleh termasuk Imam-Imam mazhab yang empat yakni Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi'e dan Imam Ahmad. Apa yang nak digusarkan? Jika disuruh pilih di antara Sunnah atau Bidaah, hanya mereka yang memiliki pemikiran yang tidak sihat sahaja akan sukar membuat pilihan. Jika ada yang beranggapan penjelasan tentang sunnah Nabi itu merbahaya, maka orang beranggapan sebegini sebenarnya berada di dalam jurang yang amat bahaya. Oleh itu berhati-hati

    Tuan harus berlumba-lumba menggalakkan umat Muhammmad saw melakukan amal dan mendapat saham dari amal salah seorang daripada mereka daripada
    mendapat saham bagi umat Muhammad saw yang akan membuat kesimpulan untuk tidak lagi berusaha bangun utk bertahajjud di bulan Rajab,tidak duduk di dalam
    majlis Ilmu para ulama' sempena Israk Wal Mikraj ataupun tidak lagi menyambut Maulid Rasulullah saw dalam bulan Rabi'ul awwal.Harus diingat apa-apa saja
    amalan yang menghampirkan diri dengan Allah dan RasulNya akan menyebabkan Rahmat turun sebaliknya apa-apa saja yang jauh dari Allah dan Rasul sudah pasti
    akan mengundang bala...pikir2kanlah yang mana lebih afdhal menonton live Chelsea di stadium atau duduk dalam majlis ilmu sempena Israk Wal Mikraj.Tell me
    honestly where were you on that nite!!!

    akob : Kita wajib berlumba-lumba mengamlkan Sunnah dan memerangi Bidaah. Untuk makluman anda amalan Bidaah tidak diterima oleh Allah. Ini akan saya kupas secara mendalam dalam buku saya nanti. Saya tidak menonton perlawanan bola tersebut dan saya juga tidak menghadiri program Israk Mikraj pada hari Ahad baru ini di Masjid kawasan rumah saya. Dulu dah banyak kali saya hadir program sebegini dan kandungannya lebih kurang sama sahaja. Ini belum kita cerita tentang kisah-kisah palsu
    yang para penceramah selitkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Pada malam itu seperti biasa saya ditemani buku-buku dan PC saya untuk menulis agar dapat sedikit sebanyak membantu saya mendapat saham akhirat.

    Sekian Wassalaam

    BalasPadam
  3. satu jawapan yg sudah dijangkakan.golongan yg enggan duduk dalam taman2 syurga Allah tapi angkuh dengan penulisan dan buku-buku sendiri yg tergamak melabelkan majlis2 yg mana kalimah2 Allah dan nama kekasih Allah disebut-sebut dan disanjung tinggi..mustahil Rasulullah saw mencela umatnya yang bersolawat dan memuji2nya dan mengadakan majlis meraikan perjuangan baginda saw ..jgn tuan dan rakan seperjuangan cuba mengheret imam2 4 mazhab Ahli sunnah wal Jamaah yang mempunyai nasab keturunan Rasulullah saw untuk kepentingan tuan bagi menderhakai Rasulullah saw.Saya cabar tuan dan rakan seperjuangan tuan untuk berdiri di depan maqam Rasulullah saw dan bertanya kepada Rasulullah saw sendiri tentang samada tuan berada di pihak yg benar atau sebaliknya...see whether u can get his endorsement!..and also ask Allah depan Kaabah to show you adakah tuan di landasan yang Allah dan RasulNya redha.Tuan pasti akan mendapat jawapan...sementara itu be careful with dr asri..tulisan2nya tak dapat memadamkan apa yang telah diputuskan oleh ulamak2 muktabar yg terdahulu yg menulis melalui keizinan demi keizinan dari Rasulullah saw sendiri... no single stone unturn by them...perbezaan pendapat mereka mendapat ganjaran tapi perbezaan pendapat akhir zaman menghancurkan umat Muhammad saw

    BalasPadam
  4. Assalaamu'alaikum

    Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kpd Puspawangi,kerana walaupun tak setuju dengan saya, namun rajin juga meninjau ke blog ini. Macam kata orang "benci tapi rindu". Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana lewat membals kerana keadaan kesihatan saya kurang baik kebelakangan ini.



    satu jawapan yg sudah dijangkakan.golongan yg enggan duduk dalam taman2 syurga Allah tapi angkuh dengan penulisan dan buku-buku sendiri

    akob : Saya ingin memohon maaf sekiranya cara tulisan saya mungkin nampak seperti angkuh. Namun saya tidak sedikitpun berniat begitu. Alam cyber ini adalah komunikasi yang agak terbatas tanpa intonasi suara, mimik muka dan gerak badan. Adakalanya benda yg tidak berniat angkuh jadi seperti angkuh. Tujuan saya menyuruh merujuk buku saya hanyalah untuk meringkaskan perbahasan. Blog ini bukan dibina bertujuan untuk menjadi medan perdebatan tapi untuk berkongsi ilmu bersama pembaca buku-buku serta artikel-artikel akob. Namun apa yang mungkin nampak angkuh adalah sikap menuduh mereka yang tidak sependapat dengan pandangan sendiri sebagai enggan duduk di Syurga. Kita katakan untuk ke syurga hendaklah mengerjakan Sunnah Nabi kerana ianya sudah memadai. Kita tidak memerlukan amalan ibadah yang direka-reka oleh manusia. Adakah kita beranggapan sunnah Nabi tidak mencukupi untuk membawa kita ke Taman Syurga sehingga kita memerlukan amalan bidaah? Adakah kita kurang yakin dengan risalah yang dibawa oleh baginda yang telah sempurna?



    yg tergamak melabelkan majlis2 yg mana kalimah2 Allah dan nama kekasih Allah disebut-sebut dan disanjung tinggi..mustahil Rasulullah saw mencela umatnya yang bersolawat dan memuji2nya dan mengadakan majlis meraikan perjuangan baginda saw ..

    akob: Beginilah hujah yang biasa digunakan oleh pendokong amalan bidaah. Mereka katakan apa salahnya amalan-amalan ini. Kan nampak baik? Untuk menjawab memadailah akob membawa sebuah riwayat yang panjang

    Daripada Amr bin Salamah katanya: Suatu ketika kami duduk di pintu ‘Abdullah bin Mas’ud sebelum sembahyang Subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy’ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud) telah keluar kepada kamu.” Kami jawab: “Tidak.” Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abdullah bin Mas’ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

    Lalu Abu Musa al-Asy’ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud), aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat alhamdulillah melainkan ia baik.”

    Dia (‘Abdullah bin Mas’ud) bertanya: “Apakah ia.”

    Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk di dalam lingkungan (halaqah) menunggu waktu sembahyang. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki (ketua
    kumpulan) itu berkata “Takbir (Allahu Akbar) 100 kali” maka mereka pun bertakbir 100 kali. Apabila dia (ketua kumpulan) berkata “Tahlil (Lailahaillallah) 100 kali maka mereka pun bertahlil 100 kali. Apabila dia (ketua kumpulan) berkata “Tasbih (Subhanallah) 100 kali maka mereka pun bertasbih 100 kali.”

    Tanya ‘Abdullah bin Mas’ud: “Apa yang telah engkau perkatakan kepada mereka?”

    Jawabnya (Abu Musa): “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu.”

    Kata ‘Abdullah bin Mas’ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang
    sedikitpun?”

    Lalu dia (‘Abdullah bin Mas’ud) berjalan dan kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia (‘Abdullah bin Mas’ud) tiba kepada salah satu daripada lingkungan
    (halaqah) berkenaan. Dia (‘Abdullah bin Mas’ud) berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?”

    Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud)! Anak-anak batu yang dengannya kami menghitung Takbir, Tahlil dan Tasbih.”

    Jawabnya (‘Abdullah bin Mas’ud): “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikitpun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih ramai lagi, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi jiwaku berada di tangan-Nya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk dari agama Muhammad, atau sebenarnya kamu
    semua pembuka pintu kesesatan.”

    Jawab mereka : “Demi Allah wahai wahai Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud). Kami hanya bertujuan baik.

    Jawabnya (‘Abdullah bin Mas’ud) : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak mendapatinya.” - Hadis riwayat Imam al-Darimi di dalam Sunannya, Kitab al-Muqaddimah, no: 206.

    Pasti akan ada yang tertanya-tanya kenapa ‘Abdullah Ibnu Mas’ud r.a mengingkari mereka yang bertakbir, bertahlil dan bertasbih sebanyak 100 kali dengan menggunakan anak-anak batu (biji-biji tasbih) sedangkan perkara tersebut kelihatan seperti amalan yang baik. Insya-Allah akan saya perjelaskan secara ringkas di sini.

    Telah sepakat seluruh ulamak Ahlus Sunnah wal Jamaah akan kesunnahan berzikir termasuk zikir bertakbir, bertahlil dan bertasbih. Namun begitu apa yang perlu diamati di sini adalah tatacara bacaan zikir tersebut. Allah s.w.t telah menjelaskan kepada hambanya tentang tatacara berzikir yang sepatutnya kita persembahkan kepada-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya:

    Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu di dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula
    menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. - al-A'raaf (7) : 205

    Daripada firman di atas ini dapat kita fahami bahawa Allah s.w.t. sendiri telah memerintahkan kita sebagai hamba-Nya untuk berzikir kepada-Nya dengan suara yang perlahan atau secara lebih spesifik hanya diri sendiri yang mendengar zikir tersebut. Melalui tatacara yang sebegitu tidak mungkin zikir-zikir tersebut dilakukan secara berjemaah seperti yang digambarkan di dalam hadis tersebut. Oleh itu ianya harus dilakukan secara sendiri-sendiri dan dengan suara yang perlahan. Berpijak di atas dasar ini maka ‘Abdullah Ibnu Mas’ud r.a menolak cara-cara berzikir yang bidaah sebagaimana yang digambarkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Darimi rahimahullah tersebut.

    Namun begitu apa yang ingin penulis tekankan di sini adalah jawapan mereka yang melakukan zikir dengan tatacara bidaah ini iaitu: “Demi Allah wahai wahai Abu
    ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud). Kami hanya bertujuan baik.” Tidakkah alasan ini juga sering diberikan oleh pengamal-pengamal amalan bidaah pada zaman
    ini? Bila ditegur bahawa amalan mereka tersebut tidak ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. tentu mereka akan menjawab, mereka sebenarnya bertujuan baik dan beribadah ikhlas untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Ternyata hanya berbekalkan niat yang baik dan ikhlas masih belum
    memadai selagi amalan tersebut belum dibuktikan bahawa ianya pernah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.. Jawapan seterusnya di dalam hadis ini daripada Ibnu Mas’ud r.a iaitu: “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak mendapatinya” seolah-olah petir yang menyambar muka mereka yang masih ingin mempertahankan amalan-amalan bidaah yang telah sebati di dalam jiwa mereka. Perhatikanlah perkara ini dengan penuh ketelitian dan berlapang dada.
    Semoga kita tidak termasuk golongan yang digambarkan oleh Allah s.w.t melalui firman-Nya:

    (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. - al-Kahfi (18) : 104

    Memadailah 1 contoh ini, Dalam buku akob nanti akan ada banyak lagi dalil yang membantah pemikiran "Apa salahnya amalan-amalan ini? Kan nampak baik?"



    jgn tuan dan rakan seperjuangan cuba mengheret imam2 4 mazhab Ahli sunnah wal Jamaah yang mempunyai nasab keturunan Rasulullah saw untuk kepentingan tuan
    bagi menderhakai Rasulullah saw.

    akob : Siapa yang gemar mengheret para Imam-Imam dalam amalan yang mereka tak pernah buat. Siapa yang mengsyafi'i kan sesuatu amalan sedangkan beliau tidak ada
    kena mengena dengan amalan tersebut. Bila masanya Imam al-Syafi'i menyambut Mawlid atau Malam Israk mikraj, Bila masanya Imam al-Syafi'i menyuruh berzikir
    kuat-kuat selepas solat, bila masanya Imam Syafi'i menyuruh amalan kenduri arwah? Sila jawap pertanyaan saya di atas untuk kita menilai siapa yang gemar mengheret
    nama-nama Imam-Imam Mazhab



    Saya cabar tuan dan rakan seperjuangan tuan untuk berdiri di depan maqam Rasulullah saw dan bertanya kepada Rasulullah saw sendiri tentang samada tuan berada
    di pihak yg benar atau sebaliknya...see whether u can get his endorsement!

    akob : Wadus, dari mana dapat amalan berdiri tepi kubur baginda untuk mengetahui amalan atau pandangan kita betul atau tidak? Puspawangi kena banyak belajar
    hadis-hadis berkaitan ziarah kubur dan saya tak pernah jumpa amalan sebegini dalam bab tersebut. Cuma ada ler kita jumpa dalam kitab-kitab karangan golongan
    sufi bahawa seorang Syaikh mereka pernah pergi ke kubur baginda lalu tangan baginda keluar dari kubur tersebut agar syaikh tersebut boleh berbai'at kepada
    baginda untuk menujukkan kebenaran atau ketinggian maqam Syaikh tersebut. Peristiwa ini kononnya telah disaksikan ribuan manusia. Yang peliknya walupun
    disaksikan ribuan manusia namun tidak ada satupun sanad yang sahih mahupun hassan tentang peristiwa tersebut Aduhai ini cerita dusta yang tidak mendatangkan apa-apa
    manfaat. Banyakkan bertahajjud dan berdoa agar Allah memberikan kita petunjuk. Saya setiap kali selesai menulis satu buku atau artikel pasti akan berdoa terutamanya ketika sujud dalam solat agar Allah SWT melindungi saya dari menulis perkara-perkara yang tidak benar, semoga Allah SWT hanya memberikan saya ilmu-ilmu
    yang benar belaka. Menulis tentang agama ini bukan seperti tulis novel. Kita kena berhati-hati agar fakta yang kita berikan itu benar-benar selari dengan Sunnah Nabi
    saw.



