Khamis, 12 November 2009

MAJALAH i NOVEMBER 2009

RINGKASAN KANDUNGAN

1. Cerita muka depan - TRAGEDI GEMPA BUMI DI PADANG. Ikuti cerita benar dan langsung dari Padang melalui laporan 11 muka dari editor Majalah i sendiri, Ahmad Yani yang telah mengikuti lawatan Karangkraf ke sana baru-baru ini. Beliau berkongsi banyak kisah dari Padang yang disaksikan sendiri.
2. Tinjauan Khas meninjau pilihanraya di Iran baru-baru ini dan rahsia kemenangan Ahmadinejad.
3. Tajdid Minda - Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikasihi kembali menulis untuk i (insyaAllah) dengan artikel bertajuk Di sebalik Cinta dan Tawakal.
4. Usahawan Islam - Kisah Ustaz Khairuddin At-takiri dengan 10 jenis perniagaan yang beliau jalankan. Terkenal dengan jenama makanan kesihatan, Jus D'Hatiku.
5. Segmen Islam dan Sains - Kenali Laksamana Cheng Ho, sida-sida muslim terkenal yang terlebih dahulu merintis laluan bersejarah di laut luas daripada Christopher Columbus.
- Muhammad Abdus Salam - Ahli fizik muslim penerima Hadiah Nobel.
6. Segmen Jendela Keluarga - Ikuti kisah pasangan jutawan yang juga pengasas empayar DCL, Datuk Stapa dan Datuk Azlina.
- Penulis kegemaran ramai, Ust Hasrizal Abdul Jamil menulis tentang anak-anakk yang confuse bahasa.
- Kolumnis Undang-undang, Khairul Anwar membincangkan tentang bolehkah wanita dilantik sebagai hakim syarie.
7. Segmen Dunia Islam - Derita Muslim Myanmar yang terpaksa bersembunyi di sebalik identiti penganut Buddha.
- Travelog Iman menyingkap jejak Islam di bumi Korea dan persona musim bunga di sana.
8. Segmen Pelita Ilmu - Siapakah ahlulsunnah?
- Ustaz Effendi menulis Rasm Uthmani dalam Mushaf al-Quran.
9. Antara Puasa Qadha Ramadan dan Puasa Syawal oleh Dr. Zakaria Awang Soh.
10. Protaz - Artikel terakhir mantan wartawan i, Mohd. Helmi yang telah menemuramah Dr. Abdul Rashid Moten, profesor Sains Politik dari UIAM.
11. Mohd. Yaakub tampil dengan penulisan terkini, Riak: Penyebab Amalan tidak Diterima Allah.
12. Personaliti saudara baru, Pengurus Maybank cawangan Kuantan iaitu Hj Ahmad Izzudin Chong yang merupakan orang kuat Macma cawangan Kuantan.
13. Hafiz Firdaus telah 'menempah' dua kolum secara bersebelahan, ruangan cerpen yang bertajuk "Cerpen" dan ruangan kegemaran ramai, Catatan 40,000 kaki dengan perbincangan Buku oh Buku!

Tiada ulasan: