Khamis, 3 Julai 2008

BUKU : 25 PERSOALAN SEMASA

25 PERSOALAN SEMASA : Huraian & Penyelesaian
Penulis : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Penerbit : Karya Bestari
Halaman: 496
Harga: RM17.00
Untuk dibeli secara online sila ke:

http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=806



Di antara buku-buku akob yang paling dekat dengan hati akob adalah buku 25 Persoalan Semasa ini. Buku ini merupakan himpunan artikel-artikel yang pernah ditulis oleh Akob semenjak tahun 2004 sehingga 2007. Bila melihat artikel-artikel tersebut satu per satu maka akob akan terkenang latar belakang atau keadaan akob semasa menulis artikel tersebut. Ada yang pahit dan ada juga manis. Tentu sekali yang manis jauh lebih banyak dari yang pahit.

Ada di antara artikel itu merupakan kertas kerja yang Akob bentangkan di forum-forum, ada juga yang telah disiarkan di akhbar-akhbar serta majalah. Isu-isu seperti syarat sah amal ibadah, menyentuh wanita ajnabi, hukum solat jemaah, menggunakan air mustakmal, membaca dan memegang al-Quran ketika berhadas kecil dan besar, amalan sunat pada hari Jumaat, mengerjakan solat tahajjud, Metode Tasfiyah dan Tarbiyah dalam menjana gerakan tajdid, hakikat mencintai rasulullah, amalan sempena nisfu syaaban dan lain-lain lagi sering menjadi perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dari dahulu sehingga kini.

Perbezaan ini ada kalanya membawa kepada kebaikan dan ada kalanya membawa kepada permusuhan dan perbalahan yang tidak berpenghujung. Perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia telah pun berlaku semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah ke hari ini. Ini semua berpunca daripada kefahaman yang berbeza terhadap nas al-Quran dan hadis serta kedudukan tempat yang berbeza di kalangan kaum muslimin dahulu dan kini. Bagi orang awam yang tidak terdedah kepada pelbagai perbahasan ulamak terhadap dalil dan tidak pernah mengambil tahu punca segala hukum-hakam yang diamalkan hari ini, pastinya akan menghadapi kesukaran ketika berlaku percanggahan di kalangan para ulamak Islam.

Buku ini menerangkan perbezaan tersebut dan menjelaskan pendapat manakah yang lebih hampir kepada ketepatan. Selain daripada isu-isu yang dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi perbahasan lain yang menarik termaktub di dalam buku ini. Kesemuanya mengandungi 25 perkara. Untuk mengetahui kesemuanya, dapatkan buku ini di kedai-kedai buku terpilih sekarang.

Dapatkan segera '25 Persoalan Semasa: Huraian dan Penyelesaian' sekarang sementara stok masih ada!

2 ulasan:

Bawang Goreng berkata...

Salam Ramadan & Selamat berpuasa,

Insya Allah saya akan dptkan buku ini di pasaran (MPH ada jual tak?)

Saya nak tanya pendapat Akob ttg 'zakat pendapatan'. Saya sedikit musykil mengenai zakat pendapatan ni...

Zakat dikenakan setelah mengambil kira "sempurna milik, sampai nisab dan genap haul", tetapi halnya dlm zakat pendapatan, ia dikira pendapatan yg 'akan' diterima (utk setahun - walaupun kita masih belum memilikinya, dan bagaimana pengiraan sampai nisab dan genap haul pula?) adakah zakat pendapatan dikira wajib?

Apa pendapat Akob? Ada artikel yg boleh saya rujuk? Dr MAZA ada bagi ulasan ttg ini tak?

Sila beri tunjuk ajar.

Jazakallah.

Mohd Yaakub bin Mohd Yunus berkata...

Assalaamu'alaikum

Saya tak pasti sama ada MPH ada terjual buku tersebut.

Untuk bab Zakat say kurang arif sila kemukan soalan ini di:

http://al-fikrah.net/index.php

Sekian Wassalaam dan Salam Ramadhan