SUMBER : http://drmaza.com/home/?p=618
SOALAN Ditanya Dr. Mohd Asri mengenai mogok lapar yang sertai oleh seseorang muslim, apa hukumnya?
Jawapan: Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.
Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish. Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.
Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah. Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka.
Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam. Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat. Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya.
Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini. Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun”
– dr mohd asri zainul abidin, lampeter, UK.
assalamualikum ustaz saya Ahmad dr Selangor,saya nk tanya beberapa soalan kpd ustaz,saya mempunyai seorang ibu dan bapa yang alhamdulilah masih di kurniakan kesihatan yang baik walaupun kedua2nya mempunyai penyakit kencing manis terutamanya bapa saya yang agak serius tapi kuasa allah itu mengatasi segalanya saya bersyukur,namum mereka berdua sudah pun bersara.Ustaz disini saya nak lontar beberapa masalah yang ingin saya kongsikan,dari kecil ayah saya amat memanjakan anak anak nya terutamanya saya,boleh dikatakan saya amat rapat dengan nya berbanding dengan ibu,bapa saya ni seorang penyabar,baik hati dan boleh dikatakan bapa mithali bg saya,namum saya kurang sedikit dgan ibu saya kerana dia seorang garang dan mungkin pilih kasih(bukan nak memburuk ibu sendiri tapi sekada luahan saje )ayah saya selalu mengingatkan saya tentang amalan mulia yg harus saya lakukan sbg manusia yg beragama islam,persoalannya ustaz berdosakah saya jika melebihkan ayah dr ibu sedangkan saya sedar nabi sendiri memberitahu keredhaan allah terletak kepada kpd keredhaan ibu,saya cuba megimbanginya tetapi disini saya tidak begitu gembira sekali dengan perangai ibu saya sendiri kadang mementingkan diri sendiri sbg cth ibu mempunyai pancen manakala ayah saya hanya bergantung pada simpanan KWSP yg dah x seberapa byknya,keadaan ini menekan ayah saya apabila tiba bab nak bershoping atau nak pakai ibu saya selalu akan meminta dengan jumlah yg byk kadang2 saya sedih sgt mengenangkan nasib ayah saya yang terlalu mengalah dan tidak pernah mengeluh,saya sendiri menjadi sebak melihat sikap ayah amat penyabar ini.Tiap2 kali pulang ke kampung saya tak akan lupa menghulurkan duit kpd mereka berdua ni secara berasingan kadang2 nak je bg duit tu lebih skit kpd ayah saya tp saya tahu duit yg saya bagi padanya akan diberi ataupun diminta oleh ibu saya so takut kecil hati ibu plak saya memberi sama rata kadang2 lebihkan skit untuk ibu dr ayah kerana saya tahu kita perlu melebih ibu dr bapa,tp bagaimana nk tegur ibu kite sbg seorang anak supaya dia tidak teras hati dengan teguran kita itu memandangkan ibu saya seorang terlalu mengikut kehendaknya sendiri dari pandangan anak2 nya?
BalasPadamAssalaamu'alaikum
BalasPadamPermasalahan saudara saya telah ajukan kepada sahabat-sahabat saya ahli panel www.al-fikrah.net seperti alamat di bawah
http://al-fikrah.net/ForumsPro/viewtopic/p=99447.html#99447
Silalah rujuk ke sana
Sekian Wassalaam