Rabu, 10 September 2008

YANG MENARIK DALAM MAJALAH i BULAN SEPTEMBER 2008

MAJALAH i bulan September mengfokuskan kepada dua topik utama iaitu SEMARAK RAMADAN dan PERMUDAHKAN DAN GEMBIRAKAN ORANG PELUK ISLAM.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, pihak Majalah i telah menerbitkan lima buat artikel bertajuk KEUTAMAAN IBADAH PUASA, KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAN, AMALAN-AMALAN SUNNAH PADA BULAN RAMADAN, BERBUKA PUASA MENGIKUT SUNNAH dan BERSAHUR CARA RASULULLAH yang telah ditulis oleh pengarang buku "Menyambut Ramadan dan Aidilfitri Menurut Sunnah Rasulullah SAW" iaitu Suadara MOHD YAAKUB BIN MOHD YUNUS.

Untuk mengupas isu bagaimana ingin menarik perhatian non Muslim untuk memeluk Islam pihak majalah i telah menyiarkan artikel HAFIZ FIRDAUS ABDULLAH serta telah menemuramah BILLI P.S. LIM (Penulis buku DARE TO FAIL), Ustaz MOHD FARID RAVI ABDULLAH, ANN WAN SENG, Dato' Haji MUSTAPHA MA (Presiden MACMA) dan LIM JOOI SOON. Antara kritikan yang telah diberikan oleh Mr Billi Lim terhadap peranan Orang Melayu dalam berdakwah kepada non Muslim adalah : "Saya hairan kenapa orang Islam tidak mengikuti sepenuhnya ajaran al-Qur'an. Mereka tidak memberitahu (kepada non Muslim) apa yang terkandung di dalam kitab suci mereka.". Disamping itu Lim Jooi Soon telah mengupas kenapa penting bagi Orang Cina untuk mengekalkan nama asal mereka walaupu telah memeluk Islam. Isu tentang masuk Islam bukan masuk Melayu juga telah diperjelaskan oleh Preseden MACMA.

S.S. Mufti Perlis juga telah menyumbangkan sebuah artikel yang pedas bertajuk JANGAN MUDAH MENUDUH ORANG WAHHABI!. Masih terdapat banyak lagi bahan-bahan yang menarik dalam majalah i bulan September 2008.

Dapatkan senaskah sebelum kehabisan stok!

Tiada ulasan: