Selasa, 14 April 2009

BUKU BARU : Amalan Sunat Hari Jumaat & Surah al-Kahfi


Amalan Sunat Hari Jumaat & Surah al-Kahfi
Harga: RM4.50
Penulis: Mohd Fikri Che Hussain
Muka surat: 88
Penerbit: Jahabersa

Buku ini berjudul Amalan Sunat Hari Jumaat dan Surah al-Kahfi merupakan buku pertama penulis mengenai soal Fiqh Islam. Buku ini dibuat secara ringkas untuk memudahkan masyarakat umum mengetahui kepentingan hari Jumaat dan amalan yang digalakkan dilakukan pada malam dan siangnya.

Buku ini lebih bersifat santai bagi para pembaca dengan ditekankan beberapa buah hadis sebagai hujah bagi setiap perkara yang belum lagi diketahui oleh para pembaca untuk diamalkan. Beberapa tips biasa seperti kelebihan hari Jumaat, mereka yang tidak bersolat Jumaat tiga kali berturut-turut dsbgnya, tidak dinyatakan hadis sebagai hujahnya memandangkan perkara ini sudah biasa didengari dan disepakati oleh rakyata Malaysia dan nusantara.

Penekanan yang lain adalah beberapa amalan sunat yang digalakkan beserta hadis yang menyokongnya. Lalu penulis turut mengepilkan 5 buah surah yang disunatkan untuk kita membacanya pada hari Jumaat sama ada siang atau malamnya seperti surah al-Kahfi.

Surah lain pula seperti Surah al-Sajadah dan al-Insan yang dibaca pada solat Subuh pagi Jumaat. Manakala surah lain seperti Surah al-Jumu’ah dan al-Munafiqun digalakkanuntuk imam membacanya pada waktu solat Jumaat. Selain dua surah tersebut terdapat juga surah lain yang digalakkan imam membacanya pada waktu solat Jumaat iaitu surah al-A’la dan al-Ghasyiyah.

Tujuan lain penulis mengarang buku ini kerana ada pihak yang ‘bising’ bahawa bidaah membaca Surah Yaasin malam Jumaat. Disebalik kebisingan itu, tiada satu solusi yang boleh kita ambil untuk menghentikan pengamalannya di seluruh masjid nusantara ini. Lalu penulis terfikir untuk menggerakkan satu fenomena baru bagi memenuhkan ruangan masjid kita berlandaskan SUNNAH Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia dengan pengamalan surah al-Kahfi pada hari tersebut.

Sokongan segelintir pihak tidak akan merancakkan fenomena ini. Tetapi apabila mereka diterangkan terlebih dahulu aspek KECINTAAN kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan cuba mengikuti setiap petunjuknya. Maka usaha ini akan lebih berkesan dan mendatangkan manfaat bersama. Marilah kita bersama menukarkan pengamalan majlis membaca surah Yaasin di masjid dan surau kepada surah al-Kahfi, kerana hal ini lebih ‘hampir’ kepada sunnah berbanding Yaasin yang dianggap sunnah oleh majoriti masyarakat kita. Insya Allah!

Kandungannya

1- Mukadimah
2- Kelebihan dan Keistimewaan Hari Jumaat
3- Perkara Sunnah yang dilakukan pada hari Jumaat
4- Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan dalam solat Subuh Pagi Jumaat
5- Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan pada siang dan malam Jumaat
6- Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan imam membacanya semasa solat Jumaat (I)
7- Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan imam membacanya semasa solat Jumaat (II)

1 ulasan:

D'Rimba berkata...

Hebatnya saudara teruskan perjuangan martabatkan Islam sebagau teras utama dalam setiap hal di negara kita bukan barat sini sana seperti sekarang ini.....