Jumaat, 16 Mei 2008

BUKU TERLARIS TERBITAN KARANGKRAF DI IBFKL2008

Inilah buku akob yang berjudul PERSIAPAN MENGHADAPI KEMATIAN yang mendapat sambutan menggalakkan ketika IBFKL2008 di PWTC baru-baru ini


Pesta buku Antarabangsa KL 2008 (IBFKL2008) pada bulan April lalu mendapat sambutan yang amat hangat. Sebelum ini terdapat kajian yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca beberapa helai mukasurat buku sahaja dalam setahun. Namun melihatkan sambutan yang hangat ini, akob merasakan perlu dijalankan satu kajiselidik yang baru untuk melnilai semula tabiat membaca dikalangan generasi baru di Malaysia. Pada pesta buku kali ini buku-buku akob juga terjual. Penerbit buku akob Perniagaan Jahabersa dan Karya Bestari (Karangkraf) telah mengambil bahagian dalam IBFKL2008.


Setiap kali pesta buku, gerai karangkraf sentiasa mendapat sambutan yang hangat. Karangkraf juga terkenal dengan susunan gerai yang menarik, kreatif dan di gerai mereka kebiasaannya diselitkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang mampu menarik perhatian pengunjung.


Berikut ini akob sisipkan bersama senarai-senarai buku yang mendapat sambutan hangat semasa IBFKL2008 baru-baru ini. Alhamdulillah buku kecil akob berjudul "PERSIAPAN MENGHADAPI KEMATIAN" menduduki carta ke 2 buku terlaris dalam kategori buku agama.


Kepada semua pembeli, pembaca dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong akob, akob ucapkan jutaan terima kasih.




TOP 10 PESTABUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2008



Mari kita lihat carta TOP 10 buku-buku agama di bawah:http://alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukupwtc2008/default8.htm
1. BERTUDUNGLAH WAHAI PUTERIKU


2. PERSEDIAAN MENGHADAPI KEMATIAN - Mohd Yaakub bin Mohd Yunus


3. WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


4. DIDIK ANAK CARA ISLAM


5. ADAB PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA


6. QIAMULLAIL


7. HADIS-HADIS PALSU


8. MEMOHON KEAMPUNAN


9. WUDUK DAN SOLAT 1


0. INGATAN DARI KAABAH



Mari kita lihat carta TOP 10 novel di bawah:
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukupwtc2008/default10.htm

1. SELAGI ADA DIA


2. TERNYATA CINTA


3. SERIBU KALI SAYANG


4. WARNA HATI


5. UNGU KARMILA


6. SEGALANYA UNTUKMU


7. MENANTI KASIH


8. PELANGI MEMBEKU


9. CINTA SANG RATU


10. BICARA HATI






Kategori Buku Resipi


http://alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukupwtc2008/default7.htm
1. Aneka Masakan Gerai (2002)


2. Kompilasi Masakan Thai (2008)


3. Aneka Puding & Agar-agar (2001)


4. Kompilasi Hidangan Mi (2007)


5. Aneka Masakan Berempah (2003)


6. Kompilasi Hidangan Nasi (2007)


7. Aneka Hidangan Sarapan (2006)


8. Aneka Talam & Kuih Lapis (2006)


9. Aneka Minuman Petang (2000) 10. Aneka Roti (2000)






Mari kita lihat carta TOP 10 buku-buku umum di bawah:


http://alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukupwtc2008/default9.htm
1. FIKIR-FIKIRLAH


2. BUAT SAMPAI JADI


3. MEMBINA CINTA SAYANG


4. ENGLISH FOR KIDS


5. BIAR BETUL-BETUL


6. TEH TARIK KURANG MANIS


7. EASY ENGLISH


8. SIMPLE ENGLISH


9. ADUHAI SUAMI


10. NAK KE TAK NAK

Tiada ulasan: