Rabu, 28 Mei 2008

ULASAN BUKU PERSIAPAN MENGHADAPI KEMATIAN DI BERITA HARIAN 28HB MEI


Assalaamu'alaikum


Alhamdulillah pihak Berita Harian telah melakukan ulasan ke atas buku akob yang bertajuk "Persiapan Menghadapi Kematian". Akob bersyukur kerana buku ini diterima baik oleh ramai pihak. Jika dikenang saat akob menulis buku ini pasti akob teringat ketika itu akob baru sahaja menjalani pembedahan lutut kerana kecederaan ketika bermain Futsal. Disebabkan pembedahan itu akob cuti panjang selama 2 bulan setengah dan akob mengisi masa-masa terluang tersebut dengan menulis serta membaca buku-buku. Pada masa itu juga seorang sahabat lama akob menyarankan agar akob membuat satu buku yang dapat melembutkan hati para pembaca. Maka dari saranan tersebut terhasilah buku ini Semoga Allah membalas jasa sahabat akob itu dengan ganjaran pahala yang besar. Semoga kandungan buku ini dapat mendatangkan manfaat yang besar bagi semua pihak yang membacanya.


Sekian Wassalaam


Taat seruan agama persiapan hadapi kematian
Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus
Penerbit: Karya Bestari Sdn Bhd
Pengulas: Jami'ah Shukri

Untuk membeli secara online sila ke :

http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=811

KEMATIAN adalah perkara yang pasti, tanpa mengenal bangsa, kedudukan dan kekayaan, cuma ajal maut itu tidak diketahui bila waktunya hanya tuhan maha mengetahui dan ia berlaku dengan pelbagai cara sama ada disebabkan menghadapi sesuatu penyakit, kemalangan atau kematian mengejut.

Tiada siapa boleh melarikan diri daripada menghadapi kematian dan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mempercepat atau menangguhkan.

Setiap manusia perlu sentiasa bersiap sedia terutama dari segi amalan supaya kematian disambut dalam keadaan yang bebas daripada sebarang dosa. Manusia yang tenggelam dalam kemewahan duniawi, dikuasai hawa nafsu dan maksiat, mungkin tidak begitu memikirkan mengenai kematian.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sentiasa mengingati kematian, akan lebih berwaspada menghadapi liku kehidupan dan berusaha menurut perintah Allah serta meninggalkan segala larangannya.

Di dalam buku ini, penulis melakarkan cara terbaik untuk mengingati kematian antaranya, perlu menziarahi kubur kerana ia dapat membantu kita mengingatkan mengenai nasib yang sama menghadapi kematian, menziarahi orang sakit serta menghadiri majlis pengkebumian.

Mengingati kematian hanya sekadar meyakinkan ajal pasti tiba dan perlu mempersiapkan diri menghadapinya, selain menimbulkan ketenangan jiwa dengan kesulitan. Ini sekali gus memberi kesedaran kesenangan berbentuk duniawi tidak kekal. Hanya kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Ini dapat menggerakkan jiwanya untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia demi mencapai kebahagiaan di akhirat.

Rasulullah mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling bijaksana.

Bagi menghadapi kematian itu, seseorang itu perlu bertaubat kerana kehidupan kita tidak sunyi daripada melakukan perkara yang menyalahi syariat Islam terutama kalangan mereka yang hanyut dengan perbuatan maksiat. Keinginan bertaubat hanya akan terdetik apabila timbul kesedaran perbuatan itu salah, boleh menghancurkan hidup, meragut kebahagiaan di akhirat, membunuh jiwa serta punca regang hubungan dengan Allah.

Namun, bertaubat akan mudah dilakukan dengan menyedari kesalahan dilakukan dan berazam untuk memperbaiki serta menjauhi perbuatan yang melanggar syariat. Bagaimanapun, bagi memastikan taubat itu diterima, sewajarnya, mereka menghentikan segala maksiat, menyesal atas perbuatan dilakukan dan berazam bersungguh tidak mengulangi.

Apa yang pasti, amalan bertaubat itu akan dapat menyucikan diri daripada dosa dan Allah mengasihi mereka, sikap segera bertaubat adalah ciri-ciri orang orang berjaya, dapat menghindarkan diri menerima azab pedih di dunia dan akhirat dan akan bebas dari sifat golongan orang yang zalim.

3 ulasan:

khairul berkata...

Dah ada di mana? Pustaka Mukmin ada tak? Nak beli terus dari enta boleh?

Mohd Yaakub Mohd Yunus berkata...

Assalaamu'alaikum

Buku ni kat tangan ana dah habis stok.

Buku ni memang ada di Pustaka Mukmin di Jalan TAR.

Ataupun boleh di order secara online di laman web alaf21/karya bestari http://alaf21.com.my/page22.htm

Sekian Wassalaam

Adros berkata...

Salam Yaa Syeikh Akob,
Pertama kali menjengok ke blog tuan. Moga bertamabh barokah!

Adros