Memaparkan catatan dengan label Aliran Pemikiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aliran Pemikiran. Papar semua catatan

Isnin, 28 Disember 2009

Syaikh Wahbah al-Zuhaili dan Tauhid tiga Serangkai

Syaikh Wahbah al-Zuhaili
Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2008



Assalaamu'alaikum

Baru-baru ini Syaikh Wahbah al-Zuhaili (SWAZ) seorang tokoh ulamak terkemuka di dunia telah berkunjung ke Malaysia dan memberi ceramah perdana di Masjid Negeri Selangor pada 23hb Disember 2009 yang Lalu. Ustaz Fathul Bari (UFB) berkesempatan untuk bertanyakan beliau tentang Tauhid Tiga Serangkai yang dianggap sesat oleh Dr Uthman el-Muhammady, Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan rakan-rakan yang sewaktu dengan mereka.


Anda boleh lihat rakaman tersebut di:




Saranan Syaikh Wahbah al-Zuhaili adalah berhati-hati dengan fitnah yang datang dari kelompok yang menyesatkan Pembahagian Tauhid Tiga Serangkai ini kerana mereka mempunyai agenda jahat.

Berikut transkrip perbualan tersebut :


UFB :


يمكن تجب عن تقسيم التوحيد إلى ثلاثة أقسام؟ بعض الناس يعني يرد على هذا ويقول بأن هذا تقسيم النصارى وغير ذلك، مع أن هذا قد كررت بالحكومة قد كررت، في الجامعات والمدارس نليجه، فماذا ...؟
Boleh awak jawab tentang pembahagian tawhid kepada 3 bahagian? Sebahagian manusia – iaitu – yang menolak ke atas (pembahagian) ini, dan berkata bahawa ini ialah pembahagian Kristian dan sebagainya, tambahan lagi hal ini telah diperakui dalam kerajaan, iaitu yang telah diperakui di universiti-universiti dan sekolah-sekolah yang kami masukinya. Maka apa …?


SWAZ :

... نحن ينبغي أن لا نعرف وأن لا نستمع إلا لمقالة أهل السنة والجماعة. وأما هؤلاء المشككون، والذين يحرفون النصوص من بعض مواضعها، ويخالفون ما عليه جمهور الأمة، فهم مخطؤون، فلا تستمعوا لهم، ولا تقيموا وزنا لأي كلام يصدر منهم لأنهم في هذا لهم مآرب معينة، ونحن نبرأ إلى الله سبحانه وتعالى من مثل هذه الأعمال التي تعاتج تزرع الفنتة بين المسلمين

… Kita tidak perlu untuk mengetahui atau kita tidak perlu mendengar melainkan kepada kata-kata Ahli s-Sunnah wal-Jama`ah. Dan mereka yang ragu-ragu itu, dan yang mengubah nas-nas daripada beberapa tempat-tempatnya, dan yang mencanggahi apa yang jumhur ummah berada di atasnya, maka mereka adalah salah, dan jangan kamu dengar kepada mereka, dan jangan kamu berikan pertimbangan kepada sebarang kata-kata yang datang daripada mereka, kerana sesungguhnya mereka dalam hal ini, mereka mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu. Dan kita berlepas kepada Allah subhanahu wata`ala, daripada yang seperti perbuatan-perbuatan ini, yang sentiasa menabur fitnah dalam kalangan muslimin.



UFB :

هي ثلاثة أقسام، هذه؟

Ia tiga bahagian, yang ini?



SWAZ :
نعم، نعم، نعم

Ya, ya, ya



UFB:
يعني يجوز؟

Boleh?


SWAZ:

يجوز هذ يجوز،

Boleh, ini boleh



SWAZ:

تسمية، نحن، أي لماذا، ما فيها شيء، لا نقول، ذوات، وأنما الذات واحدة،

وهذه الأسماء، لله الأسماء الحسنى فادعوه بها، وهذه صفات ، الأسماء

والصفات كلها لله...

Penamaan, kita, iaitu kenapa, tiada padanya apa-apa, kita tidak kata, banyak zat, tetapi Zat yang Satu. Dan nama-nama ini, dan sifat-sifat ini, nama-nama dan sifat-sifat, semuanya kepunyaan Allah.



UFB:

ألوهية، ربوبية، وغيرها

Uluhiyyah, Rububiyyah dan selainnya


SWAZ:

نعم، نعم...

Ya, ya…

Khamis, 17 Disember 2009

Menjawab Tuduhan Yusri Mohamad

Maksud as-Sawadul A'zham (السواد الأعظم) Sebuah Jawaban Kepada Yusri Mohamad
Oleh Nawawi bin Subandi
SUMBER : http://an-nawawi.blogspot.com/

Artikel ini adalah sebuah jawaban kepada Yusri Mohamad. Beliau adalah seorang Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga merupakan Bekas Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM).

Beliau sebagaimana tulisannya yang disiarkan di dalam Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 November 2009, Sabtu, di bahagian Rencana, m/s. 10, Bertajuk: Mencari Kebenaran Beragama: Menyeru supaya umat Islam mengikuti praktik agama (Islam) yang dianut oleh golongan majoriti dengan alasan menggunakan kalimah as-Sawadul A’zam dan arus perdana.Berikut dinukilkan perkataan beliau sebagaimana rujukan:

1 - Tolaklah Yang Syaaz (ganjil), Ikutilah Arus Perdana...

2 - ...panduan yang sangat utama dalam memilih kebenaran dalam agama adalah dengan kesetiaan dengan aliran arus perdana dan mengelakkan aliran-aliran yang Syaaz (ganjil, asing dan kontroversi).

3 - ...mengenali dan menolak yang Syaaz adalah prinsip pokok dalam Islam seperti yang dinyatakan nas-nas termasuk ayat 115, surah al-Nisa’ dan hadis yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menghimpunkan Umat ini di atas suatu kesesatan, dan sesungguhnya Tangan Allah itu bersama al-Jamaah, maka ikutlah as-Sawadul A’zam (majority ulama) dan sesiapa yang mengasingkan diri maka dia mengasingkan dirinya ke Neraka.”

4 - ... Malangnya, kita dapati ada tokoh-tokoh tertentu yang banyak mempertikaikan (baca menyesatkan) amalan-amalan yang sudah diterima umum dalam masyarakat kita yang ada asasnya di dalam Islam seperti tahlil arwah, bacaan Yasin di waktu tertentu dan berubat dengan air yang dijampi.

(Sekian nukilan. Rujuk: Utusan Malaysia)

Jadi, atas sebab tulisan beliau tersebut, maka artikel ini pun diusahakan dan disusun dengan harapan mampu memberi penjernihan.Ini setelah dikenal pasti bahawa artikel beliau banyak membawa kerancuan berbanding kebenaran. Dan artikel beliau tidak berpijak kepada realiti prinsip agama yang sebenar yang berdiri di atas dalil-dalil yang sahih berpandukan kefahaman generasi awal umat Islam. Bahkan beliau secara halus cuba mempengaruhi golongan awam supaya meninggalkan prinsip generasi awal (salaf as-Soleh dari kalangan ulama sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam) dengan mengajak supaya mengikuti agama arus perdana.Walau bagaimanapun, artikel berikut ini hanya memfokuskan kepada maksud sebenar as-Sawadul A’zham. Sekaligus menunjukkan Yusri Mohamad telah keliru di dalam memahami makna as-Sawadul A’zham dan kefahaman beliau tersebut perlu ditinggalkan.Hadis-hadis berkenaan as-Sawadul A’zham:


فإن بني إسرائيل افترقوا على إحدى وسبعين فرقة ، والنصارى على اثنتين وسبعين فرقة ، وإن أمتي ستفترق على ثلاث وسبعين فرقة ، كلها على الضلالة ، إلا السواد الأعظم » قالوا : يا رسول الله ، ما السواد الأعظم ؟ قال : من كان على ما أنا عليه وأصحابي ، من لم يمار في دين الله تعالى ولم يكفر أحدا من أهل التوحيد بذنب

Terjemahan: Bahawa Sesungguhnya bani Isra’il telah berpecah menjadi tujuh puluh satu firqah (golongan/puak), dan Nashrani pula berpecah menjadi tujuh puluh dua firqah, manakala umatku pula akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga firqah. Kesemua mereka di atas kesesatan, kecuali as-sawadul a’zham. (Para sahabat bertanya): “Wahai Rasulullah, apa itu as-sawadul a’zham?” (Rasulullah menjawab): “Sesiapa sahaja yang berada di atas jalanku dan para sahabatku. Iaitu mereka yang tidak keluar dari agama Allah Ta’ala dan tidak mengeluarkan seorang pun dari ahli tauhid dengan dosanya. (Rujuk: al-Ajurri, asy-Syari'ah, 1/122. Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir, 8/152, no. 7659. Dari Anas B. Malik)


ان بني إسرائيل افترقت على إحدى وسبعين فرقة هذ الأمة تزيد عليها واحدة كلها في النار إلا السواد الأعظم

Terjemahan: Bahawasanya Bani Isra’il telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan, dan umat ini akan menambah di atasnya satu lagi (menjadi 72 golongan), semua ke Neraka kecuali as-Sawadul A’zham. (Hadis Riwayat al-Marwadzi, 1/22, no. 56. Dari Abi Umamah)


اختلفت اليهود على إحدى وسبعين فرقة ، سبعون فرقة في النار وواحدة في الجنة ، واختلفت النصارى على اثنتين وسبعين فرقة ، واحدة وسبعون في النار وفرقة واحدة في الجنة ، فقال : تختلف هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة ، اثنتان وسبعون في النار وواحدة في الجنة. قلنا : انعتهم لنا قال : السواد الأعظم

Terjemahan: Telah berpecah orang-orang Yahudi menjadi tujuh puluh satu firqah (golongan/puak), tujuh puluh firqah di neraka dan hanya satu di jannah. Dan kaum Nashara pula telah berpecah kepada tujuh puluh dua firqah, dan tujuh puluh satu di neraka, manakala hanya satu di jannah. Kemudian beliau (Nabi) bersabda: Akan berpecah umatku ini menjadi tujuh puluh tiga firqah, tujuh puluh dua golongan di neraka dan hanya satu di jannah. Yang satu itu adalah as-Sawadul A’zham. (Rujuk: al-Lalika’i, Syarah Ushul I’tiqad, 1/155, no. 131)


تفرقت بنو إسرائيل على إحدى وسبعين ، وأمتي تزيد عليها ، كلها في النار إلا السواد الأعظم
Terjemahan: Telah berpecah bani Isra’il menjadi tujuh puluh satu golongan dan umat ini akan melebihi mereka (dalam perpecahan), semuanya ke neraka kecuali as-Sawadul A’zham. (Rujuk: al-Laalika’i, Syarah Ushul I’tiqad, 1/156, no. 132. Dari Abu Gholib secara mauquf)

افترقت بنو إسرائيل على إحدى وسبعين فرقة ، وإن أمتي ستفترق على ثلاث وسبعين فرقة ، كلها في النار إلا السواد الأعظم

Terjemahan: Telah berpecah bani Isra’il menjadi tujuh puluh satu firqah (golongan), dan bahawasanya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga firqah (golongan), mereka semuanya ke neraka kecuali as-Sawadul A’zham. (Rujuk: al-Lalika’i, Syarah Ushul I’tiqad, 1/104, no. 152. al-Marwadzi, as-Sunnah, 1/22, no. 57. Al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/31, no. 27. Dari hadis Anas B. Malik)

ما كان الله ليجمع هذه الأمَّة على ضلالة أبدا، ويد الله على الجماعة هكذا، فعليكم بالسواد الأعظم، فإنه من شذَّ شَذَّ في النار


Terjemahan: Tidaklah Allah akan menghimpun umat ini di atas kesesatan untuk selama-lamanya. Dan tangan Allah di atas jamaah ini. Hendaklah kamu mengikuti as-Sawadul A'zham kerana sesungguhnya sesiapa yang terasing (Syaadz), maka dia terasing ke dalam neraka. (Rujuk: Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 11/442, no. 3940. al-Albani, Taraji’at al-‘Allamah al-Albani fi at-Tashih wa at-Tad’if, 1/13, no. 85. Dari hadis Anas B. Malik)

Hadis Iftiraqul Ummah (Perpecahan Umat)

حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ يَعْنِي الْمَاجِشُونَ، عَنْ صَدَقَةَ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ الْنُمَيْرِيِّ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ افْتَرَقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً ، وَأَنْتُمْ تَفْتَرِقُونَ عَلَى مِثْلِهَا، كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلَّا فِرْقَةً "

Terjemahan: Telah mengkhabarkan kepadaku Waqiq, daripada ‘Abdul ‘Aziz iaitu al-Majisyun, daripada Shodaqah B. Yasar, dari an-Numairi, daripada Anas B. Malik, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Sesungguhnya bani Isra’il telah berpecah menjadi tujuh puluh golongan, dan ke atas kamu juga akan berlaku perpecahan sebagaimana mereka, semuanya ke Neraka kecuali satu golongan.” (Hadis Riwayat Ahmad, 19/241, no. 12208. Musnad Ahmad, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth)Berkata Syaikh Syu’aib al-Arnauth (berkenaan hadis tersebut):


حديث صحيح بشواهده، وهذا إسناد ضعيف لضعف النُميري: وهو زياد بن عبد الله. وكيع: هو ابن الجراح، وعبد العزيز الماجشون: هو ابن عبد الله بن أبي سلمة

Hadis ini sahih dengan syawahid (sokongan/penguat). Sanad hadis ini asalnya dhoif pada an-Numairi: Dia adalah Zaid B. ‘Abdullah. Waqiq: Dia Ibnul Jarrah. Dan ‘Abdul ‘Aziz al-Majisyun: Dia Ibn ‘Abdullah B. Abi Salamah.

