Rabu, 30 September 2009

Berita Harian 28/09/09 : Jahil agama punca mudah terjebak amalan syirik


Jahil agama punca mudah terjebak amalan syirik
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Rasulullah sendiri memperingatkan umat jangan keterlaluan menyanjungi serta memujinya KEGIATAN kaki judi menjadikan kubur lama yang dianggap keramat dan ber-kuasa untuk menunaikan segala permintaan termasuk untuk mendapatkan nombor ekor, malah terdapat juga pihak tertentu menjadikan kubur sebagai tempat memohon disembuhkan penyakit. Sering kali kubur orang soleh seperti Nabi, sahabat Rasulullah SAW, ulama dan wali dianggap memiliki keramat akan dikunjungi masyarakat Islam bertujuan untuk beribadah dan dijadikan perantaraan bagi membuat permohonan tertentu kepada Allah. Ada di antara kubur berkenaan dihiasi binaan indah, diterangi lampu bahkan ada juga sehingga didirikan masjid di atasnya.

Sikap berlebihan dalam mengagungkan orang soleh sebegini menjadi asal munculnya amalan syirik yang terburuk di atas muka bumi ini iaitu penyembahan berhala. Firman Allah, "Dan mereka berkata jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan kamu dan jangan pula kamu tinggalkan Wadd, dan jangan pula Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr." (Nuh: 23).

Menurut Ibnu Abbas r.a, Wadd, Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr adalah orang soleh daripada kalangan kaum Nabi Nuh. Apabila mereka meninggal dunia maka syaitan membisikkan ke telinga kaum itu agar membuat patung menyerupai mereka agar dapat mereka mengenang segala amalan soleh serta jasa orang soleh berkenaan. Patung itu turut dijadikan perangsang bagi mereka untuk mencontohi perbuatan orang soleh. Patung berkenaan pada peringkat awalnya tidak disembah oleh kaum itu. Namun masa berlalu dan generasi awal kaum ini meninggal dunia, generasi baru yang menggantikannya banyak melupakan ajaran agama sebenar. Syaitan sekali lagi memainkan peranan untuk menyesatkan umat manusia dengan membisikkan kepada mereka bahawa generasi sebelum mereka itu menyembah patung berkenaan untuk mendekat diri mereka kepada Allah.

Disebabkan kejahilan mereka terhadap ajaran agama maka bermulalah amalan menyembah patung orang soleh itu atas dasar mengagungkan dan kecintaan terhadap mereka serta ia dijadikan sebagai objek perantaraan untuk memohon doa serta syafaat. Al-Laata yang juga antara berhala terbesar pada zaman jahiliah di Makkah juga nama seorang yang masa hidupnya gemar memberi makanan kepada jemaah haji yang mengunjungi Kaabah.

Sehubungan itu, Rasulullah SAW sentiasa memperingatkan kepada umat manusia agar jangan berlebihan dalam menyanjungi serta memuji dirinya. Mengagungkan Rasulullah hanya akan tercapai dengan melaksanakan segala perintah dan larangannya seperti termaktub di dalam al-Quran serta sunnahnya. Baginda amat khuatir sekiranya umat Islam terjerumus melakukan kesilapan seperti umat lalu yang berlebihan dalam mengagungkan orang soleh sehingga melakukan perbuatan syirik. Ketika hayatnya baginda berkali-kali memperingatkan sahabat agar menghindari sikap melampaui batas golongan Yahudi dan Nasrani yang membangunkan tempat ibadah di atas kuburan orang soleh mereka. Amaran ini diulangi lagi ketika baginda sedang uzur bahkan menurut Aishah r.a. ketika baginda hampir wafat Rasulullah masih sempat bersabda: "Semoga laknat Allah ditimpakan kepada orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kuburan Nabi-Nabi mereka sebagai tempat ibadah (masjid)." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

Beginilah peringatan yang begitu keras daripada Rasulullah kepada umatnya agar tidak didirikan masjid di atas kuburan orang soleh dan jangan menjadikan kuburan mereka sebagai tempat beribadah seperti solat, tawaf, membaca al-Quran, menyembelih haiwan korban, memohon doa serta pertolongan.

Solat menghadap kuburan adalah diharamkan sebagaimana sabdanya: "Jangan kamu solat menghadap kubur dan jangan duduk di atas kubur." (Hadis riwayat Imam Muslim) Baginda juga pernah bersabda: "Janganlah kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan, kerana sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surat al-Baqarah." (Hadis riwayat Imam Muslim). Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa dilarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibaca al-Quran. Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa kawasan perkuburan bukanlah tempat untuk beribadah seperti membaca al-Quran sebagaimana di rumah. Majoriti ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi'i, Imam Ahmad dan imam lain melarang membaca al-Quran di kawasan perkuburan. Sebagai contoh Imam Abu Dawud berkata dalam kitab Masaa'il Imam Ahmad: "Aku mendengar Imam Ahmad ketika beliau ditanya mengenai membaca al-Quran di pemakaman? Beliau menjawab: "Tidak boleh". Menurut Ibnu Taimiyah di dalam Iqtidhaa' Shirathal Mustaqim: "Daripada al-Syafie sendiri tidak terdapat perkataan mengenai masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahawa (baca al-Quran di perkuburan) menurut beliau adalah bidaah. Imam Malik berkata: "Tidak aku dapati seorang pun daripada sahabat dan tabi'in yang melakukan hal itu."

Tindakan sesetengah pihak yang sanggup melakukan perjalanan yang jauh semata-mata untuk mengunjungi kuburan orang soleh dengan tujuan untuk beribadah dan mencari keberkatan sebenarnya bertentangan dengan syarak. Baginda bersabda: "Tidak boleh dipersiapkan perjalanan jauh (bertujuan untuk ibadah) kecuali kepada tiga masjid; Masjidilharam (di Makkah), Masjid Rasulullah (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin). (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Rasulullah juga mengharamkan kuburan ditinggikan atau dibangunkan binaan seperti kubah di atasnya seperti yang sering dilakukan terhadap kuburan orang yang dianggap soleh serta memiliki kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat. Ali r.a pernah berkata: "Mahukah kamu saya utuskan suatu tugas yang dulu pernah Nabi mengutuskan untukku tugas itu? Iaitu janganlah kamu biarkan satu patung kecuali sudah kamu hancurkan dan jangan pula ada kuburan yang tinggi melainkan kamu ratakan." (Hadis riwayat Muslim).

Bahkan dalam rangka untuk menutup segala ruang syirik yang mungkin timbul di kawasan perkuburan, Rasulullah s.a.w. mengharamkan sesuatu kuburan itu dari dikapurkan atau disimen sekelilingnya. Jabir r.a. berkata: "Rasulullah SAW melarang menyimen kuburan dan duduk di atasnya serta mendirikan bangunan di atasnya." (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah juga melarang menambah tanah selain daripada tanah kuburan tersebut dan membenarkan meletak batu yang tingginya tidak lebih daripada sejeng-kal sebagai tanda bahawa ia adalah sebuah kubur agar ia tidak dipijak atau dihina.

Mungkin pandangan di atas ini dilihat sebagai melawan arus amalan kebiasaan masyarakat umat Islam di Malaysia. Namun ketahuilah bahawa ia adalah daripada mazhab sebenar Imam al-Syafie. Menurut Imam al-Syafie di dalam al-Umm: "Saya menyukai agar kuburan tidak dibangunkan dan tidak pula dikapurkan kerana perkara ini menyerupai hiasan dan kebanggaan sedangkan kuburan bukanlah perhiasan atau bangunan yang dibanggakan; dan saya tidak melihat kuburan golongan Muhajirin dan Ansar (iaitu sahabat Nabi) yang dikapur." Imam al-Nawawi r.h pula di dalam kitab Majmu' menyatakan: "Imam al-Syafie dan sahabatnya mengatakan bahawa termasuk hal yang dibenci adalah menembok kuburan, menuliskan nama si mati atau yang lainnya dan juga membangunkan binaan di atasnya. Ini tiada perbezaan pendapat di kalangan kita. Dengan mazhab (pendapat) ini pula Malik, Ahmad, Daud dan majoriti ulama berfatwa."

Jumaat, 25 September 2009

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin

Biografi Syaikh Muhammad Bin Shalih Al-Utsaimin
Oleh: Al Ustadz Ahmad Hamdani



Nasab Silsilah Beliau

Beliau bernama Abdillah Muhammad Bin Shalih Bin Muhammad Bin Utsaimin Al-Wahib At-Tamimi. Dilahirkan di kota Unaizah tanggal 27 Ramadhan 1347 Hijriyah.


Pertumbuhan Beliau
Beliau belajar membaca Al-Qur’an kepada kakeknya dari ibunya yaitu Abdurrahman Bin Sulaiman Ali Damigh Rahimahullah, hingga beliau hafal. Sesudah itu beliau mulai mencari ilmu dan belajar khat (ilmu tulis menulis), ilmu hitung dan beberapa bidang ilmu sastra.

Syaikh Abdurrahman As-Sa’di Rahimahullah menugaskan kepada 2 orang muridnya untuk mengajar murid-muridnya yang kecil. Dua murid tersebut adalah Syaikh Ali Ash-Shalihin dan Syaikh Muhammad Bin Abdil Aziz Al-Muthawwi’ Rahimahullah. Kepada yang terakhir ini beliau (syaikh Utsaimin) mempelajari kitab Mukhtasar Al Aqidah Al Wasithiyah dan Minhaju Salikin fil Fiqh karya Syaikh Abdurrahman As-Sa’di dan Al- Ajurrumiyah serta Alfiyyah.

Disamping itu, beliau belajar ilmu faraidh (waris) dan fiqh kepada Syaikh Abdurrahman Bin Ali Bin ‘Audan. Sedangkan kepada syaikh (guru) utama beliau yang pertama yaitu Syaikh Abdurrahman Bin Nashir As-Sa’di, beliau sempat mengkaji masalah tauhid, tafsir, hadits, fiqh, ustsul fiqh, faraidh, musthalahul hadits, nahwu dan sharaf.

Beliau mempunyai kedudukan penting di sisinya Syaikhnya Rahimahullah. Ketika ayah beliau pindah ke Riyadh, di usia pertumbuhan beliau, beliau ingin ikut bersama ayahnya. Oleh karena itu Syaikh Abdurrahman As-Sa’di mengirim surat kepada beliau: “Hal ini tidak mungkin, kami menginginkan Muhammad tetap tinggal di sini agar dapat bisa mengambil faidah (ilmu).”

Beliau (Syaikh Utsaimin) berkata, “Sesungguhnya aku merasa terkesan dengan beliau (Syaikh Abdurrahman Rahimahullah) dalam banyak cara beliau mengajar, menjelaskan ilmu, dan pendekatan kepada para pelajar dengan contoh-contoh serta makna-makna. Demikian pula aku terkesan dengan akhlak beliau yang agung dan utama sesuai dengan kadar ilmu dan ibadahnya. Beliau senang bercanda dengan anak-anak kecil dan bersikap ramah kepada orang-orang besar. Beliau adalah orang yang paling baik akhlaknya yang pernah aku lihat.”

Beliau belajar kepada Syaikh Abdul Aziz Bin Baaz -sebagai syaikh utama kedua bagi beliau- kitab Shahih Bukhari dan sebagian risalah-risalah Syaikh Islam Ibnu Taimiyyah serta beberapa kitab-kitab fiqh.

Beliau berkata, “Aku terkesan terhadap syaikh Abdul Aziz Bin Baz Hafidhahullah karena perhatian beliau terhadap hadits dansaya juga terkesan dengan akhlak beliau karena sikap terbuka beliau dengan manusia.”

Pada tahun 1371 H, beliau duduk untuk mengajar di masjid Jami’. Ketika dibukanya ma’had-ma’had al ilmiyyah di Riyadh, beliau mendaftarkan diri di sana pada tahun 1372 H. Berkata Syaikh Utsaimin Hafidhahullah, “Saya masuk di lembaga pendidikan tersebut untuk tahun kedua seterlah berkonsultasi dengan Syaikh Ali Ash-Shalihin dan sesudah meminta ijin kepada Syaikh Abdurrahman As-Sa’di Rahimahullah. Ketika itu ma’had al ilmiyyah dibagi menjadi 2 bagian, umum dan khusus. Saya berada pada bidang yang khusus. Pada waktu itu bagi mereka yang ingin “meloncat” – demikian kata mereka- ia dapat mempelajari tingkat berikutnya pada masa libur dan kemudian diujikan pada awal tahun ajaran kedua. Maka jika ia lulus, ia dapat naik ke pelajaran tingkat lebih tinggi setelah itu. Dengan cara ini saya dapat meringkas waktu.”
Sesudah 2 tahun, beliau lulus dan diangkat menjadi guru di ma’had Unaizah Al ‘Ilmi sambil meneruskan studi beliau secara intishab (Semacam Universitas Terbuka -red) pada fakultas syari’ah serta terus menuntut ilmu dengan bimbingan Syaikh Abdurrahman Bin Nashir As-Sa’di.

Ketika Syaikh Abdurrahman Bin Nashir As-Sa’di wafat, beliau menggantikan sebagai imam masjid jami’ di Unaizah dan mengajar di perpustakaan nasional Unaizah disamping tetap mengajar di ma’had Al Ilmi. Kemudian beliau pindah mengajar di fakultas syari’ah dan ushuludin cabang universitas Al Imam Muhammad Bin Su’ud Al Islamiyah di Qasim. Beliau juga termasuk anggota Haiatul Kibarul Ulama di Kerajaan Arab Saudi. Syaikh Hafidhahullah mempunyai banyak kegiatan dakwah kepada Allah serta memberikan pengarahan kepada para Da’i di setiap tempat. Jasa beliau sangat besar dalam masalah ini.

Perlu diketahui pula bahwa Syaikh Muhammad Bin Ibrahim Rahimahullah telah menawarkan bahkan meminta berulang kali kepada syaikh Utsaimin untuk menduduki jabatan Qadhi (hakim), bahkan telah mengeluarkan surat pengangkatan sebagai ketua pengadilan agama di Al Ihsa, namun beliau menolak secara halus. Setelah dilakukan pendekatan pribadi, Syaikh Muhammad Bin Ibrahim pun mengabulkannya untuk menarik dirinya (Syaikh Utsaimin -red) dari jabatan tersebut.


Karya-karya Beliau
Buku-buku yag telah ditulis oleh Syaikh Utsaimin diantaranya adalah sebagai berikut:
1. Talkhis Al Hamawiyah, selesai pada tanggal 8 Dzulhijah 1380 H.


2. Tafsir Ayat Al Ahkam (belum selesai).


3. Syarh Umdatul Ahkam (belum selesai).


4. Musthalah Hadits.


5. Al Ushul min Ilmil Ushul.


6. Risalah fil Wudhu wal Ghusl wash Shalah.


7. Risalah fil Kufri Tarikis Shalah.


8. Majalisu Ar Ramadhan.


9. Al Udhiyah wa Az Zakah.


10. Al Manhaj li Muridil Hajj wal Umrah.


11. Tashil Al Faraidh.


12. Syarh Lum’atul I’tiqad.


13. Syarh Al Aqidah Al Wasithiyah.


14. Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.


15. Al Qowaidul Mustla fi Siftillah wa Asma’ihil Husna.


16. Risalah fi Annath Thalaq Ats Tsalats Wahidah Walau Bikalimatin (belum dicetak).


17. Takhrij Ahadits Ar Raudh Al Murbi’ (belum dicetak).


18. Risalah Al Hijab.


19. Risalah fi Ash Shalah wa Ath Thaharah li Ahlil A’dzar.


20. Risalah fi Mawaqit Ash Shalah.


21. Risalah fi Sujud As Sahwi


22. Risalah fi Aqsamil Mudayanah.


23. Risalah fi Wujubi Zakatil Huliyyi.


24. Risalah fi Ahkamil Mayyit wa Ghuslihi (belum dicetak).


25. Tafsir Ayatil Kursi.


26. Nailul Arab min Qawaid Ibnu Rajab (belum dicetak).


27. Ushul wa Qowa’id Nudhima ‘Alal Bahr Ar Rajaz (belum dicetak).


28. Ad Diya’ Allami’ Minal Hithab Al Jawami’.


29. Al Fatawaa An Nisaa’iyyah


30. Zad Ad Da’iyah ilallah Azza wa Jalla.


31. Fatawa Al Hajj.


32. Al Majmu Al Kabir Min Al Fatawa.


33. Huquq Da’at Ilaihal Fithrah wa Qarraratha Asy Syar’iyah.


34. Al Khilaf Bainal Ulama, Asbabuhu wa Muaqifuna Minhu.


35. Min Musykilat Asy Sayabab.


36. Risalah fil Al Mash ‘alal Khuffain.


37. Risalah fi Qashri Ash Shalah lil Mubtaisin.


38. Ushul At Tafsir.


39. Risalah Fi Ad Dima’ Ath Tabiiyah.


40. As’illah Muhimmah.


41. Al Ibtida’ fi Kamali Asy Syar’i wa Khtharil Ibtida’.


42. Izalat As Sitar ‘Anil Jawab Al Mukhtar li Hidayatil Muhtar.


Dan masih banyak karya-karya beliau hafidahullah ta’ala yang lain. Wallahu ‘alam.

Sumber: SALAFY Edisi XIII/Sya’ban-Ramadhan/1417/1997Judul Asli: “Tokoh Ahlus Sunnah dari Unaizah”


Meninggal Dunia (keterangan tambahan)

Sekarang beliau telah meninggal dunia. Beliau meninggal pada hari Rabu 15 Syawal 1421 Hijriyah bertepatan dengan 10 Januari 2001 dalam usia yang ke 74. Semoga Allah merahmati beliau dan memberikan balasan yang setimpal kepada beliau atas jasa-jasa beliau kepada Islam dan Muslimin.

Sumber keterangan tambahan dinukil dari catatan kaki kitab Syarah Tsalasatil Ushuledisi Indonesia “Penjelasan 3 Landasan Pokok yang Wajib Diketahui Setiap Muslim”Penerbit Maktabah Al Ghuroba.
Disalin dari: http://ghuroba.blogsome.com/2007/06/17/syaikh-muhammad-bin-shalih-al-utsaimin/

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Bin Baz

Biografi Syaikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz
Penulis: Al Ustadz Ahmad Hamdani Ibnu Muslim



Syaikh Bin Baz, menurut Syaikh Muqbil Bin Hadi Al Wadi’i, adalah seorang tokoh ahli fiqih yang diperhitungkan di jaman kiwari ini, sebagaimana Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani juga seorang ulama ahlul hadits yang handal masa kini. Untuk mengenal lebih dekat siapa beliau, mari kita simak penuturan beliau mengungkapkan data pribadinya berikut ini.

Syaikh mengatakan, “Nama lengkap saya adalah Abdul ‘Aziz Bin Abdillah Bin Muhammad Bin Abdillah Ali (keluarga) Baz. Saya dilahirkan di kota Riyadh pada bulan Dzulhijah 1330 H. Dulu ketika saya baru memulai belajar agama, saya masih bisa melihat dengan baik. Namun qodarullah pada tahun 1346 H, mata saya terkena infeksi yang membuat rabun. Kemudian lama-kelamaan karena tidak sembuh-sembuh mata saya tidak dapat melihat sama sekali. Musibah ini terjadi pada tahun 1350 Hijriyah. Pada saat itulah saya menjadi seorang tuna netra. Saya ucapkan alhamdulillah atas musibah yang menimpa diri saya ini. Saya memohon kepada-Nya semoga Dia berkenan menganugerahkan bashirah (mata hati) kepada saya di dunia ini dan di akhirat serta balasan yang baik di akhirat seperti yang dijanjikan oleh-Nya melalui nabi Muhammad Sholallahu ‘Alaihi Wasallam atas musibah ini. Saya juga memohon kepadanya keselamatan di dunia dan akhirat.

Mencari ilmu telah saya tempuh semenjak masa anak-anak. Saya hafal Al Qur’anul Karim sebelum mencapai usia baligh. Hafalan itu diujikan di hadapan Syaikh Abdullah Bin Furaij. Setelah itu saya mempelajari ilmu-ilmu syariat dan bahasa Arab melalui bimbingan ulama-ulama kota kelahiran saya sendiri. Para guru yang sempat saya ambil ilmunya adalah:

1. Syaikh Muhammad Bin Abdil Lathif Bin Abdirrahman Bin Hasan Bin Asy Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab, seorang hakim di kota Riyadh.

2. Syaikh Hamid Bin Faris, seorang pejabat wakil urusan Baitul Mal, Riyadh.

3. Syaikh Sa’d, Qadhi negeri Bukhara, seorang ulama Makkah. Saya menimba ilmu tauhid darinya pada tahun 1355 H.

4. Samahatus Syaikh Muhammad Bin Ibrahim Bin Abdul Lathief Alu Syaikh, saya bermuzalamah padanya untuk mempelajari banyak ilmu agama, antara lain: aqidah, fiqih, hadits, nahwu, faraidh (ilmu waris), tafsir, sirah, selama kurang lebih 10 tahun. Mulai 1347 sampai tahun 1357 H.

Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka dengan balasan yang mulia dan utama.

Dalam memahami fiqih saya memakai thariqah (mahdzab -red) Ahmad Bin Hanbal [1] rahimahullah. Hal ini saya lakukan bukan semata-mata taklid kepada beliau, akan tetapi yang saya lakukan adalah mengikuti dasar-dasar pemahaman yang beliau tempuh. Adapun dalam menghadapi ikhtilaf ulama, saya memakai metodologi tarjih, kalau dapat ditarjih dengan mengambil dalil yang paling shahih. Demikian pula ketika saya mengeluarkan fatwa, khususnya bila saya temukan silang pendapat di antara para ulama baik yang mencocoki pendapat Imam Ahmad atau tidak. Karena AL HAQ itulah yang pantas diikuti. Allah berfirman (yang artinya -red), “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah dia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul-Nya (As Sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” (An Nisa:59)”


TUGAS-TUGAS SYAR’I

” Banyak jabatan yang diamanahkan kepada saya yang berkaitan dengan masalah keagamaan. Saya pernah mendapat tugas sebagai:

1. Hakim dalam waktu yang panjang, sekitar 14 tahun. Tugas itu berawal dari bulan Jumadil Akhir tahun 1357 H.

2. Pengajar Ma’had Ilmi Riyadh tahun 1372 H dan dosen ilmu fiqih, tauhid, dan hadits sampai pada tahun 1380 H.

3. Wakil Rektor Universitas Islam Madinah pada tahun 1381-1390 H.

4. Rektor Universitas Islam Madinah pada tahun 1390 H menggantikan rektor sebelumnya yang wafat yaitu Syaikh Muhammad Bin Ibrahim Ali Syaikh. Jabatan ini saya pegang pada tahun 1389 sampai dengan 1395 H.

5. Pada tanggal 13 bulan 10 tahun 1395 saya diangkat menjadi pimpinan umum yang berhubungan dengan penelitian ilmiah, fatwa-fawa, dakwah dan bimbingan keagamaan sampai sekarang. Saya terus memohon kepada Allah pertolongan dan bimbingan pada jalan kebenaran dalam menjalankan tugas-tugas tersebut.

Disamping jabatan-jabatan resmi yang sempat saya pegang sekarang, saya juga aktif di berbagai organisasi keIslaman lain seperti:

1. Anggota Kibarul Ulama di Makkah.

2. Ketua Lajnah Daimah (Komite Tetap) terhadap penelitian dan fatwa dalam masalah keagamaan di dalam lembaga Kibarul Ulama tersebut.

3. Anggota pimpinan Majelis Tinggi Rabithah ‘Alam Islami.
4. Pimpinan Majelis Tinggi untuk masjid-masjid.
5. Pimpinan kumpulan penelitian fiqih Islam di Makkah di bawah naungan organisasi Rabithah ‘Alam Islami.

6. Anggota majelis tinggi di Jami’ah Islamiyah (universitas Islam -red), Madinah.
7. Anggota lembaga tinggi untuk dakwah Islam yang berkedudukan di Makkah.

Mengenai karya tulis, saya telah menulis puluhan karya ilmiah antara lain:


1. Al Faidhul Hilyah fi Mabahits Fardhiyah.

2. At Tahqiq wal Idhah li Katsirin min Masailil Haj wal Umrah Wa Ziarah (Tauhdihul Manasik – ini yang terpenting dan bermanfaat – aku kumpulkan pada tahun 1363 H). Karyaku ini telah dicetak ulang berkali-kali dan diterjemahkan ke dalam banyak bahasa (termasuk bahasa Indonesia -pent).

3. At Tahdzir minal Bida’ mencakup 4 pembahasan (Hukmul Ihtifal bil Maulid Nabi wa Lailatil Isra’ wa Mi’raj, wa Lailatun Nifshi minas Sya’ban wa Takdzibir Ru’yal Mar’umah min Khadim Al Hijr An Nabawiyah Al Musamma Asy Syaikh Ahmad).

4. Risalah Mujazah fiz Zakat was Shiyam.

5. Al Aqidah As Shahihah wama Yudhadhuha.

6. Wujubul Amal bis Sunnatir Rasul Sholallahu ‘Alaihi Wasallam wa Kufru man Ankaraha.

7. Ad Dakwah Ilallah wa Akhlaqud Da’iyah.

8. Wujubu Tahkim Syar’illah wa Nabdzu ma Khalafahu.

9. Hukmus Sufur wal Hijab wa Nikah As Sighar.

10. Naqdul Qawiy fi Hukmit Tashwir.

11. Al Jawabul Mufid fi Hukmit Tashwir.

12. Asy Syaikh Muhammad Bin Abdil Wahhab (Da’wah wa Siratuhu).

13. Tsalatsu Rasail fis Shalah: Kaifa Sholatun Nabi Sholallahu ‘Alaihi Wasallam, Wujubu Ada’is Shalah fil Jama’ah, Aina Yadha’ul Mushalli Yadaihi hinar Raf’i minar Ruku’.

14. Hukmul Islam fi man Tha’ana fil Qur’an au fi Rasulillah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam.

15. Hasyiyah Mufidah ‘Ala Fathil Bari – hanya sampai masalah haji.

16. Risalatul Adilatin Naqliyah wa Hissiyah ‘ala Jaryanis Syamsi wa Sukunil ‘Ardhi wa Amakinis Su’udil Kawakib.

17. Iqamatul Barahin ‘ala Hukmi man Istaghatsa bi Ghairillah au Shaddaqul Kawakib.

18. Al Jihad fi Sabilillah.

19. Fatawa Muta’aliq bi Ahkaml Haj wal Umrah wal Ziarah.

20. Wujubu Luzumis Sunnah wal Hadzr minal Bid’ah.”
Sampai di sini perkataan beliau yang saya (Ustadz Ahmad Hamdani -red) kutip dari buku Fatwa wa Tanbihat wa Nashaih hal 8-13.


AKIDAH DAN MANHAJ DAKWAH

Akidah dan manhaj dakwah Syaikh ini tercermin dari tulisan atau karya-karyanya. Kita lihat misalnya buku Aqidah Shahihah yang menerangkan aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, menegakkan tauhid dan membersihkan sekaligus memerangi kesyirikan dan pelakunya. Pembelaannya kepada sunnah dan kebenciannya terhadap kebid’ahan tertuang dalam karya beliau yang ringkas dan padat, berjudul At Tahdzir ‘alal Bida’ (sudah diterjemahkan -pent). Sedangkan perhatian (ihtimam) dan pembelaan beliau terhadap dakwah salafiyah tidak diragukan lagi. Beliaulah yang menfatwakan bahwa firqatun najiyah (golongan yang selamat -red) adalah para salafiyyin yang berpegang dengan kitabullah dan sunnah Nabi Sholallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hal suluk (perilaku) dan akhlaq serta aqidah. Beliau tetap gigih memperjuangkan dakwah ini di tengah-tengah rongrongan syubhat para da’i penyeru ke pintu neraka di negerinya khususnya dan luar negeri beliau pada umumnya, hingga al haq nampak dan kebatilan dilumatkan. Agaknya ini adalah bukti kebenaran sabda Nabi Sholallahu ‘Alaihi Wasallam (yang artinya), “Akan tetap ada pada umatku kelompok yang menampakkan kebenaran (al haq), tidak memudharatkan mereka orang yang mencela atau menyelisihinya”


Foot note:

[1] Mahdzab secara istilah yakni mengikuti istilah-istilah Ahmad Bin Hanbal dalam mempelajari masalah fiqih atau hadits. Bukan Mahdzab syakhsyi yaitu mengambil semua hadits yang diriwayatkannya.

Sumber: SALAFY Edisi XXV/1418 H/1998 M hal 48-49Judul Asli: “Syaikh Bin Baz Mutjahid dan Ahli Fiqih Jaman Ini”

MENINGGAL DUNIA (Keterangan tambahan)



Beliau meninggal dunia pada hari Kamis, 27 Muharram 1420 H / 13 Mei 1999 M. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala merahmatinya. Amin.

Sumber keterangan tambahan: www.fatwaonline.com(dicopy dari www.ghuroba.blogsome.com, semoga Allah membalas kebaikan adminnya)

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani

Biografi Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani




Beliau adalah Pembaharu Islam (mujadid) pada abad ini. Karya dan jasa-jasa beliau cukup banyak dan sangat membantu umat Islam terutama dalam menghidupkan kembali ilmu Hadits. Beliau telah memurnikan Ajaran islam terutama dari hadits-hadits lemah dan palsu, meneliti derajat hadits.


Nasab (Silsilah Beliau)

Nama beliau adalah Abu Abdirrahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh al-Albani. Dilahirkan pada tahun 1333 H di kota Ashqodar ibu kota Albania yang lampau. Beliau dibesarkan di tengah keluarga yang tak berpunya, lantaran kecintaan terhadap ilmu dan ahli ilmu. Ayah al Albani yaitu Al Haj Nuh adalah lulusan lembaga pendidikan ilmu-ilmu syari`at di ibukota negara dinasti Utsmaniyah (kini Istambul), yang ketika Raja Ahmad Zagho naik tahta di Albania dan mengubah sistem pemerintahan menjadi pemerintah sekuler, maka Syeikh Nuh amat mengkhawatirkan dirinya dan diri keluarganya. Akhirnya beliau memutuskan untuk berhijrah ke Syam dalam rangka menyelamatkan agamanya dan karena takut terkena fitnah. Beliau sekeluargapun menuju Damaskus.

Setiba di Damaskus, Syeikh al-Albani kecil mulai aktif mempelajari bahasa arab. Beliau masuk sekolah pada madrasah yang dikelola oleh Jum`iyah al-Is`af al-Khairiyah. Beliau terus belajar di sekolah tersebut tersebut hingga kelas terakhir tingkat Ibtida`iyah. Selanjutnya beliau meneruskan belajarnya langsung kepada para Syeikh. Beliau mempelajari al-Qur`an dari ayahnya sampai selesai, disamping itu mempelajari pula sebagian fiqih madzab Hanafi dari ayahnya.

Syeikh al-Albani juga mempelajari keterampilan memperbaiki jam dari ayahnya sampai mahir betul, sehingga beliau menjadi seorang ahli yang mahsyur. Ketrampilan ini kemudian menjadi salah satu mata pencahariannya.

Pada umur 20 tahun, pemuda al-Albani ini mulai mengkonsentrasi diri pada ilmu hadits lantaran terkesan dengan pembahasan-pembahsan yang ada dalam majalah al-Manar, sebuah majalah yang diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Rasyid Ridha. Kegiatan pertama di bidang ini ialah menyalin sebuah kitab berjudul al-Mughni `an Hamli al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ishabah min al-Akhbar. Sebuah kitab karya al-Iraqi, berupa takhrij terhadap hadits-hadits yang terdapat pada Ihya` Ulumuddin al-Ghazali. Kegiatan Syeikh al-Albani dalam bidang hadits ini ditentang oleh ayahnya seraya berkomentar. Sesungguhnya ilmu hadits adalah pekerjaan orang-orang pailit (bangkrut).

Namun Syeikh al-Albani justru semakin cinta terhadap dunia hadits. Pada perkembangan berikutnya, Syeikh al-Albani tidak memiliki cukup uang untuk membeli kitab-kitab. Karenanya, beliau memanfaatkan Perpustakaan adh-Dhahiriyah di sana (Damaskus). Di samping juga meminjam buku-buku dari beberapa perpustakaan khusus. Begitulah, hadits menjadi kesibukan rutinnya, sampai-sampai beliau menutup kios reparasi jamnya. Beliau lebih betah berlama-lama dalam perpustakaan adh-Dhahiriyah, sehingga setiap harinya mencapai 12 jam. Tidak pernah istirahat mentelaah kitab-kitab hadits, kecuali jika waktu sholat tiba. Untuk makannya, seringkali hanya sedikit makanan yang dibawanya ke perpustakaan.

Akhirnya kepala kantor perpustakaan memberikan sebuah ruangan khusus di perpustakaan untuk beliau. Bahkan kemudiaan beliau diberi wewenang untuk membawa kunci perpustakaan. Dengan demikian, beliau menjadi leluasa dan terbiasa datang sebelum yang lainnya datang. Begitu pula pulangnya ketika orang lain pulang pada waktu dhuhur, beliau justru pulang setelah sholat isya. Hal ini dijalaninya sampai bertahun-tahun.


Pengalaman Penjara

Syeikh al-Albani pernah dipenjara dua kali. Kali pertama selama satu bulan dan kali kedua selama enam bulan. Itu tidak lain karena gigihnya beliau berdakwah kepada sunnah dan memerangi bid`ah sehingga orang-orang yang dengki kepadanya menebarkan fitnah.


Beberapa Tugas yang Pernah Diemban

Syeikh al-Albani Beliau pernah mengajar di Jami`ah Islamiyah (Universitas Islam Madinah) selama tiga tahun, sejak tahun 1381-1383 H, mengajar tentang hadits dan ilmu-ilmu hadits. Setelah itu beliau pindah ke Yordania. Pada tahun 1388 H, Departemen Pendidikan meminta kepada Syeikh al-Albani untuk menjadi ketua jurusan Dirasah Islamiyah pada Fakultas Pasca Sarjana di sebuah Perguruan Tinggi di kerajaan Yordania. Tetapi situasi dan kondisi saat itu tidak memungkinkan beliau memenuhi permintaan itu. Pada tahun 1395 H hingga 1398 H beliau kembali ke Madinah untuk bertugas sebagai anggota Majelis Tinggi Jam`iyah Islamiyah di sana. Mandapat penghargaan tertinggi dari kerajaan Saudi Arabia berupa King Faisal Fundation tanggal 14 Dzulkaidah 1419 H.


Beberapa Karya Beliau

Karya-karya beliau amat banyak, diantaranya ada yang sudah dicetak, ada yang masih berupa manuskrip dan ada yang mafqud (hilang), semua berjumlah 218 judul. Beberapa Contoh Karya Beliau yang terkenal adalah :

1. Adabuz-Zifaf fi As-Sunnah al-Muthahharah

2. Al-Ajwibah an-Nafi`ah `ala as`ilah masjid al-Jami`ah

3. Silisilah al-Ahadits ash Shahihah

4. Silisilah al-Ahadits adh-Dha`ifah wal maudhu`ah
5. At-Tawasul wa anwa`uhu

6. Ahkam Al-Jana`iz wabida`uha

Di samping itu, beliau juga memiliki kaset ceramah, kaset-kaset bantahan terhadap berbagai pemikiran sesat dan kaset-kaset berisi jawaban-jawaban tentang pelbagai masalah yang bermanfaat.

Selanjutnya Syeikh al-Albani berwasiat agar perpustakaan pribadinya, baik berupa buku-buku yang sudah dicetak, buku-buku foto copyan, manuskrip-manuskrip (yang ditulis oleh beliau sendiri ataupun orang lain) semuanya diserahkan ke perpustakaan Jami`ah tersebut dalam kaitannya dengan dakwah menuju al-Kitab was Sunnah, sesuai dengan manhaj salafush Shalih (sahabat nabi radhiyallahu anhum), pada saat beliau menjadi pengajar disana.

Meninggal Dunia

Beliau Meninggal Dunia pada hari Jum`at malam Sabtu tanggal 21 Jumada Tsaniyah 1420 H atau bertepatan dengan tanggal 1 Oktober 1999 di Yoradania. Rahimallah asy-Syaikh al-Albani rahmatan wasi`ah wa jazahullahu`an al-Islam wal muslimiina khaira wa adkhalahu fi an-Na`im al-Muqim.

