Assalaamu'alaikum Warahmatullah
Alhamdulillah sebuah lagi buku saya telah berada di pasaran dan kali ini saya mengupas satu isu yang sentiasa hangat dan kontroversi. Namun bagi saya penjelasan tentang hal ini tetap perlu diteruskan demi untuk menyemai budaya cintakan sunnah Nabi atau Ittiba’. Kali ini saya amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan seorang pendakwah muda yang berakhlak mulia serta tinggi ilmunya iaitu Ustaz Mohamad Khairi bin Nawawi. Secara kebetulan beliau juga merupakan graduan dari universiti yang sama seperti saya iaitu UIAM. Semoga buku ini dapat memperjelaskan isu yang kontroversi ini agar segala kekusutan yang membelakanginya dapat diuraikan secara ilmiah dan hikmah. Buku ini juga diharapkan agar dapat membangkitkan perasaan cintakan sunnah Nabi SAW serta menolak segala bentuk tokoh tambah dalam hal-hal berkaitan agama.
========================================
TAJUK : BID’AH HASANAH : TOKOK TAMBAH AMALAN RASULULLAH
PENULIS : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
PENYUNTING : Ustaz Mohamad Khairi bin Nawawi
PENERBIT : Karya Bestari (Karangkraf)
MUKASURAT : 204
HARGA : Semenanjung Malaysia – RM10.00 Sabah / Sarawak – RM13.00
UNTUK MELANGGAN : Sila ke http://www.alaf21.com.my/ atau hubungi 03-5511 8820 / 8821
Matlamat tidak menghalalkan cara. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan haramnya perbuatan menokok tambah atau bid’ah dalam ibadah. Pengharaman ini jelas disebut dalam al-Qur’an, sunnah mahupun kitab-kitab ulama terdahulu. Hakikatnya Islam telah sempurna dan tidak perlu kepada tokok tambah. Bahkan perbuatan ini dapat memburukkan wajah Islam dek timbulnya percanggahan fakta dan amalan yang membebankan umat. Tambahan pula, ia menjadi punca perpecahan umat Islam.
Malangnya, terdapat pihak yang cuba menghalalkan tokok tambah dalam agama dengan menyatakan ia Bid’ah Hasanah. Alasan merela ialah: “Apa salahnya? Amalan ini baik dan ini ibadah, bukannya maksiat.” Mereka juga menggunakan kata-kata Imam al-Syafie dan ulama-ulama lain sebagai hujah menyokong kenyataan mereka.
Bolehkah kita melakukan tokok tambah dalam agama dengan alasan niat yang baik? Adakah benar para ulama khususnya mazhab Syafie membenarkan tokok tambah dalam ibadah? Segala kemusykilan serta salah faham berhubung dalil-dalil yang membolehkan bid’ah hasanah ini dikupas dan diolah di dalam buku ini dengan hujah yang jelas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.
salam ziarah.
BalasPadamsaya belum baca buku tuan tapi bida'ah hassanah yg terbesar yg saya tahu ialah alQur'an yg dibukukan kerana cuma zaman sahabat baru alQur'an itu dibukukan. Dan penggunaan baris dalam al Qur'an itu juga ditambah utk membolehkan umat akhir zaman membacanya.
Begitu juga bacaan "rabbana (wa)lakalham" ketika bangun dari rukuk, itupun ditambah oleh sahabat dan di syariatkan oleh Baginda Rasul s.a.w.
Wa'alaikumussalaam
BalasPadamDalam buku tersebut ada penjelasan tentang ke dua hal tersebut. Malah ada banyak lagi hujah yang selalu diginakan untuk menjustifikasikan bid'ah ada dalam buku tersebut.
Silalah beli buku tersebut.
Sekian Wassalaam
kerana bidaah hasanah lah terpelihara agama ini?
BalasPadammohon penjelasan serapinya:)
Tak beli orang sudah tahu...
BalasPadamnampak ilmiah namun penuh dengan gaya retorika.
Buku ini mungkin laku di Indonesia tapi tidak di Malaysia...
Assalaamu'alaikum, belum baca dah boleh buat ulasan, memang lucu sungguh. Alhamdulillah buku ini bertujuan membantah buku Makna Sebenar Bid'ah yg penuh dengan penyelewengan dan pembohongan. Hanya mereka yg tergugat dgn pemikiran jumud konsep Bid'ah Hasanah shj yg akan kurang senang dgn buku saya ini. Manakan tidak, pokok-pokok asas konsep Bid'ah Hasanah terkulai layu. Dan hanya mereka yg jumud akan membuat penilaian tanpa membaca terlebih dahulu. Memang lucu.
BalasPadamAssalamualaikum. Harap lepas ni penulis boleh hurai lebih lanjut bid'ah dholalah. Itu lebih baik dan bid'ah itu bukannya hukum. sekian.
BalasPadamsaya dah dengar ulasan Dr Mohd Asri ttg buku ini...yg tak setuju dgn hujah dalam buku ini sila kemukakan dalil, jgn beremosi sahaja.. orang tembak pakai peluru hidup anda hanya mampu jelir lidah..sila berdalil jika berhujah.
BalasPadamtahniah di atas penerbitan buku ini!
-saya nak beli kat web Alaf21,buku ni dah takde dlm senarai.betul ke??
ada tak kt mana2 by online yg saya boleh beli??
Saya akan beli buku ini. Saya sgt suka penulisan Ust Akob. Sama-sama lah kita membaca dan menambah ilmu.
BalasPadamUstaz - saya telah melawati website alaf21 untuk mencari buku2 ustaz - apabila saya taip nama ustaz, saya diberikan maklumat ini -
BalasPadamMaaf. Tiada rekod untuk carian “Mohd Yaakub bin Mohd Yunus”