Khamis, 29 Mei 2008

MY FIRST BOOK : Kaedah Memahami Nama-nama & Sifat-Sifat Allah


http://www.jahabersa.com.my/store/My/productdetail.asp?ISBN=983-170-688-9
Tajuk : Kaedah Memahami Nama-nama & Sifat-Sifat Allah
Penulis : Abu Iqbal Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus
Harga jualan : RM 11.00
ISBN : 983-170-688-9
Muka surat : 139
Assalaamu'alaikum
Ini merupakan buku pertama akob. Pada mulanya akob tak pernah terfikir nak menulis buku. Akob lebih suka berinteraksi tentang isu-isu berkaitan agama menerusi yahoogroups sahaja. Pasa masa itu sahabat akob bernama Kapten Hafiz Firdaus merupakan seorang yang aktif menulis buku-buku agama. Untuk melihat senarai buku-buku beliau sila layari http://www.jahabersa.com.my/store/My/productlist.asp?CID=31&sPath=2,31 Hafiz Firdaus merupakan seorang insan yang begitu istimewa. Dia sentiasa memberi semangat kepada akob dan rakan-rakan lain untuk mendalami ilmu-ilmu agama dan berkarya. Tapi pada masa itu akob merasakan diri ini tidak mampu untuk menulis buku kerana ilmu yang ada di dada dirasakan tidak seberapa. Namun Hafiz bukan seorang yang mudah mengalah. Dia pun membuat projek buku Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (kini sudah masuk jilid ke 6) dan menjemput rakan-rakan lain untuk menyumbang artikel dalam buku tersebut. Akob memilih tajuk berkaitan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah. Akob memang tak ada PC di rumah. So bila masa rehat di tempat kerja akob tak keluar makan untuk siapkan artikel tersebut di pejabat. Apabila Hafiz mengetahui akan hal ini maka dia pinjamkan akob Tablet PC beliau untuk projek ini. Alhamdulillah akob berjaya menyiapkan artikel tersebut menurut tarikh yang ditetapkan. Setelah akob hantarkan ia kepada Hafiz maka beliau dapati artikel tersebut terlalu panjang untuk buku Himpunan Risalah tersebut dan beliau cadangkan akob kembangkan ia menjadi buku. Maka dari situ terhasillah buku pertama akob ini. Untuk projek buku Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah akob karang satu artikel lain tentang manhaj Imam al-Syafi'i rahimahullah terhadap hadis ahad. Begitulah serba sedikit cerita bagaimana akob mula menulis buku pertama akob ni. Oleh itu jika nak dibincangkan tentang latar belakang akob mula berkarya, tentu sekali ianya tidak boleh dipisahkan dengan nama seorang insan yang amat akob hormati, insan yang banyak memberi tunjuk ajar, memberi bimbingan, guruku, mentorku Syaikh Hafiz Firdaus Abdullah. Ya Syaikh, jasamu dikenang. Semoga Allah jua yang akan membalasmu dengan ganjaran pahala yang besar.
Kepada para pelayar blog Minda Akob, sila dapatkan buku akob yang pertama ini yang masih terjual di pasaran. Topik berkaitan akidah yang sentiasa menjadi polemik hangat. Selamat membeli dan membaca.
Sekian Wassalaam
Sinopsis:

Boleh dikatakan kebanyakan umat Islam di Malaysia kurang memahami apa dan bagaimana untuk memahami Nama-nama dan Sifat-sifat Allah.Malah apa yang berlaku ialah di sebaliknya, kebanyakan hanya menghafal nama-nama Allah, menasyidkannya dan menyebutnya dengan bilangan tertentu semat-mata kerana ingin mengejar fadilat tertentu. Atas sebab inilah dan beberapa sebab yang lain, buku ini diusahakan khas bagi menerangkan kaedah memahami Nama-nama dan Sifat-sifat Allah.

1 ulasan:

arter023 berkata...

Salaamun alaikum..