وأخرجه ابن ماجه (3993) ، وابن أبي عاصم في "السنة" (64) عن هشام بن عمار، عن الوليد بن مسلم، عن الاوزاعي، عن قتادة، عن أنس، بلفظ: كلها في النار إلا واحدة، وهي الجماعة. وهذا إسناد حسن في الشواهد

Diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah, Ibn Abi ‘Ashim di dalam as-Sunnah, daripada Hisyam B. ‘Ammar, daripada al-Walid B. Muslim, daripada al-‘Auza’i, dari Qotadah, daripada Anas, dengan lafaz: “Semuanya di Neraka kecuali satu (golongan), dan ia adalah al-Jama’ah”. Dan sanadnya hasan dengan syawahid.

وأخرجه محمد بن نصر المروزي في "السنة" (53) ، واللالكائي في "شرح أصول الاعتقاد" (148) ، وأبو نعيم في "الحلية" 3/52-53 من طريق الأوزاعي، وأبو يعلى (4127) من طريق عكرمة بن عمار، كلاهما عن يزيد الرقاشي، عن أنس بلفظ: "الجماعة" . ويزيد ضعيف

Juga diriwayatkan oleh Muhammad B. Nashir al-Marwadzi di dalam as-Sunnah, al-Laalika’i di dalam Syarah Ushul I’tiqad, dan Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah daripada jalan al-Auza’i dan Abu Ya’la daripada jalan Ikrimah B. ‘Ammar, keduanya daripada Za’id B. al-Raqasyi, daripada Anas dengan lafaz “al-Jama’ah”. Dan Zai’d adalah dhoif.


أخرجه أبو يعلى (3938) و (3944) ، والآجري في "الشريعة" ص17 من طريق عبد العزيز بن صهيب. وفي سنده مبارك بن سحيم وهو متروك


Juga diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan al-Ajurri di dalam asy-Syari’ah daripada jalan ‘Abdul ‘Aziz B. Shohib. Pada sanadnya terdapat Mubarak B. Suhaim dan dia ditinggalkan (hadisnya).


وأخرجه الطبراني في "الكبير" 8/ (7659) ، والآجري ص54-55 من طريق عبد الله بن يزيد الدمشقي. وفي سنده كثير بن مروان الفلسطيني، وهو ضعيف

Dan diriwayatkan oleh ath-Thabrani di dalam al-Kabir, dan al-Ajurri dari jalan ‘Abdullah B. Za’id ad-Dimasyqi. Pada sanadnya terdapat Katsir B. Marwan al-Filasthini, dan beliau dhoif (lemah).

وأخرجه أبو يعلى (3668) ، والآجري ص16 من طريق زيد بن أسلم. وفيه أبو معشر وهو ضعيف.

Dan diriwayatkan Abu Ya’la dan al-Ajurri dari jalan Za’id B. Aslam. Pada (sanad)nya ada Abu Ma’syar dan beliau dhoif (lemah).


وأخرجه أيضاً ص17 من طريق سليمان بن طريف. وفيه من لم نعرفهوسيأتي من طريق سعيد بن أبي هلال، عن أنس برقم (12479) ، وفي إسناده ابن لهيعة، وهو سييء الحفظ


Diriwayatkan juga oleh al-Ajurri dari jalan Sulaiman B. Thorif dan padanya tidak diketahui sesuatu. Dan juga melalui jalan Za’id B. Abi Hilal, dari Anas. Pada sanadnya terdapat Ibn Lahi’ah dan beliau lemah hafalannya.


وفي الباب عن أبي هريرة، سلف برقم (8396) . وإسناده حسنوعن معاوية، سيأتي 4/102 بلفظ: "كلها في النار إلا واحدة وهي الجماعة" وإسناده محتمل للتحسين



Pada satu bab yang lain (di dalam Musnad Ahmad), pada no. hadis 8396, daripada Abu Hurairah, hadisnya ber-isnad hasan. Dan daripada Mu’awiyah datang dengan lafaz (teks/matan): “Semuanya ke Neraka kecuali satu dan ia adalah al-Jama’ah”. Dan isnadnya masih boleh dipertimbangkan (untuk dikuatkan).


وعن عوف بن مالك، عند ابن ماجه (3992) ، وابن أبي عاصم (63) ، والطبراني في "الكبير" 18/ (91) و (129) ، واللالكائي (149) . بلفظ: "الجماعة" . وإسناده قويوعن ابن عمرو عند الترمذي (2641) ، ومحمد بن نصر المروزي (59) ، والآجري ص15 و16، والحاكم 1/128-129، واللالكائي (146) ، وأبو نعيم في "الحلية" 9/242. وإسناده ضعيف


Dan dari ‘Auf B. Malik, riwayat Ibnu Majah, Ibnu Abi ‘Ashim, ath-Thabrani di dalam al-Kabir, dan al-Laalika’i, dengan lafaz: “al-Jama’ah”. Dan isnadnya qawwi (kuat). Dan daripada Ibnu ‘Umar daripada riwayat at-Tirmidzi, al-Marwadzi, al-Ajurri, al-Hakim, al-Laalika’i, dan Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah, sanadnya adalah dhoif.



وعن أبي أمامة عند ابن أبي عاصم (68) ، ومحمد بن نصر المروزي (55) و (56) ، والطبراني 8/ (8035) و (8051-8054) ، واللالكائي (151) و (152) ، والبيهقي 8/ 188، ولفظه: "إلا السواد الأعظم" . وإسناده حسن


Dan daripada Abi Umamah sebagaimana diriwayatkan Ibn Abi ‘Ashim, Muhammad Nashir al-Marwadzi, ath-Thabrani, al-Laalika’i, dan al-Baihaqi dengan lafaz: “Kecuali as-Sawadul A’zham”. Dan isnadnya hasan.


وعن سعد بن أبي وقاص عند محمد بن نصر المروزي (57) ، والآجري ص17-18. وإسناده ضعيف


Dan dari Sa’ad B. Abi Waqash sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Marwadzi dan al-Ajurri, sanadnya dhoif.



وعن عمرو بن عوف عند الحاكم 1/129. وإسناده ضعيف

Juga daripada ‘Amr B. ‘Auf sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Hakim. Isnadnya dhoif. (Rujuk: Syu’aib al-Arnauth, Tahqiq beliau ke atas Musnad Ahmad, 19/241-242, pada hadis no. 12208)

إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ


Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan bahawasanya umat ini juga akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan. Tujuh puluh dua di neraka, dan yang satu di dalam jannah, dan mereka itu adalah al-Jama’ah. (Rujuk: Abi Daud, Sunan Abi Daud, 12/196, no. 3981. Al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/404, no. 204. Daripada hadis Mu’awiyah B. Abi Sufyan)


وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

Terjemahan: Dan sesungguhnya bani Isra’il telah berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan ummatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan. Semua mereka di neraka kecuali satu golongan.(Para sahabat bertanya): Siapakah dia (golongan yang satu) ya Rasulullah?Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berada pada apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya. (Rujuk: at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 3/235, no. 2565. Al-Albani, Shohih Sunan at-Tirmidzi, 6/141, no. 2641. al-Albani, Taraji’at al-‘Allamah al-Albani fi at-Tashih wa at-Tad’if, 1/35, no. 9. Daripada hadis ‘Abdullah B. ‘Amr)Dalam riwayat yang lain berkenaan golongan yang satu:

هم من كان على مثل ما أنا عليه اليوم وأصحابي

Terjemahan: Mereka adalah orang-orang yang keadaannya sebagaimana keadaanku dan keadaan para sahabatku pada hari ini. (Nota: Hadis berkenaan perpecahan umat ini diriwayatkan dari beberapa sahabat, seperti: Abu Hurairah, Mu’awiyah B. Abi Sufyan, Anas B. Malik, ‘Auf B. Malik, Ibnu Mas’oud, Abi Umamah, ‘Ali B. Abi Thalib, Sa’ad B. Abi Waqqas radhiyallahu ‘anhum. Hadis ini adalah hadis yang sahih. Sahihnya hadis ini diperakui oleh antaranya: at-Tirmidzi, al-Hakim, adz-Dzahabi, al-Baghawi (Syarhus Sunnah), asy-Syathibi (al-I’tisham), Ibnu Taimiyah (Majmu’ al-Fatawa), Ibnu Hibban (Shohih beliau), Ibnu Katsir (Tafsir al-Qur’an al-Adzim))

Penjelasan:Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali hafizahullah berkata:Lafaz-lafaz hadis:

1 – Sesiapa sahaja yang berada pada jalan yang aku dan para sahabatku berada hari ini (Ma ana ‘alaihi wa al-Yaum wa ash-Habihi),

2 – al-Jama’ah, dan

3 – as-Sawadul a’zham,

ini maknanya adalah satu dan tidak berbeza, sama, dan tidak berselisih, sejalan dan tidak bertolak belakang, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-Ajurri rahimahullah di dalam kitabnya asy-Syari’ah. Beliau berkata:Rasulullah ditanya, “Siapakah an-Najiyah (golongan yang selamat)?”Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab dengan jawaban yang ada dalam hadis “Sesiapa sahaja yang berada pada jalan yang aku dan para sahabatku berada hari ini (Ma ana ‘alaihi wa al-Yaum wa ash-Habihi)”.Juga menjawab dengan jawaban yang ada dalam hadis yang kedua (al-Jama’ah).Juga yang ada di dalam hadis yang ketiga iaitu as-Sawadul a’zham dan ada juga di dalam hadis yang keempat, iaitu “semuanya di neraka kecuali satu, iaitu al-Jama’ah”.Al-Ajurri berkata: (Semua itu) Maknanya satu insya Allah. (Rujuk: Salim ‘Ied al-Hilali, Mengapa Memilih Manhaj Salaf (Judul Asli: Limadza Ikhtartu al-Manhaj as-Salafy?), m/s. 61-62, Pustaka Imam Bukhari, Cet. 5, 2007)

Berkenaan perkataan al-Jama’ah, Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu menyebutkan (menjelaskan) sebagaimana berikut:

ان جمهور الناس فارقوا الجماعة وأن الجماعة ما وافق الحق وأن كنت وحدك

Terjemahan: Sesungguhnya kebanyakan manusia berpecah dari al-Jamaah dan al-Jamaah itu adalah apa yang bersesuaian dengan kebenaran meskipun anda berseorangan. (Rujuk: Imam ‘Abdurrahman B. ‘Ismail Abu Syamah, al-Ba’its ‘ala Inkaril Bida’ wal Hawadits, 1/22)


إنما الجماعة ما وافق طاعة الله وإن كنت وحدك

Terjemahan: Sesungguhnya al-Jama’ah itu adalah sesiapa yang mengikuti ketaatan kepada Allah meskipun engkau berseorangan. (Rujuk: al-Laalika’i, Syarah Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, 1/163)Abu Syamah rahimahullah berkata:



أن اختيارك لنفسك خير من اختيار الله ورسوله وحيث جاء الأمر بلزوم الجماعة فالمراد به لزوم الحق واتباعة وان كان المتمسك بالحق قليلا والمخالف كثيرا لأن الحق الذي كانت عليه الجماعة الأولى من النبي صلى الله عليه و سلم وأصحابه رضى الله عنهم ولا نظر الى كثرة أهل الباطل بعدهم


Terjemahan: Sebenarnya pilihan yang terbaik untuk diri anda adalah memilih Allah dan Rasul-Nya, di mana telah datang perintah supaya berpegang teguh kepada al-Jama’ah. Maka yang dimaksudkan dengannya adalah berpegang teguh kepada kebenaran dan mengikutinya, walaupun orang yang berpegang teguh itu sedikit dan yang menyelisihinya itu banyak. Kerana kebenaran adalah apa yang berada pada Jama’ah (kumpulan) pertama, iaitu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama para Sahabatnya. Dan janganlah kita mengambil kira golongan setelah mereka yang berada di atas kebatilan walaupun jumlah mereka adalah ramai (majoriti). (Rujuk: Imam ‘Abdurrahman B. ‘Ismail Abu Syamah, al-Ba’its ‘ala Inkaril Bida’ wal Hawadits, 1/22)

Ibnu Hibban berkata di dalam Shohihnya:


قال أبو حاتم : « الأمر بالجماعة بلفظ العموم ، والمراد منه الخاص ، لأن الجماعة هي إجماع أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فمن لزم ما كانوا عليه وشذ عن من بعدهم لم يكن بشاق للجماعة ، ولا مفارق لها ، ومن شذ عنهم وتبع من بعدهم كان شاقا للجماعة ، والجماعة بعد الصحابة هم أقوام اجتمع فيهم الدين والعقل والعلم ، ولزموا ترك الهوى فيما هم فيه . وإن قلت أعدادهم ، لا أوباش الناس ورعاعهم ، وإن كثروا


Terjemahan: Abu Hatim berkata: Perintah berjama’ah disebutkan dengan lafaz umum, tetapi apa yang dimaksudkan adalah khusus, kerana al-Jama’ah adalah ijma’ para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dengan itu, sesiapa yang berpegang teguh kepada apa yang ditempuh oleh para sahabat (mengikuti prinsip para sahabat) walaupun mereka bersendirian (terasing) dari orang-orang setelah mereka, maka mereka tidaklah termasuk orang-orang yang menentang dan menyelisihi al-Jama’ah. Tetapi sesiapa yang menyelisihi para Sahabat dan mengikuti prinsip orang-orang setelah mereka (setelah para sahabat), maka dia adalah terkeluar dari al-Jama’ah (menyelisihi al-Jama’ah). Sedangkan pengertian al-Jama’ah setelah sepeninggalan para Sahabat adalah orang-orang yang pada diri mereka berkumpul tiang-tiang agama, akal, dan ilmu, serta sentiasa meninggalkan hawa nafsu yang ada pada mereka dan jumlah mereka adalah sedikit. Dan bukanlah al-Jama’ah itu kumpulan manusia sebarangan dan orang-orang kecil yang tidak berilmu walaupun jumlahnya ramai. (Rujuk: Ibnu Hibban, Shohih Ibnu Hibban, 26/6)

Maksud Sebenar as-Sawadul A’zham

Berkata Imam Ibnul Atsir rahimahullah:

وفيه [ عليكم بالسَّوادِ الأعْظَم ] أي جُمْلة النَّاس ومُعْظَمهم الذين يجتمعون على طاعة السُّلطان وسُلُوك النَّهج المُسْتقيم

Terjemahan: Dan yang dimaksudkan dengan 'Alaikum bi as-Sawadul A'zham (Kamu di atas as-Sawadul A'zham) adalah sekumpulan besar manusia yang berhimpun di dalam mentaati sultan (pemimpin) dan berjalan di atas jalan yang benar (lurus). (Rujuk: Ibnul Atsir, an-Nihayah Fi Ghoribil Hadis, 2/1029)

Berkata Imam al-Barbahari rahimahullah:

واعلم رحمك الله أن الدين إنما جاء من قبل الله تبارك وتعالى لم يوضع على عقول الرجال وآرائهم وعلمه عند الله وعند رسوله فلا تتبع شيئا بهواك فتمرق من الدين فتخرج من الإسلام فإنه لا حجة لك فقد بين رسول الله صلى الله عليه و سلم لأمته السنة وأوضحها لأصحابه وهم الجماعة وهم السواد الأعظم والسواد الأعظم الحق وأهله فمن خالف أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم في شيء من أمر الدين فقد كفر

Terjemahan: Wahai saudaraku rahimakallah, bahawasanya agama itu adalah hanya apa yang datang dari Allah Tabaraka wa Ta'ala dan bukanlah apa yang ditetapkan oleh akal serta pemikiran manusia. Setiap ilmu agama itu sumbernya adalah dari Allah dan Rasul-Nya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu sehingga kamu terlepas dari agama lalu keluar dari Islam. Tidak ada alasan bagi kamu, kerana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah menjelaskan kepada seluruh umatnya dan mengajarkan kepada para sahabatnya dengan lengkap. Mereka adalah al-Jama'ah dan as-Sawadul A'zham. As-Sawadul A'zham adalah kebenaran dan para pembelanya, maka sesiapa yang menyelisihi para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam sebahagian perkara agama, maka dia termasuk orang yang ingkar (kafir). (Rujuk: Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, m/s. 22, Tahqiq: Muhammad Sa'id Salim al-Qahthani)

Ishaq B. Rahawaih berkata (sebagaimana yang dibawakan oleh Imam asy-Syathibi rahimahullah):

قال إسحاق: لو سألت الجهال عن السواد الأعظم لقالوا: جماعة الناس ولا يعلمون أن الجماعة عالم متمسك بأثر النبي صلى الله عليه و سلم وطريقه فمن كان معه وتبعه فهو الجماعة

Terjemahan: Ishaq (B. Rahawaih) berkata: Jika kamu bertanya kepada orang-orang yang jahil berkenaan maksud as-Sawadul A’zham, sudah tentu mereka akan menjawab: majoriti/himpunan (jama’ah) manusia, dan sebenarnya mereka tidak mengetahui bahawa al-Jama’ah itu adalah para ulama yang berpegang teguh kepada atsar (jejak/prinsip) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta golongan yang sentiasa bersama beliau, dan mereka yang mengikutinya adalah al-Jama’ah. (Rujuk: asy-Syathibi, al-I’tisham, 1/482)

Imam asy-Syathibi telah membawakan lima pendapat berkenaan maksud al-Jama’ah. Di antara pendapat tersebut sebagaimana yang telah diringkaskan oleh Syaikh Alawi ‘Abdul Qadir as-Saqqaf:

إنها السواد الأعظم من أهل الإسلام. فعلى هذا القول يدخل في الجماعة مجتهدو الأُمة وعلماؤها وأهل الشريعة العاملون بها، ومن سواهم داخلون في حكمهم، لأنهم تابعون لهم ومقتدون بهم، فكل من خرج عن جماعتهم فهم الذين شذوا وهم نهبه الشيطان ويدخل في هؤلاء جميع أهل البدع لأنهم مخالفون لمن تقدم من الأُمة، لم يدخلوا في سوادهم بحال.

Terjemahan: (Al-Jama’ah) yang dimaksudkan adalah as-Sawadul A’zham (majoriti) dari umat Islam. Dari pandangan ini, yang termasuk ke dalam al-Jama’ah adalah para mujtahid dan ulama ummat ini, para ahli fiqh, serta orang-orang yang mengikuti dan mencontohi mereka. Setiap orang yang tidak mengikuti mereka bererti dia telah memisahkan diri dari al-Jama’ah dan akan menjadi mangsa syaitan. Dan mereka yang tergolong ke dalam kelompok yang keluar dari al-Jama’ah adalah semua ahli bid’ah. Kerana mereka menyelisihi para pendahulu umat ini.... (Rujuk: Alawi B. ‘Abdul Qadir as-Saqqaf, Mukhtashar Kitab al-I’tisham, m/s. 133-134. Edisi Terjemahan: Ringkasan al-I’tisham Imam asy-Syathibi, m/s. 198, Media Hidayah, Cet. 2003M)

Dan setelah membawakan pandangan-pandangan tersebut, beliau (asy-Syathibi) berkata:


فانظر في حكايته تتبين غلط من ظن أن الجماعة هي جماعة الناس وإن لم يكن فيهم عالم وهو وهم العوام لا فهم العلماء فليثبت الموفق في هذه المزلة قدمه لئلا يضل عن سواء السبيل ولا توفيق إلا بالله

Terjemahan: Maka lihatlah, dari sini kita dapat mengetahui kesalahan mereka yang mengatakan bahawa al-Jama’ah itu ditentukan berdasarkan majoriti manusia, walaupun tidak terdapat seorang alim pun di dalam kumpulan mereka. Dan bahawasanya ini hanyalah prasangka orang-orang awam, bukannya kefahaman para ulama. Dari itu, kita perlulah memperteguhkan pendirian kita supaya tidak tergelincir sebagaimana mereka dan supaya tidak tersesat memasuki jalan yang buruk. Tiada taufiq untuk itu melainkan hanya dari Allah. (Rujuk: asy-Syathibi, al-I’tisham, 1/482)

Penjelasan Berkenaan Ijma’

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:



وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

Terjemahan: Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia bergelumang terhadap kesesatan yang telah meliputinya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah an-Nisa’, 4: 115)


Berkenaan ayat ini, al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan:


وقوله: { وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى } أي: ومن سلك غير طريق الشريعة التي جاء بها الرسول صلى الله عليه وسلم، فصار في شق والشرع في شق، وذلك عن عَمْد منه بعدما ظهر له الحق وتبين له واتضح له. وقوله: { وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ } هذا ملازم للصفة الأولى، ولكن قد تكون المخالفة لنص الشارع، وقد تكون لما أجمعت عليه الأمة المحمدية، فيما علم اتفاقهم عليه تحقيقًا، فإنه قد ضُمِنت لهم العصمة في اجتماعهم من الخطأ، تشريفًا لهم وتعظيما لنبيهم [صلى الله عليه وسلم]. وقد وردت في ذلك أحاديث صحيحة كثيرة، قد ذكرنا منها طرفًا صالحًا في كتاب "أحاديث الأصول"، ومن العلماء من ادعى تواتر معناها، والذي عول عليه الشافعي، رحمه الله، في الاحتجاج على كون الإجماع حجة تَحْرُم مخالفته هذه الآية الكريمة، بعد التروي والفكر الطويل. وهو من أحسن الاستنباطات وأقواها، وإن كان بعضهم قد استشكل ذلك واستبعد الدلالة منها على ذلك

Terjemahan: Firman Allah “Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya” adalah sesiapa yang berjalan di atas selain jalan syari’at yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dengan sebab itu dia telah berada di suatu kedudukan tertentu, manakala syari’at pula berada pada kedudukan yang lain. Perkara tersebut berlaku dengan sengaja setelah jelas, nyata dan terangnya kebenaran.

Firman Allah “Dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin” ini saling berkait dengan sifat nash yang pertama tadi. Tetapi, bentuk penyimpangan tersebut boleh merujuk sama ada kepada penyimpangan dari pemberi syari’at atau boleh juga merujuk kepada ijma’ (kesepakatan) umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang telah diketahuinya secara pasti. Kerana ayat ini mengandungi jaminan untuk kesepakatan mereka yang tidak mungkin salah, sebagai pengiktirafan bagi mereka dan pengagungan bagi Nabi mereka. Terdapat begitu banyak hadis sahih yang menjelaskan perkara tersebut. Dan ayat ini pula yang dijadikan sandaran (dasar) oleh Imam asy-Syafi’i rahimahullah di dalam berhujjah iaitu bahawa ijma’ merupakan hujjah yang diharamkan bagi seseorang untuk menyelisihinya, setelah melalui penelitian yang penuh kehati-hatian dan perkiraan yang lama. Perkara tersebut merupakan hasil kesimpulan yang terbaik dan kuat, walaupun terdapat sebahagian ulama yang mempersoalkannya dan menganggapnya terlalu jauh. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-Adzim, 2/412-412)

Dapat kita lihat bahawa Imam asy-Syafi’e menjelaskan ijma’ itu terjadi dengan penelitian yang penuh kehati-hatian. Dan ia merupakan hasil sebuah kesimpulan yang terbaik dan kuat.

Dan perlu kita fahami bahawa sesuatu ijma’ itu terjadi dengan tidak menyelisihi dalil-dalil syar’i. Sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Katsir bahawa mereka yang menyelisihi syari’at yang dibawa Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, mereka sebenarnya berada pada kelompok lain yang berbeza dari kelompok Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Jadi dengan itu, mereka yang menyelisihi syari’at Muhammad, sebenarnya mereka telah terkeluar dari lingkungan ijma’, biarpun mereka berhujjah bahawa merekalah yang berpegang dengan ijma’ disebabkan ramainya bilangan mereka. Hakikatnya, jumlah yang ramai itu bukanlah ukuran menentukan sesuatu itu berpijak di atas kebenaran.

Para ulama telah bersepakat bahawa umat Islam tidak akan bersepakat melainkan di atas dalil syar’i. Kerana umat ini tidak mungkin bersepakat di atas hawa nafsu dan berkata tentang Allah dengan tanpa ilmu atau berkata tanpa dalil. Sekiranya terdapat di antara mereka yang berkata dan membuat kesimpulan sesuatu hukum tanpa berpijak kepada dalil, maka ini adalah merupakan kesalahan. Dan ijma’ itu sesekali tidak mungkin terjadi dengan menyelisihi dalil.

Malah, sekiranya masing-masing mengeluarkan pendapat tanpa berpandukan kepada dalil, nescaya tidak akan terjadi penyatuan tetapi bahkan sebaliknya perselisihan atau perpecahan. Ini dapat diperhatikan berdasarkan realiti yang terjadi kepada umat Islam hari ini. Mereka saling tidak bersepakat dan berselisih dalam pelbagai perkara. Sebahagian besar dari mereka meninggalkan tafsiran-tafsiran agama yang telah dirintis oleh para sahabat (generasi awal umat Islam). Bahkan mereka mereka-cipta pelbagai jenis ritual-ritual agama yang baru yang tidak pernah diamalkan oleh generasi awal. Mereka menafsirkan agama berpandukan kepada akal, ilmu kalam (mantiq), kasyaf, mimpi, dan seumpamanya.

Akibatnya, terjadilah sebagaimana yang sepatutnya terjadi pada hari ini. Mereka bukan sahaja berselisih dalam persoalan kecil/remeh (yang boleh dimaafkan dan padanya boleh berlapang dada), bahkan soal prinsip pun sudah jauh berbeza, sekaligus membuahkan pelbagai perpecahan dan kelompok. Ini dapat dilihat dengan munculnya pelbagai firqah-firqah dari kalangan umat Islam, bukan sahaja di peringkat negara kita, tetapi global di peringkat dunia.

Di antara contoh yang dapat kita lihat dari pelbagai firqah pemikiran yang muncul dan semakin berkembang pesat adalah seperti menyebarnya gerakan pengebom berani mati yang meletupkan diri membunuh orang awam sesuka hati, kumpulan Hizbut Tahrir yang bermati-matian memperjuangkan aqidah khilafah, kumpulan Tabligh yang mengajak banyak beribadah namun kurang menekankan keilmuan, pelbagai jenis Sufi/Tarekat, munculnya pelbagai kumpulan zikir malah boleh berzikir sambil menyanyi dan menari, gerakan al-Qaeda, kumpulan takfiri (gemar mengkafir), Ikhwanul Muslimin, golongan kuburi (pemuja kubur), pemberontak, anti hadis (Qur'aniyun), al-Asya'irah yang mendahului Allah dalam persoalan ash-Shifat, Syi'ah (pengkafir para sahabat-sahabat Nabi), Murji'ah (yang hanya mementingkan hati dan meninggalkan amal), dan ini hanyalah sebahagian sebagai contoh. Masing-masing saling memiliki kerangka pemikiran dan prinsip beragama yang berbeza-beza.

Wallahu a'lam, sebenarnya dengan munculnya firqah-firqah seperti ini hanya akan lebih membenarkan perkataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkenaan perpecahan umat di akhir zaman. Golongan arus perdana manakah yang hendak Yusri Mohamad ikuti dari banyaknya golongan seperti ini? Arus manakah yang perlu orang awam ikuti? Sekali-kali tidak akan berlaku penyatuan di atas perbezaan prinsip yang sangat ketara seperti itu. Adalah lebih mustahil lagi untuk mencapai ijma'!Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ

Terjemahan: “Sesungguhnya, umatku tidak akan bersepakat di atas kesesatan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 11/442, no. 3940. Dari Anas B. Malik)Imam asy-Syafi’e rahimahullah menjelaskan:


أن عامتهم لا تجتمع على خلاف لسنة رسول الله

Terjemahan: “Bahawasanya mereka (umat Islam) tidak akan bersepakat untuk menyelisihi Sunnah Rasulullah.” (Imam asy-Syafi’e, ar-Risalah, m/s. 472)

Dan ijma’ yang sebenar adalah ijma’ para ulama salaf (generasi awal) dari kalangan para sahabat, kerana di dalam kalangan umat setelah mereka telah muncul ikhtilaf (perselisihan) yang sangat banyak. Keadaan umat setelah mereka jauh berbeza dengan generasi para sahabat. Adalah merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk terjadinya ijma’ setelah generasi para sahabat disebabkan banyak faktor, namun tidaklah bererti ia sesuatu yang mustahil.

Dengan sebab itulah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menjelaskan supaya mengikuti jalan (prinsip) para sahabat. Dan agama itu sendiri datangnya dari kalangan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ini adalah kerana mereka merupakan orang-orang yang berguru secara langsung daripada Rasulullah. Dan sesiapa yang menyelisihi mereka dari generasi setelah mereka dalam soal cara beragama, sebenarnya mereka telah menyelisihi ijma’ (kesepakatan para sahabat).

Dengan sebab itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

Terjemahan: Apabila di antara kamu melihat perselisihan, hendaklah kamu bersama as-Sawadul A’zham. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 11/442, no. 3940. Dari Anas B. Malik)

Dan as-Sawadul A’zham itu adalah sebagaimana yang telah dijelaskan. Di antaranya sebagaimana perkataan Imam al-Barbahari:

As-Sawadul A'zham adalah kebenaran dan para pembelanya, maka sesiapa yang menyelisihi para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam sebahagian perkara agama, maka dia termasuk orang yang ingkar. (Rujuk: Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, m/s. 22, Tahqiq: Muhammad Sa'id Salim al-Qahthani)

Dan Rasulullah juga telah menjelaskan bahawa golongan yang selamat itu adalah al-Jama’ah, iaitu mereka yang mengikuti jalan agama yang beliau bawa bersama para sahabatnya.

Ishaq (B. Rahawaih) berkata: Jika kamu bertanya kepada orang-orang yang jahil berkenaan maksud as-Sawadul A’zham, sudah tentu mereka akan menjawab: majoriti/himpunan (jama’ah) manusia, dan sebenarnya mereka tidak mengetahui bahawa al-Jama’ah itu adalah para ulama yang berpegang teguh kepada atsar (jejak/prinsip) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta golongan yang sentiasa bersama beliau, dan mereka yang mengikutinya adalah al-Jama’ah. (Rujuk: asy-Syathibi, al-I’tisham, 1/482)

Golongan Syaazd Atau Golongan Arus Perdana?

Mohamad Yusri turut mempertikaikan mereka yang ganjil (syaazd) dan tidak mahu mengikuti golongan arus perdana. Sekaligus menyeru masyarakat awam supaya mengikuti arus perdana dan meninggalkan yang syaazd (ganjil).Perkara ini sebenarnya perlu diteliti dan diperhalusi dengan baik. Kerana Islam itu bukanlah sebuah agama yang didirikan di atas kaedah demokrasi.Tetapi Islam itu adalah agama yang ditegakkan berdasarkan wahyu, tidak semestinya apa yang berlegar sebagai arus perdana itu benar, dan tidak juga semestinya yang syaazd itu salah (batil) dan perlu ditolak.Untuk itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengingatkan kepada kita melalui banyak firman-Nya:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلا يَهْتَدُونَ

Terjemahan: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah”, mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?.” (Surah al-Baqarah, 2: 170)

قُلْ لا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الألْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Terjemahan: “Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.” (al-Ma’idah, 5: 100)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا

Terjemahan: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 59)

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلا يَخْرُصُونَ

Terjemahan: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6: 116)


Maka, dari itu, biar apa pun keadaannya, sama ada ianya ganjil atau telah menjadi pegangan majority arus perdana. Ia tetap perlu diteliti dengan baik sama ada ianya bertepatan dengan al-Qur’an dan as-Sunnah atau pun tidak. Dan apakah ianya seiring dengan jalan para ulama salaf (iaitu terutamanya dari generasi awal umat Islam dari era para Sahabat Rasulullah). Penentuan yang benar mahu pun yang salah itu bukan ditimbang-tara dengan neraca demokrasi: yang majoriti itu benar dan yang minoriti itu batil. Tetapi hendaklah ia dinilai dengan wahyu. Dan ia memerlukan kepada ilmu di atas prinsip-prinsipnya.

Bahkan, di dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, terdapat pengiktirafan untuk mereka yang asing disebabkan mengikuti sunnah di ketika keadaan majoriti manusia meninggalkan as-Sunnah.

بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Terjemahan: “Islam itu bermula asing lagi aneh (ganjil) dan akan kembali asing sebagaimana asal datangnya. Maka beruntunglah mereka yang dianggap aneh (asing).” (Hadis Riwayat Muslim, 1/350, no. 208)

Di dalam riwayat yang lain:

فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ

Terjemahan: “Maka beruntunglah mereka yang dianggap aneh (asing), iaitu orang-orang yang melakukan usaha pembaikan (islah) di ketika manusia berkeadaan rosak.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/219, no. 2554. at-Tirmidzi berkata: Hadis ini hasan Sahih)

إِنَّ الْإِسْلَامَ بَدَأَ غَرِيبًا، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ "، قِيلَ: وَمَنِ الْغُرَبَاءُ ؟ قَالَ: " النُّزَّاعُ مِنَ الْقَبَائِلِ
Terjemahan: “Sesungguhnya Islam itu bermula asing (ganjil) dan akan kembali asing sebagaimana asal datangnya. Maka beruntunglah mereka yang dianggap aneh (asing).” (Para sahabat) bertanya:“Siapakah al-Ghuroba’ (golongan yang asing/ganjil)?” Rasulullah bersabda:“Orang-orang yang menjauhi berkelompok-kelompok.” (Hadis Riwayat Ahmad, 6/325, no. 3784. Tahqiq Syu’aib al-Arnauth: Isnad sahih di atas syarat Muslim, para perawinya tsiqah)

Sebelum mengakhiri tulisan ini, saya meminta Yusri Mohamad membuktikan bahawa amalan-amalan seperti Tahlil Arwah dan beryasinan itu adalah merupakan amalan yang telah diijma’kan. Atau sekurang-kurang merupakan amalan sebilangan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Atau mungkin merupakan amalan yang telah diamalkan oleh jumhur ulama generasi awal setelah era sahabat?Atau sebenarnya hanya sekadar bentuk-bentuk amalan baru ciptaan manusia terkemudian yang menyelisihi ijma’ para ulama generasi awal?

Sebagai penutup, renung-renungkanlah semula perkataan yang anda nukilkan di awal tulisan anda tersebut:“Akan ada zamannya, di mana yang batil itulah yang paling zahir dan yang Haq itulah yang paling tersembunyi”.Sekaligus sebenarnya telah menafikan kefahaman anda terhadap kalimah as-Sawadul A’zham di akhir-akhir tulisan anda.

Sekian, Wallahu a’lam...

Jumaat, 11 Disember 2009

Menjawab Tuduhan Yayasan Sofa


TAUHID TIGA SERANGKAI MEMANG BERASASKAN DALIL SYARAK
Oleh Ustaz Ahmad Kamil Halim

Assalamualaikum,

Untuk beberapa minggu , pihak akhbar Utusan Malaysia melalui ruangan Relung Cahaya pada setiap hari Isnin menyiarkan perbahasan tauhid tiga serangkai yang dihasilkan oleh pihak Panel Penyelidikan Yayasan Sofa ( atau singkatannya PPYS), Negeri Sembilan. Setelah mengikuti tulisan-tulisan berkenaan, saya tertarik untuk memberi sedikit pandangan. Diharap pandangan yang bakal saya tampilkan akan diberi perhatian , dibuat kajian lanjutan oleh pihak PPYS . Jika tidak , maka tidak berbaloilah saya menghabiskan masa menulis artikel ini.

Pihak PPYS cuba menafikan sekeras-sekerasnya kewujudan tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wa sifat atas kaedah pembahagian kepada tiga bahagian dengan alasan tiada dalil syarak dari Al Quran , hadis nabi dan athar para sahabat yang menyebut begitu. Benarkah begitu? Jika mahu dicari dalil secara khusus ( spesifik) sudah tidak dijumpai dalilnya. Begitu juga jika mahu dicari dalil bahawa sifat Allah Taala hanya 20 sifat sahaja maka tidak akan dijumpai dalilnya. Jika mahu dicari dalil bahawa hadis Nabi dibahagikan kepada tiga bahagian ( hadis sohih, hasan dan dhaif ) maka tidak dijumpai dalilnya. Dari mana datang nama-nama dalam hukum-hukum tajwid? Dari mana datangnya ilmu usul feqh ? Dari mana datangnya ilmu usul hadis, ilmu usul tafsir dan sebagainya.

Sebagai contoh lebih jelas, Rassulullah sa.w. tidak pernah mengajar para sahabat hukum tajwid seperti hukum idgham , hukum mad, hukum ikhfa’ dan sebagainya. Namun ianya bukanlah satu perkara baru yang dilarang kerana hanya bersifat sebagai perantaraan ( wasilah) dalam memahami ilmu dalam rangka membawa kita memahmi maksudnya ( maqasid). Banyak lagi contoh-contoh lain dalam pelbagai pembahagian bidang ilmu yang tidak akan dijumpai dalil secara khusus .

Apa yang perlu kita sama-sama fahami, pembahagian- pembahagian ini berlaku dari sudut BAHASA sahaja sebagai satu bentuk penjenamaan yang memudahkan pemahaman terhadap apa yang dipelajari hasil dari perkembangan ilmu akibat peralihan zaman.
Kembali kepada persoalan tauhid tiga serangkai . Walaupun secara spesifik penjenamaan itu tidak wujud zaman generasi terawal iaitu di zaman Rasululllah s.a.w. dan para sahabat, tetapi sesiapa yang mengkaji secara mendalam dari sudut bahasa antara Rab ( رب ) dan perkataan Ilah ( إله ) berdasarkan kamus Arab atau mu’jam , maka perbezaan dapat dilihat dengan jelas. Kenapakah ayat pertama Al-Fatihah ia berbunyi ( Alhamdulillah Rabbil Alamiin) didatangkan perkataan Rab, tetapi dalam kalimah tauhid ( syahadah) kita diajar menyebut ( La Ilah Ilallah ) dengan didatangkan perkataan Ilah.

Di zaman generasi terawal, pembahagian seperti ini tidak perlu, kerana pemahaman terhadap perkara ini berlaku secara mudah dan para sahabat memahami berdasarkan penggunaan bahasa Arab. Oleh kerana tidak ada keperluan yang mendorong kepada pembahagian itu pada zaman berkenaan maka pembahagian itu tidak wujud secara formal atau tersurat, sekalipun ianya memang wujud secara tersirat. Pembahagian ini hanya sekadar memenuhi kemaslahatan dari sudut pemahaman ilmu. Jika mahu dikatakan pembahagian ini ( secara penjenamaan khusus) sebagai satu bid’ah , maka ia dianggap bid’ah dari sudut lughah sahaja ( bahasa). Apa yang penting bukan soal nama, tetapi maksud dan pengertian yang tersirat disebaliknya. Jika mahu dibuang penjenamaan tauhid rububiyyah , tauhid uluhiyyah dan tauhid asma wasifat bermakna kita juga perlu membuang penjenamaan lain yang tiada dalil khusus seperti hukum nun mati dan tanwin dalam subek tajwid, pembahagian sifat-sifat Allah kepada sifat ma’ani, maknawiyah, nafsi dan salbiyah ( berdasarkan manhaj Asya’irah) dan pelbagi lagi contoh lain. Kaedah ini disusun berdasarkan keperluan dari sudut masolih mursalah dari subjek usul fekh.

Agak menghairankan apabila pihak PPYS mengemukakan soalan apakah terdapat perbezaan antara tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah ? Diminta buat penyelidikan terhadap tafsiran ayat berikut :

1 ) Untuk tauhid Rububiyyah sila lihat contoh ayat-ayat berikut : Surah Al-Mukminun ayat 84-89, Surah Ar Ra’du ayat 16, Surah Luqman ayat 25, Surah Al Ankabut 61-65.

2) Untuk Tauhid Uluhiyyah sila lihat ayat ayat berikut : Surah Al-Baqarah ayat 21, Surah Al Zumar ayat 14 -15 ,Surah Al Bayyinah ayat 5 ) .


Ayat-ayat di atas hanya sekadar contoh sahaja. Banyak lagi ayat-ayat lain yang boleh dijadikan rujukan dan kajian.

Benarkah Ibn Taimiyyah pencipta kaedah tauhid 3 serangkai ?

Dakwaan pihak PPYS bahawa Ibn Taimiyyah ( w. 728H) adalah pereka kepada bid’ah tauhid tiga serangkai tidak benar. Pihak PPYS disyorkan meluaskan lagi penyelidikan terhadap banyak lagi kitab-kitab turath lain yang mudah diperolehi di zaman IT ini. Jika tidak dijumpai dikedai-kedai buku, carilah dalam internet atau kitab secara e-book.

Antara tokoh terdahulu yang telah memperkatakannya ialah :

1 ) Al-Imam Abi Abdillah Ubaidillah bin Muhammad bin Battah Al-Akbariy , meninggal tahun 387 H di dalam kitab Al-Ibanah ‘An Syariah Al Firqah An Najiah Wa Mujanabah Al Firaq Al Mazmumah . Dalam teks kata-kata belaiu , antara lain ..

“ …. Bahawa Asal Iman kepada Allah yang wajib atas sekelian makhluk beri’tikad dengannya dalam mengisbatkan iman adalah tiga perkara :

Pertama : Bahawa seorang hamba beri’tiqad akan sifat ketuhanannya ( rububiyyah) agar jadilah perkara itu satu perbezaan dari mazhab ahl at ta’til yang tidak mengisbatkan adanya pencipta.

Kedua : Bahawa seorang hamba beri’tiad akan keesaanNya ( uluhiyyah) agar jadilah ia satu perbezaan dari golongan ahli syirik yang mengakui kewujudan pencipta ( Allah ) tetapi melakukan syirik dalam amalan ibadah mereka.

Ketiga : Bahawa seorang hamba beri’tiqad bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat yang tidak haruslah Dia melainkan bersifat dengan sifat seperi ilmu, qudrat, hikmah dan semua sifat yang Dia sifatkan didalam kitabNya.”

Seterusnya beliau menyebut sebagai sambungan : “ Kerana kita dapati Allah Taala telah memerintahkan hambaNya kepada I’tiqad dengan setiap satu dari tiga perkara ini dan beriman dengannya.” Tiga perkara yang dimaksudkan oleh Ibn Battah di sini ialah tauhid rububiyyah , uluhiyyah dan asma wa sifat.

2 ) Al Imam Al Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Ishaq bin Yahya Bin Mandah , meninggal tahun 395 H . Di dalam kitab beliau “ Kitab At Tauhid Wa Makrifatu Asma Allah Azzawajalla Wasifati ‘Alal ittifaq Wal iftiraq “ > . Di dalam kitab beliau menjelaskan beberapa tajuk yang berkaitan dengan tauhid rabubiyyah, beberapa tajuk yang berkaitan dengan tauhid uluhiyyah dan beberapa tajuk lain berkaitan tauhid asma’ wa sifat. Apa yang lebih menarik, di dalam muqaddimah kitab ini Ibn Mandah menyebut bahwa Al-Imam Abu Yusof ( w. 182H) yang merupakan tokoh besar dalam mazhab Abu Hanifah ( w. 150) turut memperkatakan pembahagian tauhid ini semasa kurun kedua lagi .

Sangat menarik sekali bahawa Al-Imam As Syafie secara lisan yang tersirat mengakui kewujudan tauhid uluhiyyah melalui kata-kata beliau “… inilah hakikat tauhid “ dalam satu riwayat dari Imam Al Muzani yang dikemukakan oleh Al-Imam Az Zahabi didalam Siyar I’lam An Nubala’ jilid 10 m.s. 26, terbitan Muassasah Ar Risalah Beirut, Lubnan. Harap pihak PPYS memiliki kitab setebal 23 jilid ini dan membuat rujukan kepadanya.

Tindakan pihak PPYS membesar-besarkan nama Ibn Taimiyyah Rahimahullah sebagai pereka kepada tauhid tiga serangkai sekadar meneruskan agenda pihak yang sudah lama memusuhi Ibn Taimiyyah . Adalah tidak adil sekiranya kita menilai sesuatu permasalahan berdasarkan pandangan pihak yang kita cenderung kepadanya, tanpa melihat hujah-hujjah pihak lain yang kita tidak bersetuju dengannya. Di dalam dunia Islam masa kini, golongan generasi muda yang prihatin dengan perkembangan ilmu Islam, mengambil sikap menilai secara adil dan saksama segala kemelut yang berlaku. Tokoh seperti Muhammad Zahid Al Kauthari dari Negara Turki bermazhab Hanafi dan Hasan Ali As Saqaf dari Jordan antara tokoh yang kuat mengkritik Ibn Taimiyyah dan menentang keras pembahagian tauhid 3 serangkai. Apa yang memusykilkan saya ialah kenapa kaedah mengenali Allah melalui sifat 20 tidak pula diperbesarkan oleh pihak PPYS. Pada hal Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengajar para sahabat dan kita semua , bahawa Allah hanya memiliki 20 sifat sahaja.

Perkara yang lebih utama untuk diberi perhatian oleh pihak PPYS ialah ancaman ilmu kalam terhadap kemurniaan sistem pembelajaran ilmu tauhid. Sejarah membuktikan bahawa Al Imam As Syafie tokoh yang paling kuat menentang ilmu kalam dan penggunaannya dalam subjek akidah.

Dakwaan bahawa tauhid 3 serangkai menjadi sebab berlaku pergolakan di Negara timur tengah memerlukan kepada bukti yang jelas dan tepat. Benarkah berlaku tindakan mengkafirkan ke atas pihak yang mengengkari tauhid 3 serangkai ini?? Atau ia andaian yang dibuat kerana salah faham .

Benarkah dakwaan tauhid 3 serangkai penyebab keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah? Semua persoalan di atas perlu dibuktikan dengan dinyatakan bahan rujukannya secara adil dan telus. Tanpa rujukan dari sumber yang boleh dipercayai, ia hanya tinggal satu dakwaan kosong . Ini kerana banyak dakwaan pihak PPYS tidak disertakan bersama bahan rujukannya, nama penulis dan penerbitnya.

Adakah pihak PPYS telah membuat kajian secara adil dan seimbang ?/ Atau sekadar menceduk hujah dan fakta dari tukang-tukang fitnah yang sudah sekelian lama memusuhi Ibn Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahab ( Wahabi) ? Saya lebih suka mengambil sikap tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya suka melihat, memerhati, mengkaji kesemua pandangan. Kemudian minta petunjuk kepada Allah agar ditunjukkan yang sebenarnya.

Benarkah semua tokoh ulamak Al Azhar menolak konsep tauhid tauhid 3 serangkai ? Jika benar Mufti Mesir menolaknya, nilailah secara adil hujjah dan alasan-alasan beliau. Lihatlah hujjah dan dalil yang dikemukakan berdasarkan prinsip ilmu, manhaj yang tepat bukannya kapasiti seseorang individu dengan jawatan yang dipegangnya. Mungkin beliau ada alasan tersendiri yang boleh diterima . Bukanlah saya bermaksud mengatakan pandangan ulama’ yang menolak pembahagian tauhid 3 serangkai tidak berdasarkan prinsip ilmu atau terkeluar dari manhaj yang betul, mungkin perbezaan berlaku dari sudut kaedah istidlal dan arah pandangan yang berbeza skopnya. Perlu juga disemak dan dikaji pandangan ulamak lain kerana dunia Islam ini sangat luas . Umat Islam dan para ulama’nya ada di mana-mana.

As Syaikh Al Allamah Bakar Abu Zaid Hafizahullah berkata : { Pembahagian ini secara istiqra’ ( kajian pemerhatian) di sisi generasi salaf telah diisyaratkan oleh Ibn Mandah, Ibn Jarir At Tobari, diakui oleh Ibn Taimiyyah , Ibn Al Qayyim , diakui oleh Az Zabidi didalam Tajul Arus, guru kita Syaikh Al Amin As Syanqiti di dalam kitab tafsirnya Adwa’ Al-Bayan , Ia merupakan satu istiqra’ yang lengkap terhadap nas-nas syarak , diguna pakai di sisi ahli setiap cabang ilmu sebagaimana istiqra’ ulama’ nahu terhadap bahasa Arab , membahagikannya kepada isim (kata nama), fiil( kata kerja) dan haraf ( kata penghubung). Tiada seorang pun mencela ulama’ nahu atas pembahagian ini ( isim , fiil dan haraf) . demikianlah semua jenis istiqra’ } . Dipetik dari At Tahzir Min Mukhtasar As Sobuni Fi Tafsir .

Saya mengajak diri saya dan pihak PPYS agar perbahasan masalah ilmu dibahaskan secara penuh keinsafan , adil, berbaik sangka kepada semua pihak . Janganlah rasa kebencian kepada pihak tertentu mendorong kita berlaku tidak adil kepada mereka. Allah mengingatkan hal ini dalam ayat : “ Janganlah kebencian kepada sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana ia menghampirkan kepada taqwa….” Surah Al Maidah ayat 8 .

Kaedah Tauhid 3 serangkai bukan sesuatu yang baru di negara kita sebagaimana yang disangka pihak PPYS. Mungkin bagi pihak yang tidak terdedah kepada pendekatan pengajian sebegini merasakan ianya sesuatu yang ganjil dan baru. Semasa menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh sekitar awal 80-an , saya pernah mengikut program usrah yang mengguna pakai buku Risalah Usrah susunan Abu Urwah. Di dalamnya disebut pembahagian tauhid 3 serangkai dan penjelasan maksud setiap satunya dengan jelas. Tiada masalah untuk memahaminya. Buku berkenaan masih ada dalam simpanan saya.

Persoalan adakah orang beriman juga akan terlibat dengan syirik ? Berdasarkan dalil dari Qur’an dan hadis Nabi , jawapannya ya . Lihat tafsiran ayat 106 surah Yusuf . Syirik yang dimaksudkan di sini ialah syirik yang tidak membawa kepada rosaknya agama seseorang ( syirkun duna syirkin ). Termasuklah di dalamnya beramal secara riya’ ( menunjuk-nunjuk). Contoh dari hadis ialah “ Sesungguhnya jampi mentera, tangkal azimat dan ilmu guna-gunaan perbuatan syirik “ Sunan Ibn Majah no : 3530.


Orang-orang beriman yang sempurna tauhidnya kepada Allah , berusaha menjauhi segala unsur-unsur syirik dengan sejauh-jauhnya. Inilah yang disebut oleh Allah dalam ayat 82 Surah Al An’aam. “ Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan keimanan mereka dengan syirik, merekalah yang mendapat keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk. ”

Rasulullah s.a.w. mengajar sebuah doa yang berbunyi : “ Ya Allah ! Aku berlindung denganMu dari perbuatan menyengutukanMu dengan sesuatu pada hal aku mengetahuinya, dan aku mohon keampunan terhadap perbuatan syirik yang aku tidak ketahuinya” Hadis Riwayat Imam Ahmad .

Pihak PPYS mempersoalkan kenyataan yang disebut datang dari Ibn Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya berbunyi :


1 ) Orang musyrik yang menyengutukan Allah adalah ahli tauhid secara tauhid rububiyyah .

Jawapan ; Orang musyrik zaman jahiliah mengakui Allah sebagai pencipta langit dan bumi, namun mereka menyenkutukan Allah dalam ibadah dengan menjadikan berhala sebagai perantaraan. Dalilnya boleh dilihat pada ayat : 61 Surah Al Ankabut. Juga Surah Az Zumar ayat 2 .

Dalam keadaan terdesak dan tertekan , golongan musyrik akan berdoa kepada Allah bukan kepada berhala yang mereka sembah . Namun apabila hilangnya kesusahan mereka kembali kepada keadaan asal ( syirik). Dalilnya dalam ayat 40-41 Surah Al-An’aam. Lihat juga Surah Yunus ayat 22-23.

2 ) Persoalan tawassul , istighasah dan tabbaruk mempunyai perincian tersendiri. Tawassul ada yang dibenarkan , ada yang tidak dibenarkan berdasarkan pendekatan yang digunakan. Istighasah sememangnya menyalahi nas Al – Quran termasuk konsep tauhid dalam ayat 4 surah Al-Fatihah “ Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami minta pertolongan “.

Kehairanan PPYS bahawa kenyataan sebegini tidak ditemui dalam kebanyakan kitab-kitab berkaitan pembahagian tauhid ini Di Malaysia, menggambarkan pengajian ilmu tauhid di Malaysia ketinggalan zaman dan masih berada ditakuk lama. Perbahasan tauhid hanya terhad kepada menghafal sifat dua puluh dan beberapa perkara yang dibahaskan dalam mazhab Asya’irah , Maturidiyyah. Namun, di peringkat antarabangsa, terutama peringkat universiti di dunia Islam pengajian ilmu tauhid termasuk juga pengajian ilmu feqh dibuat secara muqaranah (perbandingan). Perbandingan ini mencakupi mazhab –mazhab lain seperti jahmiyyah, muktazilah, syi’ah, qadariyyah, jabariah , khawarij dan lain-lain. Rujukan bukan setakat kepada kitab-kitab tauhid sahaja bahkan terus kepada meneroka khazanah ilmu tauhid dari sumber asal iaitu Al Qur’an dan As Sunnah. Di dalam sahih Bukhari terdapat bahagian khusus hadis-hadis yang dihimpunkan dalam bab kitab at tauhid .

Kitab-kitab tauhid yang ditulis di zaman awal Islam turut dikaji seperti Al Fiqh Al Akbar oleh Imam Abu Hanifah, Kitab At Tauhid dan Sifat Ar Rab oleh Imam Ibnu Khuzaimah, Yang paling muktamad dalam menerangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kitab Syarah Usul I’tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah Min Kitab Wa Sunnah oleh Al Hafiz Abi Qasim Hibbatullah bin Al Hasan bin Mansur Al Lalakai wafat tahun 418H.

Berdasarkan kajian dan analisa oleh Ustaz dr. Ismail Lutfi Al Fatoni di dalam buku beliau Hakikat Ahli Sunnah Wal Jamaah dan peranan ulamanya yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan , terdapat 72 buah kitab tauhid bermanhaj as salaf yang ditulis dari pertengahan kurun kedua hijrah hingga pertengahan kurun ketujuh iaitu sebelum zaman wujudnya Ibn Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahab. Jika pihak PPYS mengkaji kitab-kitab berkenaan, akan terjawablah persoalan bahawa kenyataan yang didakwa kononnya dari rekaan dan ciptaan Ibn Taimiyyah sebenarnya adalah andaian pihak PPYS sendiri.

Sukalah saya mengingatkan pihak PPYS , dalam dunia era globalisasi masa kini , perkembangan ilmu dan maklumat berlaku dengan begitu cepat sekali. Justeru itu, berhati-hatilah dalam membuat telahan terhadap sesuatu permasalahan. Pihak lain juga membuat kajian dan penyelidikan . Seandainya fakta dan maklumat yang disampaikan ada kelemahan dan kecacatan, pihak lain yang mengkajinya akan mengesan dengan cepat.

Kepada Allah Jua dipohon petunjukNya. Maaf dipohon sekiranya ada terkasar bahasa. Saya menulis dengan rasa tenang tanpa dipengaruhi emosi.

Walaupun kita tidak sependapat dalam persoalan tauhid tiga serangkai, namun saya mengasihi pihak PPYS atas sifat kita saudara seagama. Ya semua kita bersaudara. Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara. Salam kasih sayang dan salam ukhuwwah.


Ahmad Kamil Abdul Halim
Kota Bharu Kelantan.

Rabu, 9 Disember 2009

Pembahagian Tauhid Sebelum Ibnu Taimiyyah


Pembahagian Tauhid Sebelum Ibn Taimiyyah
Oleh: Panel Penyelidik Institut al-Qayyim

Tulisan ini merupakan jawapan kepada artikel yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 29/11/09 oleh Panel Penyelidik Yayasan Sofa, Negeri Sembilan bertajuk: Tauhid tiga serangkai disyariatkan di dalam Islam?. Setelah membaca dan memahami artikel tersebut, disimpulkan ia berlegar kepada satu persoalan utama iaitulah dakwaan kononnya pembahagian tauhid kepada tiga bahagian: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat dimulakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. dan pembahagian ini tidak dikenali di zaman awal Islam. Benarkan dakwaan ini?

Bagi sesiapa yang mempelajari akidah yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan pemahaman generasi al-Salaf al-Soleh, pasti akan memperakui sesungguhnya dakwaan ini amat jauh untuk dinilai sebagai suatu hasil penyelidikan ilmiah. Sebaliknya ia lebih kepada bukti kedangkalan dan kecetekan ilmu yang berpunca dari amalan taklid membuta tuli. Lebih malang kedangkalan ini disertai keegoan yang parah sehingga berani mencabar sesiapa yang dapat membuktikan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian telah ada sebelum kurun ke tujuh hijrah lagi.

Alangkah baik jika sebelum mencabar sesiapa, Panel Penyelidik Yayasan Sofa bertindak rajin sedikit, dengan membelek kitab-kitab tafsir yang mu’tabar di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang ditulis sebelum kelahiran Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Cukup sekadar dengan Tafsir al-Imam al-Tobari (meninggal 310H). Pasti dengan merujuk kepada kitab tafsir ini sahaja akan terjawab segala kekaburan dan tidak tahu. Tetapi sayang Panel Penyelidik Yayasan Sofa tidak melakukan perkara ini melainkan bertaklid kepada beberapa penulis sahaja. Untuk itu tulisan ini ditulis, supaya ia dapat mengambil tempat seperti seorang yang celik membimbing seorang buta menyeberangi jalan, agar selamat sampai ke seberang sana.

Maka tulisan ini memberi tumpuan dalam membuktikan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian telah ada di zaman awal umat Islam sebelum Ibn Taimiyyah R.H. Bahkan telah dinukilkan di dalam kitab-kitab tafsir beberapa riwayat daripada para sahabat Nabi S.A.W., para Tabi’ien dan para Atba’ al-Tabi’ien umat Islam.

Tujuan Pembahagian Ilmu Islam

Pembahagian mana-mana bidang ilmu Islam adalah suatu yang diterima di sisi para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, bahkan diterima oleh orang-orang yang berakal sejak zaman berzaman. Ia bertujuan memudahkan proses pembelajaran dan kefahaman terhadap nas-nas (teks) syarak, demikian juga agar gambaran umum terhasil sebelum sesuatu bidang dipelajari. Contoh mudah dalam hal ini, al-Imam al-Syafie telah menyusun ilmu Usul di dalam ilmu Fiqh Islami. Hasilnya pembahagian ini diterima oleh para ulama selepas beliau.

Kaedah pembelajaran yang tersusun dengan pembahagiannya tidak pernah terdapat di zaman Nabi S.A.W., bahkan pembahagian ilmu kepada ilmu aqidah, fiqh dan akhlak juga tidak terdapat di zaman Nabi S.A.W., sama halnya dengan penyusunan ilmu Mustalah al-Hadith, Ulum al-Tafsir, Usul al-Fiqh dan semua bidang ilmu syariah tidak pernah disusun, dibahagi dan diasingkan mengikut pembahagian-pembahagian seperti yang ada pada hari ini. Tidak pula bermakna ilmu-ilmu ini merupakan rekaan, bid’ah dan tokok-tambah dalam agama. Sebaliknya ia hanyalah kaedah untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman. Lalu tidak berlebihan jika dikatakan teramat jahil orang yang mendakwa pembahagian-pembahagian ilmu ini sebagai bid’ah. Kerana itu masyhur satu kaedah di sisi ulama usul yang disebut sebagai la masyahah fi al-Istilah yang bermaksud tiada pertikaian terhadap pengistilahan jika kandungan atau maksudnya benar.

Pembahagian tauhid di kalangan generasi awal umat islam

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. bukanlah individu pertama yang bertanggungjawab mereka-reka pembahagian tauhid kepada tiga bahagian. Sebaliknya pembahagian ini telah wujud lebih awal lagi. Perkara ini dapat ditelaah dari kitab-kitab karangan ulama yang awal. Ibn Taimiyyah yang hidup pada kurun ke tujuh hanya berperanan menghidupkan semula penekanan kepada tiga usur penting di dalam tauhid. Di bawah ini disenaraikan beberapa bukti yang menunjukkan pembahagian tauhid telah ada sebelum kelahiran Ibn Taimiyyah R.H. lagi:

Pertama: Al-Imam Abu Abdillah, Ubaidullah ibn Muhammad ibn Battah al-‘Ukbariy (meninggal tahun 387H) berkata: “…dan demikian itu, bahawa asas keimanan kepada Allah yang wajib ke atas makhluk beriktikad dengannya dalam menetapkan keimanan terhadapNya adalah tiga perkara (bahagian). Pertama: Keyakinan seorang hamba terhadap rabbaniyyah (Rububiyyah) Allah, agar keyakinan ini membezakan dia dengan mazhab golongan al-Ta’til yang tidak menetapkan adanya (tuhan) yang maha pencipta. Kedua: keyakinan seorang hamba terhadap wahdaniyyah (keesaan) Allah, agar keyakinan ini membezakan dia dengan mazhab golongan musyrik, yang mengakui adanya pencipta (Allah), tetapi mereka mensyirikanNya dengan yang lain di dalam ibadah. Ketiga: Keyakinan seorang hamba terhadap Allah yang bersifat dengan sifat-sifat yang layak bagiNya seperti al-‘Ilmu (maha mengetahui), al-Qudrah (Maha berkuasa), al-Hikmah (maha bijaksana) dan semua sifat yang Dia (Allah) telah sifatkan diriNya di dalam kitabNya … (oleh itu) kita akan dapati Allah ta’ala telah mengarahkan hamba-hambanya dengan menyeru mereka untuk beri’tiqad kepada setiap dari tiga pembahagian ini dan beriman dengannya.” (al-Ibanah ‘an Syariah al-Firqah al-Najiah wa Mujabanah al-Firaq al-Mazmumah, Oleh Ibn Battah, hal. 693-694).

Perkataan Ibn Battah ini amat jelas menunjukkan pembahagian tauhid kepada tiga telah wujud dan diketahui oleh para ulama yang hidup sekitar dua ratus tahun sebelum kelahiran Ibn Taimiyyah. Bahkan perkara yang lebih penting untuk diberi tumpuan di sini bahawa perbezaan di antara tauhid rububiyyah dan uluhiyyah telah disebut juga oleh para sahabat Nabi S.A.W. antara mereka:

Kedua: Firman Allah yang bermaksud: “Dan kebanyakan mereka tidaklah beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mensyirikkanNya.” (Yusuf: 106). Kata ‘Ikrimah R.A. (sahabat Nabi S.A.W.): “Kamu bertanya kepada mereka (orang-orang musyrik): Siapa yang menciptakan mereka? siapa yang mendiptakan langit dan bumi? Pasti mereka akan menjawab: Allah. Demikian itulah iman mereka kepada Allah (iman kepada rububiyyah Allah), sedangkan mereka menyembah selain daripada Allah (syirik dalam uluhiyyah Allah).”

Ketiga: Ibn ‘Abbas R.A. berkata: “diantara keimanan mereka (orang-orang musyrik), apabila ditanya kepada mereka: siapa yang menciptakan langit, bumi dan gunung-ganang? Mereka akan menjawab: Allah. Sedangkan mereka mensyirikkan Allah (dalam uluhiyyahNya).”

Keempat: Qatadah R.H. berkata: “Iman mereka ini, sesungguhnya kamu tidak berjumpa dengan salah seorang daripada mereka, melainkan dia memberitahu kepada kamu bahawa Allah adalah tuhannya (rabb), Dialah yang mencipta dan memberi rezeki kepadanya (rububiyyah), sedangkan dia melakukan syirik di dalam ibadah (uluhiyyah).”

Kelima: Mujahid R.H. (meninggal tahun 103 H) seorang Tabi’ie yang masyhur berkata: “Keimanan mereka dengan perkataan mereka: “Allah yang menciptakan kami, memberi rezeki dan mematikan kami.” Ini adalah keimanan (rububiyyah) mereka yang beserta kesyirikan di dalam ibadah (uluhiyyah) kepada selain Allah.” (Lihat tafsir al-Imam Ibn Jarir al-Tobari (meninggal 310H), surah Yusuf ayat 106)

Dirasakan bukti-bukti ini sahaja sudah cukup menunjukkan pembahagian tauhid kepada Rububiyyah, Uluhiyyah dan asma’ wa sifat bukan dimulakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. Sebaliknya ia telah diketahui di kalangan umat Islam yang awal bahkan di sisi para sahabat Nabi S.A.W.. Sebagai tambahan di bawah ini disebut beberapa rujukan lain dari para ulama secara ringkas:

1. Kitab al-Tauhid wa Ma’rifah Asma’ Allah azza wa jall wa sifatih ‘ala Ittifaq wa al-Tafarrud oleh al-Imam al-Hafidz Abi ‘Abdillah, Muhammad ibn Ishak ibn Yahya ibn Mundih yang meninggal pada tahun 395 Hijrah. (Jilid 1: halaman 61-116, jilid 2: halaman 14-208, jilid 3: halaman 7 hingga penghujung kitab )

2. Lihat juga perkataan al-Imam al-Qadhi Abi Yusuf Ya’qub ibn Ibrahim ibn Habib al-Kufi, murid dan sahabat kepada al-Imam Abu Hanifah (pemuka Mazhab Hanafi). Beliau meninggal pada tahun 182 Hijrah. Perkataannya telah dinukilkan oleh al-Imam al-Hafidz Abi ‘Abdillah, Muhammad ibn Ishak ibn Yahya ibn Mundih (meninggal tahun 395H) di dalam kitabnya al-Tauhid wa Ma’rifah Asma’ Allah azza wa jall wa sifatih ‘ala Ittifaq wa al-Tafarrud, jilid

3: halaman 304-306.3. Kitab al-Fiqh al-Absat, oleh al-Imam Abu Hanifah, al-Nu’man ibn Thabith yang meninggal pada tahun 150 Hijrah, halaman 51. Ketika beliau menyebut: “Dan Allah itu diseru dari atas bukan dari bawah (isyarat kepada tauhid al-Asma’ wa al-Sifat), kerana bawah bukan daripada al-Rububiyyah dan al-Uluhiyyah sesuatupun.”

Agama melarang taklid buta

Al-Quran dan al-Sunnah melarang kita tertaklid membuta tuli kepada sesiapapun melainkan kepada Nabi S.A.W., samada Ibn Taimiyyah atau sesiapa sahaja, pandangan mereka perlu dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, diambil apa yang bertepatan dengan dua rujukan ini dan ditinggalkan yang lainnya. Untuk mengenal pasti pendapat yang lebih bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah, pemahaman para sahabat dan para ulama generasi awal islam perlu dirujuk. Maka individu-individu yang memakai gelaran agama seperti ustaz, panel penyelidik dan seumpamanya perlulah merajinkan diri mengkaji dan memahami setiap persoalan yang hendak dibicarakan, sebelum berani membuat sesuatu kesimpulan. Sikap malas dan ‘taklid buta’ perlu dijauhi, jika tidak, ada baiknya kita mendiamkan diri sahaja, agar kebodohan dan malas diri sendiri tidak diketahui ramai dan menyusahkan orang lain.

Wassalam.

Isnin, 30 November 2009

Arus Perdana Sebagai Mazhab Baru?


Oleh : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Seluruh pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah mengiktiraf kewujudan mazhab-mazhab dalam Islam dan mengambil sikap toleransi ketika menangani perbezaan pendapat di antara sesama umat Islam. Hanya sahaja sikap segelintir kecil umat Islam yang fanatik mazhab telah memecah belah umat Islam menjadi berpuak-puak sehingga timbul perselisihan faham yang boleh meruntuhkan perpaduan. Sikap fanatik mazhab ini adakalanya melampaui batas sehinggakan ada pengikut fanatik mazhab Syafi’i menganggap tidak sah bernikah dengan wanita bermazhab Hanafi kerana pengikut mazhab Hanafi bersikap ragu-ragu di dalam keimannya kerana membolehkan seorang muslim mengatakan, “Saya beriman Insya-Allah”. Ada pula dari kalangan mereka yang bermazhab Syafi’i yang berkata dibenarkan berkahwin dengan wanita bermazhab Hanafi kerana mengqiyaskan mereka dengan ahlul kitab (golongan nasrani dan yahudi) yang dibenarkan syarak untuk dinikahi.

Terdapat juga hadis-hadis palsu direka semata-mata untuk meninggikan mazhab sendiri serta memburukkan mazhab lain. Di kalangan pengikut fanatik mazhab Hanafi mereka mencipta hadis palsu untuk memburuk-burukan Imam al-Syafi’i r.h. Hadis palsu tersebut berbunyi begini, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan muncul di kalangan umat aku seseorang yang bernama Muhammad bin Idris (Imam al-Syafi’i) yang akan mendatangkan kerosakan kepada umat ku lebih buruk daripada iblis dan akan muncul pula di kalangan umatku seorang lelaki bernama Abu Hanifah yang akan menjadi cahaya penyuluh umat aku.”

Sikap fanatik sebegini dikhuatiri mula kelihatan di Malaysia apabila seorang tokoh baru-baru ini dengan lantangnya menyeru seluruh umat Islam di Malaysia supaya terus berpegang hanya dengan fahaman yang telah diterima arus perdana dan pandangan arus perdana tersebut tidak boleh dipertikaikan lagi. Timbul satu persoalan yang mendasar, bagaimana sekiranya mazhab arus perdana itu didapati kurang tepat berbanding dengan al-Qur’an dan al-Sunnah? Adakah umat Islam di Malaysia tetap harus kekal berpegang dengan arus perdana? Adakah pandangan yang dikatakan arus perdana itu dianggap lebih tinggi tarafnya daripada firman Allah S.W.T. dan sabda Rasulullah s.a.w.? Bagaimana pula dengan seruan al-Qur’an yang menyuruh setiap perselihan pendapat dalam Islam itu diselesaikan dengan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah? Firman Allah S.W.T.: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (al-Nisaa’ (4) : 59)

Adakah ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis yang kelihatan bercanggah dengan aliran arus perdana perlu ditafsir semula agar ia selari dengan pandangan arus perdana sebagaimana yang sering dilakukan oleh golongan fanatik mazhab? Sikap fanatik sebegini pernah diutarakan oleh Abu al-Hassan Muhammad al-Karkhy di dalam kitabnya Tarikh al-Tasyri' al-Islami: "Semua ayat al-Quran yang menyelisihi (pendapat) sahabat-sahabat kami, ayat itu hendaklah ditakwil (diberi maksud lain) atau dimansuhkan (dihapuskan hukumnya). Begitu juga hadis Nabi s.a.w, ia perlu ditakwil atau dimansuhkan." Ternyata ini merupakan satu pandangan yang keliru kerana tiada suatu pandangan atau fahaman yang muncul daripada seseorang individu mahupun kumpulan tertentu yang boleh diletakkan lebih tinggi dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Tiada yang terpelihara dari melakukan kesilapan dalam hal-hal keagamaan melainkan Rasulullah s.a.w. Imam Malik bin Anas r.h pernah berkata: “Sesiapapun perkataanya boleh ditolak dan boleh diterima, kecuali hanya Nabi s.a.w.” Bukanlah menjadi suatu kesalahan apabila kita berpegang dan mengamalkan sesuatu pandangan dari mazhab selain dari arus perdana sekiranya pandangan tersebut lebih menepati ajaran Rasulullah s.a.w. Dr. M. Said Ramadhan al-Buthi di dalam kitab beliau bertajuk Al Laa Mazhabiyyah Akhtharu Bid’ah Tuhaddadu ash-Shari’ati al-Islaamiyyah telah berkata: “Tidaklah menjadi satu kewajipan bagi seseorang muqallid (yang bertaklid kepada sesuatu mazhab) untuk mengikuti salah satu mazhab tertentu, atau menjadi satu perkara yang haram baginya untuk berpindah-pindah mazhab. Begitu pula telah menjadi suatu kesepakatan kaum muslimin, bahawa seorang muqallid dapat memilih atau mengikuti salah satu mujtahid jika telah diyakini kebenaran mazhab-mazhab dan pendapat-pendapatnya, seperti seseorang berpindah-pindah kepada salah satu dari keempat imam mazhab. Maka seandainya, pada masa sekarang ada yang melarang untuk berpindah-pindah mazhab, orang itu telah masuk dalam kategori fanatik yang menyesatkan, yang telah menjadi suatu kesepakatan kaum Muslimin untuk meniadakannya. Suatu yang harus diketahui bagi seorang peneliti, tidak ada pertentangan bahawa tidak ada hukumnya bagi seorang muqallid untuk tidak mengikuti satu mazhab sahaja, atau berpindah-pindah ke mazhab yang lain. Artinya tidak ada kewajipan untuk terikat kepada salah satu mazhab tertentu, sama dengan tidak ada pelarangan untuk terikat kepada salah satu mazhab.” Sekian pandangan Dr. M. Said Ramadhan al-Buthi. Semoga kita semua terhindar dari sikap fanatik mazhab yang menyesatkan sebagaimana dicela oleh beliau.

Seterusnya tokoh yang memperjuangkan aliran arus perdana tersebut berulang-kali menyeru agar pandangan yang kelihatan syaz atau ganjil ditengah-tengah masyarakat agar ditolak. Adakah wajar seruan sebegini? Kenapa pandangan yang dianggap ganjil itu tidak dinilai terlebih dahulu dengan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah kerana sesuatu pandangan yang dianggap syaz atau ganjil itu pada hakikatnya mungkin lebih mendekati ajaran Rasulullah. Tidak mustahil pula sekiranya pandangan atau amalan yang di anggap sebagai arus perdana pada zaman ini pula sebenarnya tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Sekiranya Rasulullah dan para sahabat masih hidup tentu mereka juga akan menyatakan pandangan atau amalan tersebut sebagai ganjil. Wajarkah pandangan majoriti itu diletakkan sebagai nilai ukur yang baku untuk menilai sama ada sesuatu pandangan itu sebagai benar atau salah? Firman Allah S.W.T.: “Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata.” (al-An’am (6) : 116)

Sebenarnya nilai ukur kebenaran itu bukan kerana jumlah pengikut yang besar, tetapi nilai ukurannya adalah kebenaran atau kebatilan yang menyertai sesuatu pandangan itu setelah diletakkan di atas neraca al-Qur’an dan al-Sunnah. Pandangan yang benar walaupun dipegang oleh sebilangan kecil orang Islam tetap harus dijadikan ikutan. Itulah jalan yang lebih selamat. Setiap perkara yang batil itu tidak boleh berubah menjadi benar hanya kerana jumlah pengikutnya yang banyak. Apatah lagi Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan bahawa golongan yang benar-benar akan mengikuti sunnahnya pada masa hadapan adalah sedikit jumlahnya. Baginda bersabda: “Sesungguhnya Islam itu muncul sebagai agama yang asing (sedikit pengikutnya) dan suatu saat akan kembali asing sebagaimana pertama kali muncul.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Untuk menguatkan hujah betapa wajibnya seseorang itu untuk mengikut arus perdana atau majoriti umat Islam maka mereka menjaja sebuah athar daripada Abdullah bin Mas’ud r.a yang berbunyi “Apa yang dilihat baik oleh kaum Muslimin (al-Muslimun), maka ia baik di sisi Allah, dan apa yang dilihat buruk di sisi kaum Muslimin maka ia buruk di sisi Allah. (Hadis riwayat Ahmad) Sebenarnya athar di atas ini bukan sabda Rasulullah s.a.w. seperti yang mereka sangkakan. Ia hanyalah ucapan ‘Abdullah bin Masu’d. Oleh itu sewajarnya sabda Rasulullah yang menyuruh kita mengutamakan pandangan al-Qur’an dan al-Sunnah seperti: “Aku telah meninggalkan kepada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat dengan keduanya, iaitu Kitabullah dan sunnah Nabi-Nya” lebih wajib kita utamakan daripada kata-kata seorang sahabat seperti riwayat tersebut.

Sekiranya kita terima pandangan mereka bahawa athar tersebut adalah sabda Nabi sekalipun ternyata tafsiran mereka terhadapnya juga kurang tepat. Menurut para ulama hadis, riwayat di atas hanya bersangkutan dengan kesepakatan kaum Muslimin iaitu spesifik kepada generasi sahabat Nabi sahaja. Hal ini adalah kerana perkataan al dalam al-Muslimun itu berbentuk definitif (al-‘ahd) menunjukkan kelompok orang Islam yang tertentu yakni para sahabat Nabi r.a. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat matan penuh athar ini. “Sesungguhnya Allah melihat hati para hamba-Nya lalu mendapati hati Muhammad s.a.w sebagai hati terbaik di antara para hamba-Nya lalu baginda dipilih dan diutus menjadi Rasul. Kemudian Allah melihat hati hamba-hamba-Nya setelah melihat hati Muhammad lalu mendapati hati para sahabat sebagai hati yang terbaik, maka mereka dijadikan sebagai menteri-menteri Nabi-Nya. Mereka berperang dan berjuang di atas agama-Nya. Maka apa yang dilihat baik oleh kaum Muslimin, maka ia baik di sisi Allah, dan apa yang dilihat buruk di sisi kaum Muslimin maka ia buruk di sisi Allah.” Apatah lagi dalam riwayat lain, kita dapati ucapan Ibn Mas’ud r.a tersebut adalah ulasan beliau tentang kesepakatan (ijmak) para sahabat dalam perlantikan Abu Bakar r.a sebagai khalifah Islam yang pertama. Dalam riwayat lain, terdapat tambahan dalam ucapan Ibn Mas’ud tersebut: “Kesemua sahabat sependapat untuk melantik Abu Bakar menjadi khalifah.” (Hadis riwayat al-Hakim. Sanad hadis ini sahih menurut al-Hakim dan ia disepakati oleh al-Zahabi). Ini lebih mengukuhkan lagi pandangan istilah al-Muslimun (kaum muslimin) di dalam athar tersebut merujuk kepada kesepakatan para sahabat Nabi s.a.w. dan bukan majoriti umat Islam atau arus perdana seperti sangkaan tokoh tersebut.

Sekiranya kita ambil pandangan mereka bahawa perkataan al dalam al-Muslimun itu berbentuk al-istighraq (merangkumi semua kaum Muslimin), maka kita perlu mengetahui bahawa ianya bermaksud kesepakatan yang terjadi di kalangan para ulama (ijmak). Mana mungkin urusan baik dan buruk dalam agama diletakkan sewenang-wenangnya kepada seluruh umat Islam. Bukan kesemua umat Islam arif tentang ilmu-ilmu yang diperlukan untuk mengistinbat (mengeluarkan) hukum dan bukan semua memahami tafsiran sebenar sesuatu ayat al-Qur’an mahupun hadis Nabi. Menurut Imam ‘Izz bin ‘Abdul Salam r.h ketika mengulas athar ini: “Jika hadis itu sahih, maka yang dimaksudkan dengan kata ‘al-Muslimun’ adalah ahlul ijma’ (ahli ijmak).”

Mari kita ambil satu contoh amalan arus perdana yang dibangkitkan oleh tokoh tersebut iaitu upacara tahlil ketika kenduri arwah bertujuan untuk mengirim pahala bacaan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Bolehkah kita katakan upacara ini telah diterima oleh ijmak (kesepakatan seluruh ulama) sedangkan ianya tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. atau para sahabatnya bahkan Imam al-Syafi’i sendiri tidak pernah mengajarnya di dalam mana-mana kitabnya. Apa yang lebih tepat menurut Imam al-Syafi’i adalah pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada arwah. Imam al-Nawawi di dalam Syarah Muslim telah berkata: “Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutnya iaitu firman Allah: “…bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.” (Al-Najm (53) : 39) dan Sabda Nabi s.a.w.: “Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Penganut mazhab arus perdana adakalanya terlalu mudah menetapkan sesuatu pandangan itu sebagai ijmak sedangkan realitinya masih terdapat para ulama yang berselisih pendapat dalam isu-isu yang dibangkitkan itu. Jangan terlalu mudah menggunakan istilah ijmak kerana Imam Ahmad r.h pernah mencela mereka yang gemar membuat dakwaan ijmak terhadap sesuatu perkara. Beliau berkata: “Sesiapa yang mengaku ijmak maka sesungguhnya dia bohong dan tidak mengerti bahawa manusia berselisih.”

Justeru sewajarnya kita berlapang dada dalam isu yang terdapat perselisihan pendapat di kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah dan tidak memaksa pihak lain untuk mengikuti satu aliran pandangan sahaja. Isu perbezaan pendapat harus diselesaikan menerusi perbincangan ilmiah berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah. Tindakan mereka yang fanatik dengan arus perdana ini ditakuti akan memandulkan keupayaan umat Islam di Malaysia untuk berfikir secara analitikal dan kitikal. Jika dikaji sikap para ulama besar Ahli Sunnah wal Jamaah, mereka sentiasa menerima teguran dengan hati yang terbuka, membetulkan ajaran mana yang tersilap dan menghormati antara satu sama lain. Pernah sekali Imam Malik bin Anas r.h ditanya adakah perlu membasuh jari-jari kaki ketika berwuduk? Beliau menjawab: “Itu tidak perlu”. Setelah berakhirnya majlis kuliah tersebut, seorang anak murid Imam Malik, bernama Ibnu Wahab telah berkata: “Aku mengetahui akan suatu hadis berkenaan soalan tadi.” Bertanya Imam Malik: “Hadis apakah itu ?” Ibnu Wahab berkata: “Laith ibnu Sa’ad, Ibnu Lahee’ah dan ‘Amr bin al-Hariith telah meriwayatkan dari jalan Yazid bin ‘Amr, daripada Mustawrid bin Shaddad; di mana mereka telah berkata: “Kami melihat Rasulullah menggosok antara jari-jari kakinya ketika berwudhu dengan anak jarinya.” Berkata Imam Malik: “Riwayat ini adalah sahih. Aku tidak pernah mendengarnya hingga seketika tadi.” Ibnu Wahab seterusnya menerangkan bahawa Imam Malik kemudian mengajar orang ramai untuk menggosok jari-jari kaki mereka apabila berwuduk. (Riwayat Ibnu abi Hatim di dalam kitab al-Jahr wat-Ta’deel) Demikian sikap Imam Malik yang apabila sahaja dia mendengar suatu hadis yang beliau anggap sebagai sahih, dia terus membetulkan ajarannya tanpa sebarang halangan atau keraguan. Oleh itu kenapa mereka yang menjenamakan diri mereka sebagai arus perdana memiliki hati yang begitu keras untuk menerima kebenaran sekiranya terbukti pandangan mereka kurang tepat.

Isnin, 23 November 2009

IMAM AL-SYAFI’I ADALAH WAHHABI?


Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Melihatkan kepada tajuk artikel ini pasti ramai yang terpinga-pinga bahkan mungkin ada yang mengurut-urut dada kerana sesak nafas seolah-olah satu malapetaka besar bakal menimpa umat Islam di Malaysia yang terkenal dengan kepatuhan mereka kepada mazhab Syafi’i. Namun janganlah runsing atau gundah-gulana kerana tajuk yang kelihatan seperti boleh menimbulkan kontroversi ini hanyalah bertujuan untuk membuka minda mereka yang keliru dengan isu Wahhabi yang dimainkan oleh beberapa tokoh di akhbar-akhbar tempatan beberapa minggu kebelakangan ini.

Sesetengah golongan yang menganggap diri mereka sebagai pembela Ahli Sunnah Wal Jamaah bahkan penganut mazhab Syafi’i yang tulen amat menentang budaya talfiq atau mengikuti hukum tentang sesuatu perkara daripada pelbagai mazhab. Umat Islam di Malaysia khususnya orang Melayu diwajibkan untuk hanya berpegang kepada mazhab Syafi’i sahaja bagi kekal sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka yang mengamalkan talfiq maka tercemarlah pemikiran mereka dan jadilah mereka ini kelompok Wahhabi. Tetapi apa yang menghairankan adalah, Imam al-Syafi’i sendiri tidak pernah menyuruh sesiapapun untuk mengikuti pandangan beliau sepenuhnya. Bahkan Imam al-Syafi’i amat menganjurkan anak murid serta pengikutnya untuk menimbang pandangannya dengan al-Qur’an dan al-Sunnah sebelum menerimanya. Dalam erti kata lain amalan talfiq itu tidak pernah ditentang oleh Imam al-Syafi’i sendiri. Menurut Imam al-Syafi’i: “Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu.” (Riwayat al-Harawi di dalam Dzamm al-Kalam, al-Khatib di dalam Ihtijaj bi al-Syafie, Ibn Asakir, al-Nawawi di dalam al-Majmu’, al-Fullani, Ibn al-Qayyim, Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah dan Ibn Hibban di dalam sahihnya.) Beliau juga pernah berkata: "Apabila suatu masalah ada hadisnya yang sahih daripada Rasulullah s.a.w menurut kalangan ahli hadis tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya (meninggalkannya) sama ada ketika aku masih hidup atau selepas kematianku." (Riwayat Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah, al-Harawi, Ibn al-Qayyim di dalam al-I’lam dan al-Fullani) Namun apabila ada golongan di Malaysia yang mengikuti saranan Imam al-Syafi’i ini maka mereka dianggap telah menderhaka kepada Mazhab Syafi’i versi Malaysia yang dipandang paling tulen.

Melafazkan niat Usholli ketika mengerjakan solat fardu mahupun sunat merupakan ciri-ciri yang penting untuk menjamin seseorang itu sah bermazhab Syafi’i. Jika ada yang berpegang kepada pendapat tidak perlu berniat Usholli ketika solat maka tipislah harapannya untuk mendapat tauliah mengajar agama di sesetengah negeri. Anehnya jika kita buka kitab al-Umm maka tidak wujud satu batah barispun yang mengajar kita lafaz niat Usholli mahupun Nawaitu. Bagi Imam al-Syafi’i niat itu adalah perbuatan di dalam hati dan solat itu dimulakan dengan lafaz takbir. Di dalam al-Umm beliau berkata: “Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah dia memulakan solatnya melainkan dengan takbir itu sendiri dan takbirnya ialah Allahu Akbar.”

Jika selepas solat pula tidak diamalkan zikir beramai-ramai dengan suara yang kuat, pengamalnya berkemungkinan tinggi akan terus dicop sebagai pengikut ajaran Wahhabi yang dianggap oleh sesetengah pihak tidak termasuk dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita buka sekali lagi kitab al-Umm dan lihat apa yag diperkatakan oleh Imam al-Syafi’i tentang zikir lepas solat. Menurut beliau: “Saya (Imam al-Syafi'i) memandang baik bagi Imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah keluar (selesai) daripada solat. Kedua-duanya menyembunyikan zikir kecuali bahawa dia itu adalah seorang imam yang harus orang belajar darinya. Allah Azza wa jalla telah berfirman: “... dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa engkau atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya...” (al-Israa' (17):110) Iaitu - Allah sahaja yang Maha Mengetahui ialah doa. Tidaklah engkau keraskan, ertinya janganlah engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri. “ Imam al-Baihaqi seterusnya memperjelaskan mazhab al-Syafi’i dalam kitabnya Sunan al-Kubra: “Bahawa zikir dan doa sesudah solat harus diperlahankan (secara sirr) kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu kepada manusia, maka dikuatkan (secara jahr) supaya dapat dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui, maka zikir dan doa itu haruslah diperlahankan (secara sirr semula – pen).” Sekian pandangan sebenar Imam al-Syafi’i tentang zikir selepas solat tetapi malangnya wujud sesetengah tokoh di Malaysia ini beranggapan mereka itu lebih Syafi’i daripada Imam al-Syafi’i itu sendiri.

Mengkritik amalan mengirim bacaan pahala kepada arwah seperti ritual tahlil ketika kenduri arwah atau membaca al-Qur’an di tepi kubur bukanlah satu tindakan yang bijak di Malaysia. Si pengkritik pasti akan dihambur dengan pelbagai kata-kata berbentuk celaan dan yang paling popular tentulah tuduhan sebagai Wahhabi. Imam al-Nawawi di dalam Syarah Muslim telah berkata: “Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutnya iaitu firman Allah: “…bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.” (Al-Najm (53) : 39) dan Sabda Nabi s.a.w.: “Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi) Namun kata-kata Imam al-Nawawi ini bagaikan tiada nilai bagi pembela-pembela mazhab Syafi’i di Malaysia.

Bagi mereka yang tidak mahu mengerjakan kenduri arwah bukan sahaja dinggap menderhaka kepada mazhab Syafi’i bahkan adakalanya mereka dicerca sebagai golongan bakhil. Beginilah sikap mereka yang mengaku sebagai pejuang mazhab Syafi’i di Malaysia, sudahlah keluarga arwah sedang bersedih dengan pemergian insan yang mereka sayangi, dipaksa pula keluarga arwah tersebut untuk menyediakan jamuan makan agar perut mereka dapat diisi. Adakah ini benar-benar pandangan mazhab Syafi’i? Di dalam kitab I’anatu al-Talibin ada disebut tentang isu kenduri arwah menurut mazhab al-Syafi’i: “Apa yang telah menjadi kebiasaan manusia menjemput orang menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si mati adalah bidaah yang dibenci, termasuklah di dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si mati kerana terdapat hadis sahih dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata: “Kami menganggap berkumpul beramai-ramai di rumah si mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan.” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah) Indahnya pandangan mazhab Syafi’i yang asal berbanding dengan pegangan mereka yang mengaku Syafi’i di Malaysia. Masyarakat sekeliling sepatutnya membantu dalam menggembirakan keluarga arwah dengan membawa makanan kepada mereka. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali di dalam al-Wajiz Fi Fiqhi al-Imam al-Syafi’i telah berkata: “Disukai membuat makanan untuk keluarga si mati.” Jangan pula selepas ini Imam al-Ghazali juga dikatakan Wahhabi.

Sekiranya ketika urusan pengkebumian jenazah tidak dilakukan amalan talqin, pasti ia akan menjadi topik bualan yang hangat di sesebuah kampung kerana ia dianggap telah mencemar tradisi orang Melayu yang berteraskan mazhab Syaf’i. Tapi hakikatnya amalan talqin ini tidak pernah tertulis di dalam mana-mana kitab Imam al-Syafi’i itu sendiri. Hanya sahaja ulama bermazhab syafi’i yang kemudian menganggap ianya sunat. Dr. Muhammad A.W. al-‘Aqil di dalam kitab Manhaj Aqidah Imam al-Syafi’i telah berkata: “Mengenai Talqin, yang popular di kalangan masyarakat yang dilakukan setelah penguburan mayat, di mana salah seorang berdiri di sampingnya untuk mengajari mayat dengan lafaz berikut: “Hai Fulan bin Fulan, ingatlah kalimah yang engkau pegang sampai masuk ke kubur, iaitu bersaksi bahawa tidak adal Illah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah…” dan seterusnya, atau lafaz lain yang semakna, maka kami tidak mendapatkan keterangan dari Imam al-Syafi’i tentang masalah ini. Kami hanya mendapatkannya dari ulamak mutaakhkhirin (yang datang kemudian) dari para pengikut mazhab Imam al-Syafi’i.”

Hiasan-hiasan dikuburan seperti binaan kubah terutamanya di kuburan mereka yang di anggap sebagai para wali atau peneraju sesebuah tarekat merupakan satu perkara yang terima sebagai baik bagi pembela Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Suasana yang kondusif ini amat bersesuaian untuk mereka melakukan ibadah-ibadah tertentu di kawasan perkuburan tersebut. Yang menghairankan Imam al-Syafi’i sendiri tidak pernah menganjurkan ibadah-ibadah seperti tawassul, membaca al-Qur’an, tawaf atau menyembelih haiwan korban di kawasan perkuburan. Menurut Ibnu Taimiyyah r.h di dalam Iqtidhaa’ Shirathal Mustaqim: “Daripada al-Syafi’i sendiri tidak terdapat perkataan tentang masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahwa (baca al-Qur-an di perkuburan) menurut beliau adalah bidaah.” Tambahan pula Imam al-Syafi’i sendiri melarang dinaikkan sebarang binaan di atas kubur. Menurut beliau di dalam al-Umm: “Saya menyukai agar kuburan tidak dibangunkan dan tidak pula dikapur kerana perkara ini menyerupai hiasan dan kebanggaan sedangkan kuburan bukanlah perhiasan atau bangunan yang dibanggakan; dan saya tidak melihat kuburan golongan muhajirin dan ansar (iaitu para sahabat Nabi) yang dikapur.” Imam al-Nawawi r.h pula di dalam kitab Majmu’ menyatakan: “Imam al-Syafi’i dan para sahabatnya mengatakan bahawa termasuk hal yang dibenci adalah menembok kuburan, menuliskan nama si mati atau yang lainnya dan juga membangunkan binaan di atasnya. Ini tiada perbezaan pendapat di kalangan kita. Dengan mazhab (pendapat) ini pula Malik, Ahmad, Daud dan majoriti ulama telah berfatwa.” Tetapi pandangan sebegini tidak boleh diajarkan kepada umat Islam di Malaysia kerana takut ia boleh mengelirukan orang awam walaupun tidak dapat dinafikan ia adalah pandangan Imam al-Syafi’i.

Memadailah dengan beberapa contoh di atas yang diketengahkan bukan bertujuan untuk mengeruhkan lagi suasana atau mengelirukan sesiapa. Tapi ia sekadar untuk mengingatkan kepada sesetengah pihak agar mengkaji terlebih dahulu perbezaan pendapat yang wujud di kalangan mazhab-mazhab dalam Islam sebelum menuduh seseorang itu terkeluar dari kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana tidak berpegang kepada mazhab Syafi’i. Walaupun seseorang itu pernah belajar dipondok mahupun lulusan dari Institut Pengajian Tinggi di Timur Tengah, ia tidak menjamin bahawa dia telah menguasai semua cabang ilmu. Qatadah pernah berkata: “Barangsiapa yang tidak mengenal ikhtilaf (perbezaan pendapat), maka dia belum mencium fikih (ilmu Fekah) dengan hidungnya.” Bila kefahaman tentang perbezaan pendapat yang ada dalam Islam ini tidak berada ditahap yang memuaskan, maka pandangan yang sebenarnya berasal daripada Imam al-Syafi’i turut dipolemikkan sebagai Wahhabi. Jangan nanti pandangan Imam al-Syafi’i terpaksa diketepikan demi untuk menjaga kesinambungan Mazhab Syafi’i versi Malaysia sebagai satu-satunya mazhab yang boleh diamalkan di negara ini.

Sebagai nasihat kepada semua hayatilah sebuah riwayat daripada ‘Uthman bin Atha’ daripada bapanya, dia berkata: “Tidak seharusnya seseorang berfatwa kepada manusia sebelum dia mengetahui ikhtilaf yang terjadi di kalangan manusia (ulama), kerana jika dia melakukan hal itu, boleh terjadi dia menolak ilmu yang sebenarnya lebih thiqah (terpercaya kebenarannya) dari ilmu yang dia yakini.” Berlapang dadalah dalam isu-isu yang terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.