Memaparkan catatan dengan label Majalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majalah. Papar semua catatan

Khamis, 5 Ogos 2010

Majalah i Ogos 2010


Assalaamu'alaikum

Dapatkan segera Majalah i Ogos 2010 yang telah berada di pasaran. Artikel akob dalam Majalah i kali ini bertajuk

WAHHABI : ADAKAH TERRORIS?

Jumaat, 7 Mei 2010

Majalah i Mei 2006 : Wawancara Bersama Mohd Yaakub bin Mohd yunus

Assalaamu'alaikum,

Majalah i edisi bulan May 2006 telah membahaskan fenomena positif kemunculan golongan professional yang bukan berlatar-belakangkan pendidikan formal dalam bidang keagamaan tetapi mampu untuk menyampaikan atau menulis perkara-perakara berkaitan agama dengan baik. Maka akob dan rakan-rakan seperti kapten Hafiz Firdaus (MAS), Tuan Hassan Tuan Lah (TM) dan Khairol Amin (HeiTech Padu) telah dijemput dalam satu sessi temubual.


Sekian




Khamis, 12 November 2009

MAJALAH i NOVEMBER 2009

RINGKASAN KANDUNGAN

1. Cerita muka depan - TRAGEDI GEMPA BUMI DI PADANG. Ikuti cerita benar dan langsung dari Padang melalui laporan 11 muka dari editor Majalah i sendiri, Ahmad Yani yang telah mengikuti lawatan Karangkraf ke sana baru-baru ini. Beliau berkongsi banyak kisah dari Padang yang disaksikan sendiri.
2. Tinjauan Khas meninjau pilihanraya di Iran baru-baru ini dan rahsia kemenangan Ahmadinejad.
3. Tajdid Minda - Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikasihi kembali menulis untuk i (insyaAllah) dengan artikel bertajuk Di sebalik Cinta dan Tawakal.
4. Usahawan Islam - Kisah Ustaz Khairuddin At-takiri dengan 10 jenis perniagaan yang beliau jalankan. Terkenal dengan jenama makanan kesihatan, Jus D'Hatiku.
5. Segmen Islam dan Sains - Kenali Laksamana Cheng Ho, sida-sida muslim terkenal yang terlebih dahulu merintis laluan bersejarah di laut luas daripada Christopher Columbus.
- Muhammad Abdus Salam - Ahli fizik muslim penerima Hadiah Nobel.
6. Segmen Jendela Keluarga - Ikuti kisah pasangan jutawan yang juga pengasas empayar DCL, Datuk Stapa dan Datuk Azlina.
- Penulis kegemaran ramai, Ust Hasrizal Abdul Jamil menulis tentang anak-anakk yang confuse bahasa.
- Kolumnis Undang-undang, Khairul Anwar membincangkan tentang bolehkah wanita dilantik sebagai hakim syarie.
7. Segmen Dunia Islam - Derita Muslim Myanmar yang terpaksa bersembunyi di sebalik identiti penganut Buddha.
- Travelog Iman menyingkap jejak Islam di bumi Korea dan persona musim bunga di sana.
8. Segmen Pelita Ilmu - Siapakah ahlulsunnah?
- Ustaz Effendi menulis Rasm Uthmani dalam Mushaf al-Quran.
9. Antara Puasa Qadha Ramadan dan Puasa Syawal oleh Dr. Zakaria Awang Soh.
10. Protaz - Artikel terakhir mantan wartawan i, Mohd. Helmi yang telah menemuramah Dr. Abdul Rashid Moten, profesor Sains Politik dari UIAM.
11. Mohd. Yaakub tampil dengan penulisan terkini, Riak: Penyebab Amalan tidak Diterima Allah.
12. Personaliti saudara baru, Pengurus Maybank cawangan Kuantan iaitu Hj Ahmad Izzudin Chong yang merupakan orang kuat Macma cawangan Kuantan.
13. Hafiz Firdaus telah 'menempah' dua kolum secara bersebelahan, ruangan cerpen yang bertajuk "Cerpen" dan ruangan kegemaran ramai, Catatan 40,000 kaki dengan perbincangan Buku oh Buku!

Rabu, 7 Oktober 2009

Majalah i Bulan Oktober 2009


Tumpuan Utama Majalah i bulan Oktober 2009 adalah berkaitan wabak H1N1. Laporan khas tentang wabak H1N1 telah disediakan oleh Ust Muhd Hilmi Ismail. Di samping itu Dr Fauzi Deraman dan Sofian Resali juga mengupas isu penyakit selsema babi ini.
Majalah i juga telah memberi laporan menerusi Ust muhammd Hilmi Ismail tentang perkembangan projek pemodenan Kota Suci Makkah yang bernilai RM 40 Billion.Lain-Lain artikel yang menarik :-
1) Penghapusan & Pelupusan Al-Qur'an oleh Ust Noor Effendi Hamid
2) Siapa Terroris Sebenar? oleh Kapten Hafiz firdaus
3) Yatim 11 Bulan oleh Ust Hasrizal Abdul Jamil
4) Ayah Antara Dakwah dan Keluarga, Jalinan Jodoh Cara Hamas dan Bangsa-Bangsa Yang Dihancurkan Allah oleh Editor Majalah i Saudara Ahmad Yani Abdul Manaf
5) Fahami Muslihat Isteri & Allah Amat Membenci Perbuatan Menzalimi Jiran oleh Abu Quthaibah
6) Wahai Isteri... Pahala Besar Menunggumu Di Rumah oleh Ummu Ishaq al-Atsariyyah
7) Sebat Model Islam : Teladan Untuk Elak Kemungkaran oleh Kahirul Anwar Rahmat
8) Hangus Deposit Jika Batal Beli oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
9) Kamala Surayya Penggoda Yang Akhirnya Memakai Purdah & Teroka Potensi Perniagaa Teknologi Satelit oleh Azlin Mohd Hamin
Dan Banyak lagi

Jumaat, 4 September 2009

MAJALAH i BULAN SEPTEMBER 2009

Sedikit ringkasan kandungan isu kali ni:

1. Tumpuan - Pengeboman Hotel JWW Marriot dan Ritz Carlton di Jakarta. Benarkah angkara Nordin Mat Top?

2. Tinjaun Khas - Mengenali Yakjuj dan Makjuj.

3. Ezry Fahmy - Dakwah menggunakan Facebook

4. Perbezaan awal puasa dan hari raya antara Malaysia dan timur tengah oleh Hairul Anuar Samingan, dari bahagian falak, jabatan mufti selangor

5. Jejak Silam - komunikasi ketenteraan di era peradaban islam

6. Jendela keluarga - Dr. hafidzah dan Ceh Rahimi, Ketua Wanita JIM

7. Hasrizal Abdul Jamil dengan "Fitnah Di Hujung Lensa"

8. Pengalaman Rohani - bekas juara bina badan Australia, Syeikh Feiz

9. dunia islam - populasi muslim melebihi yahudi di amerika

10. Travelog Iman - kembara jihad di Pulau Jawa Tengah

11. Kapt Hafiz Firdaus - kemudahan berpuasa ramadan ketika musafir

12. Mohd Yaakub Mohd yunus - beribadah di kuburan satu pencemaran

13. Ruangan baru, protaz - Dato' hamidon abd hamid, minat agama dorong kuasai bahasa arab

14. Kapt dalam catatan 40 k kaki - saya dan solat tarawihsekian buat masa ni.

Terima kasih

Isnin, 10 Ogos 2009

Majalah i Bulan Ogos 2009


Assalaamu'alaikum

Majalah i bulan Ogos menghidangkan pelbagai topik-topik yang menarik. Topik tumpuan utama pada bulan ini ialah Cabaran Perlaksanaan Hukuman Sebat. Terdapat beberapa artikel serta temubual berkaitan dengan topik ini yang memperjelaskan tentang perlaksanaan hukuman sebat menurut syarak dan undang-undan Syari'ah Malaysia.

Pada bulan ini, Majalah i turut menampilkan kisah tiga tokoh kulit hitam di Amerika Syarikat dan kaitan mereka dengan Islam.
1) Presiden Barrack Obama : Politik Obama Mendekati Islam
2) Michael Jackson : Perjalanan Michael Jackson Temui Islam
3) Muhammad Ali : Muhammad Ali Bersyahadat Di Atas Gelanggang Tinju
Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkat, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman turut menyumbang 2 buah artikel bertajuk Batalkah puasa Anda Jika... dan 13 Kesilapan Muslim Di Bulan Ramadan.
Antara artikel-artikel lain yang menarik adalah :

1) Al-Qur'an Hujah Sandaran Bukan Alat Bersandar oleh ahli panel fiqh al-fikrah.net, Ustaz Noor Affendi Arradhi

2) Sebelum Alien Datang oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah, Founder al-fikrah.net

3) Lanskap Moden Kota Suci Mekah & Tunai Zakat Dengan SMS oleh Muhd Hilmi Ismail, wartawan majalah i dan ahli panel fiqh al-fikrah.net

4) Kerana Wanita Ingin Dimengerti oleh Farhani Azizan, ahli Al-Fikrah.net (Team Dentist)
5) Ulama Menjadi Benteng Ketulenan Agama oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus, Founder al-fikrah.net

6) Mendidik Anak Ilmu Kebal oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

7) Lindungi Keluarga Dari Gangguan Syaitan oleh Abi Quthaibah

8) Hikmah Kes Sensasi Manohara oleh Khairul Anwar Rahmat dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia

9) Mengenang 40 Tahun Pembakaran al-Aqsa oleh Zainur Rashid Zainuddin dari Perunding Aman Palestin

10) Demi sebuah Kerusi & Kedudukan Oleh Ahmad Yani Abdul Manaf, editor Majalah i dan ahli al-fikrah.net

Dan Banyak lagi

DAPATKAN SENASKAH DENGAN SEGERA SEBELUM KEHABISAN STOK

Isnin, 6 Julai 2009

Majalah i Bulan Julai 2009


Assalaamu'alaikum


MAJALAH i bulan Julai 2009 mengfokuskan kepada 2 topik utama iaitu GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) dan CARA MENANGANI ISU SISTERS IN ISLAM. Laporan khas tentang program Debat Pro Kontra ISA, wawancara bersama Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan sebuah artikel daripada saudara Fathi Aris Omar bertajuk ISA Juga Ada Manfaatnya dipaparkan dalam edisi kali ini untuk membincangkan sama ada ISA itu masih diperlukan atau tidak.


Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman pula telah membahaskan isu Sisters In Islam dan Kebebasan Bersuara lengkap dengan dalil dari al-Qur'an dan al-Sunnah tentang cara sewajarnya umat Islam berhadapan dengan kumpulan Sisters In Islam ini.


Antara artikel-artikel lain yang menarik adalah :


1) Kembali Kepada Yang Asas oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah - Isu hangat berkaitan tindakan puasa sunat sebagai bantahan kepada keputusan mahkamah berkenaan jawatan Menteri Besar Perak.


2) Hukum Memuliakan al-Qur'an Dan Menyentuhnya Tanpa Wuduk Oleh Ustaz Noor Effendi bin Hamid ar Radhi, ahli Panel Fiqh http://www.al-fikrah.net/


3) Kesombongan Menutup Pintu Kebenaran oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus


4) Amalan-Amalan Yang Dianggap Sunnah Pada Bulan Rejab oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus


5) Waspadai Ghurur Wahai Pendakwah oleh Qomar ZA


6) Jadilah Ibu Bapa Prihatin oleh Nur Izwa Mohd Nasaruddin dari Madrasah al-Wahidah


7) Muhammad s.a.w. Sebagai Seorang Suami oleh Ulis Tofa


8) Kisah Umat Islam di Caribbean yang dilaporkan oleh Editor Majalah i, Ahmad Yani Abd Manaf


9) Era Zionis Kian Berakhir? oleh Prof. Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, Perunding Aman Palestine


10) Pelbagai Terapi Warisan Perubatan Islam oleh Ahmad Yani Abd Manaf, Editor Majalah i


11) Wawancara wartawan Majalah i, Azlin Mohd Hamin bersama Pengurus Saluran Astro Oasis, En. Izelan Basar bertajuk Astro Oasis Umpama Air Yang Menghapus Kedahagaan Di gurun Tandus.


Dan Banyak lagi


DAPATKAN SENASKAH DENGAN SEGERA SEBELUM KEHABISAN STOK

Selasa, 9 Jun 2009

MAJALAH i JUNE 2009


Assalaamu'alaikum

MAJALAH i bulan June 2009 mengfokuskan kepada 2 topik utama iaitu TANDA-TANDA KEMUNCULAN DAJAL dan KEPIMPINAN ULAMA & KERAJAAN PERPADUAN. Artikel tentang Tanda-Tanda Kemunculan Dajal, Dari Dajal Hingga Yakjuj Makjuj oleh Ust Zahazan, Berita Tentang Hari Kiamat oleh Ummu Ishaq telah disajikan untuk ruangan Topik Utama

Majalah i juga telah menempatkan satu wawancara khas dengan Presiden PAS, Tuan Guru D.S. Abdul Hadi Awang yang telah mengupas isu golongan ulamak vs golongan professional dalam PAS, konsep kerajaan perpaduan dan ikatan kerjasama dengan pakatan Rakyat

Antara artikel-artikel lain yang menarik adalah :

1) Perihal Kereta oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

2) Antara Dakwah & Hidayah oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

3) Kembara rohani penyayi kumpulan Melissa Mohd Radzi : Penyesalan Dari Seorang Bekas Penyanyi Rock

4) Memelihara Perlembagaan & Menjunjung Institusi Raja oleh Khairul Anwar Rahmat

5) Yusuf Islam : Temui Hidayah Selepas Lalui Pencarian Panjang oleh Ahmad Yani Abd Manaf

6) Memantapkan Strategi Dakwah di Eropah oleh Dr. Lena Larsen

7) Tradisi Ulama Memburu Ilmu

8) Syaitan Nampak & Syaitan Ghaib oleh Abu Umar

9) Mutiara Hadis : Terus Berdakwah Dengan Penuh Ghairah oleh Sholeh Munawir

Dan Banyak lagi


DAPATKAN SENASKAH DENGAN SEGERA SEBELUM KEHABISAN STOK

Khamis, 14 Mei 2009

MESTI BELI : Majalah i Bulan Mei 2009

Assalaamu'alaikum

MAJALAH i bulan May 2009 mengfokuskan kepada 2 topik utama MENJANA EKONOMI ISLAM MELALUI JIHAD BISNES & JADILAH PERIBADI AL-QUR'AN BERJALAN. Sehubungan dengan itu Majalah i telah menempatkan satu wawancara khas dengan seorang tokoh yang tel;ah mempopularkan slogan Jihad Ekonomi ini iaitu Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim, Pengerusi Johor Corporation. Untuk membentuk masyarakat Qur'ani 4 artikel telah dipaparkan dalam edidis bulan ini iaitu Jadilah al-Qur'an Berjalan oleh Hamim Thohari, Manusia-Manusia al-Qur'an oleh Hanif Hannan, Jalan Menghidupkan al-Qur'an oleh S Hasyim dan Kitab Tafsir al-Qur'an Sepanjang Zaman oleh Masykuri

Dalam edisi ini Majalah i telah melaporkan tentang Kembalinya Pengaruh Taliban di bumi Afghanistan yang dikatakan telah menguasai 72% negara tersebut.
Antara artikel-artikel lain yang menarik adalah :

1) Doa Kepada Para Pemimpin oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
2) Cinta Yang Hilang Menggugat Kekuatan Umat oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
3) Zikir Yang Berhajatkan Fikir oleh Hazrizal Abdul Jamil @ Saifulislam
4) Menjauihi Syirik Moden oleh S.Hasyim
5) 2 Artikel tentang begaimana mengukukah Tauhid dan Akidah dalam keluarga oleh Ainur Rofiq dan Hanif Hanan
6) Kisah Hidup Ustaz Zamri (pengacara rancangan Mari Mengaji yang mantop) dan isteri dalam ruangan Jendela Keluarga
7) Ajari Anak Untuk Berkongsi oleh Abu Ubaidah
8) Kupasan tentang hak-hak pekerja ketika diberhentikan majikan oleh Khairul Anwar Rahmat, Peguam Sivil dan Syariah.
Dan Banyak lagi
DAPATKAN SENASKAH DENGAN SEGERA SEBELUM KEHABISAN STOK

Khamis, 9 April 2009

MESTI BELI : MAJALAH i Bulan April 2009

Sila Click pada Image untuk membesarkan gambar

Assalaamu'alaikum

MAJALAH i bulan April mengfokuskan kepada topik utama BINA INSAN BENTUK MODEN iaitu berkaitan dengan sistem latihan yang diperkenalkan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian yang dikenali sebagai ESQ Way 165. ESQ Way 165 ini merupakan satu sistem latihan yang mampu membentuk budaya pengurusan yang effektif di dalam sesebuah organisasi. Di samping itu ESQ Way 165 juga dikatakan amat berkesan dalam membina peribadi berkualiti dalam seseorang individu.

Dalam edisi ini Majalah i telah menceritakan kisah pilu wanita-wanita Palestin yang terperangkap dalam kancah peperangan dengan rejim Zionis. Sebuah artikel juga telah dikhususkan untuk mengenali dengan lebih dekat pemimpin Hamas iaitu Khalid Misy'al
Di antara artikel-artikel lain yang menarik adalah :

1) Kembara Rohani seorang bekas paderi bernama Johanes sehingga menjadi seorang pendakwah Islam bernama Mohd Farhan Abdullah

2) Bank Islam : Boleh Beri Diskaun atau Tidak? oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

3) Meneguk Manisnya Iman oleh Abu Quthaibah

4) Tangkal & Azimat Mencemari Kemurnian Tauhid oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

5) Menjauhkan Duri Di Jalan oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

6) Wanita : Berkongsi Keprihatinan Masa depan oleh Prof. Madya Dr Harlina Siraj

7) Gelorakan Kasih Sayang Dalam Keluarga oleh Abu Ubaidah

8) Membina Generasi Pewaris (muda) Yang Bertakwa dan Mencintai Islam

9) CERPEN : Sebuah Perjuangan oleh Yussamir Yusof

Dan Banyak lagi


DAPATKAN SENASKAH DENGAN SEGERA SEBELUM KEHABISAN STOK

Khamis, 5 Mac 2009

Majalah i Bulan March 2009




MAJALAH i bulan March mengfokuskan kepada topik utama PRIHATIN UNTUK RAKYAT PALESTIN. Sehubungan itu pelbagai isu yang menarik tentang kesukaran untuk menyelesaikan isu Palestin, semangat yang bermusin terhadap isu Palestin, Pro dan Kontra disebalik kempen memboikot barangan yang ada kaitannya dengan rejim zionis. Di antara penulis yang menyumbang dalam isu Palestin ini adalah Am Ghazali, Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin dari JIM, Dato’ dr Ma’amor Osman dari PPIM, Mazlan bin Zainol dan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.

Di dalam edisi kali ini Majalah I juga telah mewawancara SS Dr. Juanda Jaya, Mufti Baru Kerajaan Negeri Perlis Darus Sunnah. Dr Juanda telah menceritakan wawasan dan visi beliau dan juga tentang gerakan Sunnah.

Antara artikel-artikel lain yang menarik adalah :

1) Zionis Dokongi Kemenangan Obama? Oleh Zainur Rashid bin Zainuddin (Perunding Aman Palestine)

2) Menjaga Ketulenan Sejarah Islam oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

3) Kisah Pengkhianatan & Kekejaman Yahudi oleh Abd Razak Muthalib

4) Isu Pinggan Mangkuk Tulang Haiwan oleh Mohd Khairil Anwar Abdul Latif @ Abu Syu’aib

Dan Banyak Lagi.


Dapatkan segera Majalah i bulan March sebelum kehabisan stok.

Rabu, 4 Februari 2009

MESTI BELI : MAJALAH i FEBRUARI 2009


Assalaamu'alaikum


MAJALAH i bulan Februari mengfokuskan kepada topik utama HAKIKAT SABAR. Justeru itu para penunulis dari pelbagai latarbelakang profession seperti Abu Quthaibah, Ustaz Fathul Bari Jahaya, Dr. Robiah K. Hamzah, Raja Mohd. Raja Ismail dan Mu'adz Dzulkefly telah mengupas topik SABAR ini dengan begitu menarik sekali menerusi pelbagai sudut.


Di samping itu 2 buah artikel berkaitan Qunut Nazilah untuk Palestin karangan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus dan Ustaz Abdul Razak Muthalib juga telah disiarkan dalam Majalah i edisi Februari ini


Antara artikel-artikel lain yang menarik adalah :


1) Hati-Hati Dengan SMS Pesanan Pemimpin Hizbullah oleh Ibnu Mustofa Dzul Riyhayn


2) Waktu-Waktu Mustajab Doa oleh Ismail bin Marsyud al-Rumaih


3) Zuhud Bukan Penghalang Kemajuan oleh Abu Ubaidah


4) Islamophobia dan Politik Umat Islam di UK oleh Yvonne Ridley


5) Kekuatan Di Sebalik Kritikan oleh Hafiz Firdaus Abdullah


Dapatkan senaskah sebelum kehabisan stok!