Sila Click pada Image untuk membesarkan gambar
Assalaamu'alaikum
MAJALAH i bulan April mengfokuskan kepada topik utama BINA INSAN BENTUK MODEN iaitu berkaitan dengan sistem latihan yang diperkenalkan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian yang dikenali sebagai ESQ Way 165. ESQ Way 165 ini merupakan satu sistem latihan yang mampu membentuk budaya pengurusan yang effektif di dalam sesebuah organisasi. Di samping itu ESQ Way 165 juga dikatakan amat berkesan dalam membina peribadi berkualiti dalam seseorang individu.
Dalam edisi ini Majalah i telah menceritakan kisah pilu wanita-wanita Palestin yang terperangkap dalam kancah peperangan dengan rejim Zionis. Sebuah artikel juga telah dikhususkan untuk mengenali dengan lebih dekat pemimpin Hamas iaitu Khalid Misy'al
Di antara artikel-artikel lain yang menarik adalah :
1) Kembara Rohani seorang bekas paderi bernama Johanes sehingga menjadi seorang pendakwah Islam bernama Mohd Farhan Abdullah
2) Bank Islam : Boleh Beri Diskaun atau Tidak? oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
3) Meneguk Manisnya Iman oleh Abu Quthaibah
4) Tangkal & Azimat Mencemari Kemurnian Tauhid oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
5) Menjauhkan Duri Di Jalan oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
6) Wanita : Berkongsi Keprihatinan Masa depan oleh Prof. Madya Dr Harlina Siraj
7) Gelorakan Kasih Sayang Dalam Keluarga oleh Abu Ubaidah
8) Membina Generasi Pewaris (muda) Yang Bertakwa dan Mencintai Islam
9) CERPEN : Sebuah Perjuangan oleh Yussamir Yusof
Dan Banyak lagi
DAPATKAN SENASKAH DENGAN SEGERA SEBELUM KEHABISAN STOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan