Rabu, 25 Jun 2008

MY SECOND BOOK - FREE FOR EVERYBODY


Assalaamu'alaikum


Alhamdulillah buku ke dua akob bertajuk SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR ADALAH SEDEKAH ALLAH yang diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa kini boleh didapai dalam bentuk e-Book di laman Web sahabat akob iaitu al-Fadhil Kapten Hafiz Firdaus di alamat berikut:


http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Jamak-dan-Qasar/Kata%20pengantar.htm


Di antara topik yang telah akob bahaskan dalam buku ini adalah seperti berikut:-



1) Pengertian jamak dan qasar
2)
Beberapa Tatacara sembahyang jamak dan qasar di Malaysia
3)
Hukum mengqasar sembahyang dalam perjalanan
4)
Jarak perjalanan yang membolehkan sembahyang diqasarkan
5)
Tempoh perjalanan yang membenarkan sembahyang diqasarkan
6)
Menjamak sembahyang bukan terhad ketika dalam perjalanan
7)
Niat yang perlu dilafazkan ketika menjamak dan mengqasarkan sembahyang
8)
Hubungkait niat dengan pembolehan menjamak dan mengqasarkan sembahyang



Sinopsis:


Di antara sifat pengasih Allah kepada para hamba-Nya ialah Dia memudahkan hukum sembahyang ketika musafir atau menghadapi kesukaran. Kemudahan ini, yang dikenali sebagai sembahyang Jamak dan Qasar, disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai satu sedekah dari Allah.


Akan tetapi, sayang sekali, sebahagian umat Islam telah meletak pelbagai syarat ke atas sembahyang Jamak dan Qasar sehingga akhirnya ia tidak dianggap sebagai satu kemudahan,malah menjadi satu kesukaran yang membebankan umat.



Melalui buku ini, penulis menjelaskan bahawa segala syarat-syarat tersebut sebenarnya tidak berasal daripada Allah dan Rasul-Nya. Penulis menguatkan penjelasannya ini dengan dalil-dalil daripada al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih, diikuti dengan penjelasan para ilmuan yang meneliti persoalan ini dengan mendalam.


Kami sebagai penerbit yakin bahawa melalui buku ini, sedekah Allah dalam kemudahan sembahyang Jamak dan Qasar akan dapat dinikmati semula sepenuhnya oleh para pembaca sekalian.



Oleh itu silalah melapangkan masa anda untuk membacanya.

Sekian Wassalaam

2 ulasan:

  1. Diperbolehkan menjamak sembahyang ketika tanah dalam keadaan berlumpur, udara yang dingin, turun salju, sakit, angin kencang bahkan kerana adanya uzur atau kepentingan lain…Ibnu Taymiyyah berkata: “Mazhab Fiqh yang paling longgar dalam masalah menjamak sembahyang adalah mazhab al-Imam Ahmad. Sebab beliau telah membolehkan menjamak antara dua sembahyang hanya disebabkan adanya keperluan ataupun ketika sedang sibuk.”

    Assalamu'alaikum saudara Mohd Yaakub, saya ada kemuyskilan tentang solat jamak ni.
    abang saya bekerja sebagai mekanik kereta,hari2 bergelumang dengan minyak dan memerlukan masa yang agak lama untuk membersihkannya setiap kali hendak solat..
    berdasarkan pendapat oleh Imam Ibn Taymiyyah dia atas,bolehkah abang saya menjamakkan solatnya? biasanya zohor & asar la..
    syukran.

    BalasPadam
  2. Walaupun begitu menjamk solat ini tidaklah boleh dijadikan kebiasaan. Bila ada keperluan yang mendesak.

    Pada pendapat saya abang anda hendak tetap solat dalam waktu. Berusahalah untuk membersihkan diri sekadar termampu.

    WAllahu'alam

    BalasPadam