    ..and also ask Allah depan Kaabah to show you adakah tuan di landasan yang Allah dan RasulNya redha.Tuan pasti akan mendapat jawapan...

    akob : aduhai Puspawangi, Imam-Imam di Masjidil Haram tu semua rakan-rakan seperjuangan kami yang semanhaj dengan kami. Adakah anda ingat mereka tidak pernah duduk depan Kaabah dan berdoa. Namun alhamdulillah seperti yang telah saya katakan saya memang sentiasa berdoa agar Allah SWT memberikan
    petunjuk kepada saya ke jalan yang benar.




    sementara itu be careful with dr asri..tulisan2nya tak dapat memadamkan apa yang telah diputuskan oleh ulamak2 muktabar yg terdahulu yg menulis melalui keizinan
    demi keizinan dari Rasulullah saw sendiri...

    akob : Dr Asri adalah rakan seperjuangan saya yang saya kenali secara peribadi. Saya kenali manhaj beliau. Kamu nukilkan satu sahaja perkara yang beliau
    lontarkan yang tidak ada dalil yang sah daripada al-Qur'an dan al-Sunnah? Jangan bekukan ilmu Fekah dengan apa yang kita ketahui atau pelajari sahaja. Ilmu fekah
    dalam Islam ini luas terdapat banyak pendapat dalam mazhab-mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Disebabkan kita jahil dengan keluasan ilmu fekah ini
    jangan kita anggap pandangan orang lain yang berbeza dengan kita itu tak selari dengan ASWJ. Jangan disebabkan kebebalan diri sendiri menyebabkan kita tuduh orang lain tak betul. Kaji penadangan para al-Salafussoleh dalam sesuatu perkara kerana merekalah generasi terbaik umat Islam. Jangan terpegun dengan sanad yang kononnya dimiliki oleh sesetengah pak kiyai atau tok guru. Sanad tersebut tidak memiliki nilai walau satu sen pun sekiranya apa yang diajar tersebut tidak selari dengan sunnah Nabi saw. Lagipun kenapa segan-segan hendak berpegang dengan hadis-hadis yg sanadnya telah diperakui oleh golongan muhaddith, begitu juga dalam ilmu tafseer kita juga memakai Tafseer dengan Riwayat
    yang juga ada sanad yang diperakui oleh muhaddith. Dalam bab Sejarah kita juga ada sistem sanad untuk pastikan kisah itu benar atau tidak. By the way Dr Asri
    pun ada sanad tapi beliau tak adalah membesar-besarkannya sangat sebab ia hanyalah satu methodologi dalam pengajian dan bukannya jadi kata pemutus tentang apa yang diajar itu benar atau salah. Pandangan sesiapa pun kita timbang dengan neraca al-Qura'an dan al-Sunnah.



    no single stone unturn by them...perbezaan pendapat mereka mendapat ganjaran tapi perbezaan pendapat akhir zaman menghancurkan umat Muhammad saw

    Akob : Itu sebab kita katakan umat-umat khalaf ini mesti berpegang kepada manhaj Salaf dalam semua perkara demi untuk mengurangkan perbezaan pendapat. Bukannya dengan mangamalkan amalan bidaah yang dicipta oleh golongan khalaf.

    Sekian dahulu ulsasan saya. Semoga ada manfaatnya perbincangan ini. Saya sarankan Puspawangi untuk terus melawati blog saya dan juga link-link yang telah saya
    berikan. Sedikit sebanyak saya yakin akan terbuka juga dada Puspawangi untuk menerima dan mengamalkan hanya Sunnah Nabi.

    WAllahu a'alam

    Sekian Wassalaam

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..penjelasan yang baik..sesungguhnya, Hidayah adalah milik Allah..kita sebagai hambanya perlulah berusaha mencarinya dengan cara mencari ilmu mengenai agamanya, beriman dengan Al-Quran dan Rasulnya..mudah-mudahan mendapat hidayah dari Tuhan Rab Sekalian Alam..jangan menjadikan agama ini Islam Kemelayuan serta Islam Kemalaysian..sesungguhnya Islam itu dari Allah yang diturunkan kepada Nabinya Muhammad..maka segala isi Islam itu adalah dari Al-Quran dan Cara Pengamalan Hanya Dari Rasulullah..tiada lain dari itu..jangan jadikan adat atau kebiasaan sebagai agama..sungguh buruk perilaku itu..menokok tambah dalam agama serta menghalangi manusia ke arah kebaikkan bahkan ingin anusia ke arah kebidaahan..semoga skuad Sunnah akan terus berjuang membantu agama Allah hingga akhirnya..aminn

    BalasPadam