Khamis, 30 Julai 2009

BUKU MESTI BELI SEMPENA BULAN RAMADAN & SYAWAL


Assalaamu'alaikum

Kita sedang menuju ke pertengahan bulan Sya'baan. Ini merupakan indikator bahawa bulan Ramadan semakin hampir menjelma. Maka jualan buku berkisar tentang Puasa dan Ramadan pasti akan ada peningkatan. Namun sekiranya kita perhatikan buku-buku di pasaran, maka kita akan melihat hampir kesemua buku-buku tersebut hanya membicarakan tentang bulan Ramadan dan ibadah puasa. Agak sukar untuk kita mendapatkan sebuah buku yang turut membicarakan tentang tatacara menyambut Hari Raya Aidilfitri menurut sunnah Nabi s.a.w.

Justeru itu saya melihat ada keperluan untuk mengarang sebuah buku yang menggabungkan sunnah-sunnah Nabi dalam menyambut kedatangan bulan Ramadahan dan Hari Raya. Buku ini saya karang dengan cara bahasa yang mudah difahami dan ringkas tapi padat dengan dalil-dalil dari al-Qur'an dan al-Sunnah serta pandangan-pandangan para ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai panduan untuk umat Islam mengharungi bulan Ramadan yang penuh berkat ini dan sambutan sempena Aidilfitri.

Oleh itu pastikan anda semua mendapatkan senaskah buku ini yang boleh didapati di mana-mana kedai buku agama yang menjual buku-buku terbitan KARYA BESTARI/ALAF21 atau anda juga boleh membuat belian secara terus dari pihak KARANGKRAF melalui pelbagai cara seperti butiran yang terdapat di alamat:

http://www.alaf21.com.my/langganan/langgan.htm
Sekian Wassalaam
*************************************

TAJUK BUKU : Menyambut Ramadan Dan Aidilfitri Menurut Sunnah Rasulullah SAW
PENULIS : Mohd Yaakub Mohd Yunus
PENERBIT : Karya Bestari
HARGA : RM 7.00
Halaman : 208
Untuk dibeli secara online sila ke: http://www.alaf21.com.my/page22.htm
Setiap tahun umat Islam di seluruh negara akan membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, terutama pada saatmenyambut kedatangan Aidilfitri. Tidak hairanlah sebahagian mereka sanggup mengeluarkan kos perbelanjaaan yang besar semata-matamenyambut kedatangan kedua-dua bulan ini. Seluruh umat Islam mengetahui bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya berbelanja, bersukaria atau menyambut perayaan dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Tetapi, ALLAH telah menggariskan beberapa panduan dan contohterbaik bagi hamba-hamba-NYA ketika menyambut bulan yang mulia ini agar tidak melampaui batas dan berlaku kemungkaran.

Alhamdulillah... buku ini cuba merungkaikan secara ringkas beberapa panduan dan amalan yang menjadi kebiasaan Nabi s.a.w dan para sahabatmelakukan ketika menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak dan menyambut Aidilfitri.

Semoga buku ini memberi manfaat kepada seluruh pembaca yang budiman untuk meneladani sunnah Rasulul lah s.a.w dan menjauhilarangannya. Mudah-mudahan amalan yang menepati perintah ALLAH dan Rasul-NYA diterima oleh-NYA.

Tiada ulasan: