Ini merupakan artikel akob yang pertama tersiar di Majalah i.
Akob sememangnya pelanggan tetap Majalah i, namun apabila melihat artikel sendiri terpampang di majalah kegemaran akob, ia membangkitkan perasaan yang istimewa yang sukar hendak digambarkan.
Terima Kasih En Ahmad Yani & team Majalah i.
Untuk Membesarkan Paparan Sila KLIK Pada Imej-Imej Di Bawah
4 ulasan:
Salam. Saya sedang mencari2 ulasan tentang hadith dhaif dan tertemu blog. Saya baru berada di saudi selama setahun dan melihat cara solat lelaki n perempuan di sini. Saya dapati tiada beza cara solat antara lelaki dan perempuan di sini. Pagi tadi utk kali ke-2nya jiran saya memberitahu tiada beza antara cara solat lelaki n perempuan yang dipelajarinya dari seorang ustaz usuluddin. Saya juga cuba mencari buku2 disini tentang cara solat wanita namun tidak diketemui sepertimana di M'sia. Buku disini cuma mengajar satu cara solat berdasarkan hadith sahih, 'Maksudnya: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat Aku sembahyang". Manakala hadith2 lain berkaitan cara solat perempuan adalah hadis yang dhaif. Ini jugalah hujah yang diberikan oleh jiran saya.
Setelah begitu lama diajar sejak dari zaman sekolah lagi cara solat perempuan berbeza dgn lelaki, sekiranya tiada perbezaan antara cara solat lelaki dan perempuan, kenapa masih berleluasa ditekankan solat yang berbeza di M'sia? Saya berpendapat ianya perlu dibetulkan semenjak dari kita diajar solat kali pertama supaya apabila sudah berusia seperti saya menyebabkan saya tertanya2 adakah solat saya betul selama ini sedangkan solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Yang Kuasa di akhirat kelak. Wasalam.
Assalamu'alaikum,
Maaf tuan, saya agak keliru dengan tulisan tuan berhubung air mustakmal ini.. adakah tuan bermaksud air mustakmal itu boleh digunakan untuk berwuduk?
Jika itu yang tuan maksudkan, adakah bermakna segala pegangan majoriti umat Islam di Malaysia yang didik sejak sekolah rendah berkenaan tidak sah wuduk dengan penggunaan air mustakmal adalah salah?
Saya bukanlah seorang yang arif dalam persoalan thaharah ini.. namun persoalannya, adakah ahli agama dahulu tersilap memberi hukum atau guano? pohon ulasan tuan..
W'alaikumussalaam Warahmatullah,
Ya, jika mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w., amalan para sahabat dan juga ajaran Imam al-Syafi'i rahimahullah ta'ala maka air yang didefinisikan sebagai mustakmal oleh orang ramai sekarang ini memang suci lagi menyucikan selagi tidak bertukar warna, bau dan rasa.
Sekian Wassalaam
Assalaamu'alaikum
Ya memang yg lebih tepat tiada perbezaan dalam tatacara solat lelaki dan wanita.
Ini telah saya bahaskan dalam satu bab khas menerusi buku saya BEBERAPA PERSOALAN LAZIM TENTANG SOLAT.
Sekian Wassalaam
Catat Ulasan