Rabu, 23 September 2009

Penawar Bagi Penyakit Wahhabiphobia

Assalaamu’alaikum

Jika kita melihat suasana gerakan dakwah di Malaysia, seakan-akan ada suatu penyakit yang sedang menghinggapi sesetengah golongan agamawan dan pendakwah. Penyakit ini nama saintifiknya adalah Wahhabiphobia. Meraka ini seolah-olah tidak boleh mendengar istilah wahhabi atau mendengar pandangan atau ajaran tokoh-tokoh yang mereka labelkan wahhabi. Jika mereka terdengar maka mula lah mereka menjadi tidak keruan dan haru-biru. Pelbagai kata-kata cemuhan dan tuduhan-tuduhan liar dilemparkan. Bahkan masjid-masjid turut dijadikan medan untuk menabur fitnah. Penceramah-penceramah yang mereka anggap berfahaman Wahhabi disekat dari diberi tauliah mengajar bahkan disesetengah negeri ada yang ditangkap seperti penjenayah.

Saya secara peribadi mengikuti segala tuduhan yang dilontarkan oleh mereka yang berpenyakit Wahhabiphobia ini semenjak sekian lama. Bercampur-baur perasaan saya bila melihat telatah mereka ini.

Bagaimana mereka yang berjubah ulama atau berstatus ustaz sanggup melakukan fitnah yang sekeji ini?

Kenapa mereka yang dikatakan ulama dan ustaz-ustaz ini tidak melakukan sedikit usaha untuk membuat kajian perbandingan sedangkan adalah begitu mudah untuk mendapat bahan-bahan rujukan berkaitan dengan isu ini. Adakah kerana mereka ini pemalas atau terlalu taksub sehingga dihinggapi satu lagi penyakit iaitu taklid buta?

Terkadang lucu pun ada. Hujah yang dibawa oleh golongan wahhabiphobia ini sebenarnya amat dangkal dan KESEMUANYA telah dibantah oleh para ulama yang ikhlas di seluruh dunia? Maka ke hulu ke hilir lah si wahhabiphobia ini membawa hujah-hujah dangkal ini untuk mempengaruhi orang ramai agar turut dijangkiti penyakit wahhabiphobia. Orang ramai yang tidak begitu mengerti tentang isu ini bahkan tidak mampu untuk membuat kajian perbandingan akan menelan bulat-bulat kata-kata si wahhabiphobia ini kerana si wahhabiphobia ini kononnya bergelar syaikh, ulama, guru mursyid, pak kiyai, ustaz, pak lebai, imam dan sebagainya.

Jadi kita kembali kepada isu utama. Adakah penawar bagi penyakit Wahhabiphobia ini? Bolehkah kita menghalang diri kita dari dijangkit penyakit Wahhabiphobia ini? Jawapannya ADA dan BOLEH iaitu menerusi buku bertajuk Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad Abdul Wahhab karya Syaikh Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali al-Abd. Buku ini telah diterjemahkan oleh sahabat kami Mohd Amin Yaacob. Dapatkan buku ini dan baca isi kandungannya dengan teliti. Kemudian dapatkan segala tulisan atau dengarkan segala ceramah mereka yang terkena penyakit Wahhabiphobia ini. Kemudian anda lakukan penilaian secara adil dan saksama. Hasilnya saya yakin anda akan bersetuju dengan saya bahawa SEMUA hujah golongan Wahhabiphobia ini telah dijawab dan dibantah secara kemas lengkap dengan dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana yang difahami oleh generasi Salafussoleh.

Dapatkan juga buku Hanya Islam Bukan Wahhabi karya Prof. Dr. Nashir Abdul Karim al-‘Aql yang juga turut memperjelaskan isu Wahhabi ini. Sinopsis kedua-dua buku ini saya sertakan di bawah. Pastikan anda berusaha untuk memiliki sekurang-kurangnya salah satu daripada dua buku tersebut.

Saya tutupi nukilan saya hari ini dengan firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” al-Maaidah (5) : 8






Tajuk : Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad Abdul Wahhab

Penulis : Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali al-Abd


ISBN: 978-967-308-188-2


Pages: 623,


HardcoverPrice: RM 75.00


UNTUK MEMBELI SECARA ONLINE SILA KE :



Synopsis:

Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab sering dikaitkan dengan pelbagaituduhan negatif oleh sebahgian masyarakat. Dakwah beliau, ynag masyhur digelar sebagai 'Wahabi',sering dikatakan menyalahi apa yang lazim dipelajari dan diamalkan oleh masyarakat. Bahkan ia dikaitkan juga dengan peperangan dan pembunuhan ke atas umat Islam serta penumbangan Kerajaan Islam TurkiUthmaniyah.Buku ini membersihkan segala tuduhan dan salah faham di atas.Ia mengutiptuduhan-tuduhan yang lazim dikemukakan, kemudian menjawab tuduhan iniberdasarkan nas-nas al-Qur'an dan al-Hadith, serta penjelasannya olehSyaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan tokoh ilmuan lain yang sependapat dengan beliau





Book Name: Hanya Islam Bukan Wahhabi

Author: Prof. Dr. Nashir Abdul Karim al-‘Aql

Publisher:Darul Falah

Price:RM89

Weight:1000 gram


Description:

Kitab ini merupakan sebuah hasil kajian dan pembentangan yang begitu istimewa oleh asy-Syaikh Prof. Dr. Nashir Abdul Karim al-‘Aql berkenaan terbinanya daulah Saudi Arabia dan hubungannya dengan bani Su’ud, Sheikh Muhammad Abdul Wahhab serta dakwah aqidah yang berlangsung di sana, sekaligus menjawab pelbagai tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan kepada negara Saudi Arabia yang di atas-namakan sebagai dinasti wahhabiyah.
Buku setebal 800 muka surat ini mengupas kepelbagaian fakta-fakta sejarah yang banyak tidak diketahui oleh dunia Islam terhadap kehebatan dakwah aqidah yang diletuskan oleh Sheikh Muhammad Abdul Wahhab yang bermula dari wilayah Najad, Hijaz, sehinggalah kepada tertubuhnya kesatuan Saudi Arabia. Pada masa itu, masyarakat arab di sekitar Najad, Hijaz, Uyainah, dan wilayah-wilayah lain yang kini berada di bawah pentadbiran Saudi Arabia kesemuanya saling berpecah belah dan tidak bersatu. Pelbagai ritual dan perbuatan syirik begitu subur berlaku seperti perbuatan menyembah kuburan dan memuja sesuatu di samping Allah subhanahu wa Ta’ala.

Dengan buku ini, terjawablah siapa sebenarnya Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang didakwa dan dimomokkan ke dalam masyarakat sebagai pengasas gerakan Wahhabiyah. Yang mana sebenarnya, beliau adalah salah seorang ulama besar dan pejuang penegak bendera aqidah di tanah arab pada zaman ini. Sanjungan kepada beliau juga turut dinukilkan dari pelbagai lapisan ulama ke dalam buku ini. Kepada anda yang masih meragui siapa sebenarnya beliau dan apa sebenarnya wahhabi, semoga dapat menjadikan buku ini sebagai salah satu rujukan yang tidak harus ditinggalkan.

Isnin, 14 September 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARIPADA AKOB



ŲØِŲ³ْŁ…ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ْŁ…َŁ†ِ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠŁ…ِ
Ų£َŁ†َّ Ų§Ł„ْŲ­َŁ…ْŲÆَ Ł„ِŁ„َّŁ‡ِ Ł†َŲ­ْŁ…َŲÆُŁ‡ُ ŁˆَŁ†َŲ³ْŲŖَŲ¹ِŁŠŁ†ُŁ‡ُ ŁˆَŁ†َŲ³ْŲŖَŲŗْŁِŲ±ُŁ‡ُ ŁˆَŁ†َŲ¹ُŁˆŲ°ُ ŲØِŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł…ِŁ†ْ Ų“ُŲ±ُŁˆŲ±ِ Ų£َŁ†ْŁُŲ³ِŁ†َŲ§ ŁˆَŁ…ِŁ†ْ Ų³َŁŠِّŲ¦َŲ§ŲŖِ Ų£َŲ¹ْŁ…َŲ§Ł„ِŁ†َŲ§ Ł…َŁ†ْ ŁŠَŁ‡ْŲÆِŁ‡ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁَŁ„Ų§َ Ł…ُŲ¶ِŁ„َّ Ł„َŁ‡ُ ŁˆَŁ…َŁ†ْ ŁŠُŲ¶ْŁ„ِŁ„ْ ŁَŁ„Ų§َ Ł‡َŲ§ŲÆِŁŠَ Ł„َŁ‡ُ ŁˆَŲ£َŲ“ْŁ‡َŲÆُ Ų£َŁ†ْ Ł„Ų§َ Ų„ِŁ„َŁ‡َ Ų„ِŁ„Ų§َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَŲ­ْŲÆَŁ‡ُ Ł„Ų§َ Ų“َŲ±ِŁŠŁƒَ Ł„َŁ‡ُ ŁˆَŲ£َŁ†َّ Ł…ُŲ­َŁ…َّŲÆًŲ§ Ų¹َŲØْŲÆُŁ‡ُ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ُŁ‡ُ.


Kita sekarang berada pada penghujung bulan yang penuh berkat. Kehadiran bulan Ramadan memang amat dinanti-nantikan oleh seluruh golongan yang beriman dan cintakan kepada amalan yang soleh. Semakin Ramadan melabuhkan tirainya, ia bermakna semakin hampir kita kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri. Setelah sebulan umat Islam berpuasa, meningkatkan amal ibadah, meninggalkan larangan-Nya dan mengawal nafsu syahwat masing-masing; maka tibalah hari untuk merayakan kemenangan kerana berjaya menunaikan segala kewajipan sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah S.W.T. Ianya disambut dengan gilang-gemilang. Namun tatkala Ramadan tahun ini semakin berada dipenghujungmya, perasaan sayu dan sedih mulai menggamit jiwa. Tahun depan entahkan dapat entah tidak untuk bertemu Ramadan al-Mubarak sekali lagi.

Sempena menjelmanya Hari Lebaran ini Akob ingin mengucapkan

"ŲŖَŁ‚َŲØَّŁ„َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…ِŁ†َّŲ§ ŁˆَŁ…ِŁ†ْŁƒŁ…."
‘Taqabbalallahu minna waminkum’
(Semoga Allah menerima amalan kita dan amalan kalian)

kepada seluruh pengunjung blog MINDA AKOB, Akob berharap sedikit sebanyak kehadiran blog ini dapat menyemarakkan suasana bulan Ramadan anda semua dengan amalan-amalan Sunnah. Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah S.W.T. dan mendatangkan ganjaran yang besar bagi kita semua.

Akob juga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada tutur bicara, perilaku mahupun penulisan Akob yang telah mencalar perasaan sesiapapun. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak maksum dari melakukan kesilapan. "Setiap anak Adam itu sering berbuat kesilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat." – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, kitab Sifat al-Qiyaamah, hadis no: 2499.

Akob juga ingin merakamkan penghargaan yang tinggi kepada semua pengunjung blog MINDA AKOB. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Blog MINDA AKOB ini baru diwujudkan lebih kurang setahun dua bulan yang lalu dan sehingga kini blog ini telah dikunjungi oleh netters yang datang dari dari 82 buah negara dari seluruh pelusuk dunia. Akob terharu dengan sambutan yang hangat ini. Terima Kasih atas sokongan kalian semua. Stay online with MINDA AKOB. Insya Allah Akob akan sentiasa update blog ini sekerap mungkin sekadar yang termampu. Dapatkan juga buku-buku Akob yang telah dan bakal berada di pasaran.

Sebelum Akob menutup ucapan sempena Aidilfitri ini, Akob ingin menganjurkan seluruh pembaca blog MINDA AKOB untuk mendaftar sebagai ahli di laman web yang dibina oleh rakan-rakan seperjuangan Akob iaitu http://al-fikrah.net/. Akob juga akan turut serta di sana bersama dengan rakan-rakan Akob yang rata-ratanya memiliki ilmu dan pengalaman yang jauh lebih tinggi daripada Akob. Bagi Akob al-Fikrah.Net merupakan di antara laman web bercirikan Islam yang terbaik di Malaysia. Kenapa? Tak percaya? Joinlah baru tau! You will get addicted with al-Fikrah.Net.

Sekian Wassalaam
Salam Lebaran daripada Akob & Family

Khamis, 10 September 2009

Buku Akob Top 10 Lagi


Assalaamu'alaikum

Alhamdulillah buku akob tersenarai di dalam senarai Top 10 buku terbitan Karangkraf (sila rujuk carta Langganan Pos Mingguan di bawah). Bukan mudah buku-buku agama hendak bersaing dengan novel-novel, buku motivasi dan buku resipi masakan, tetapi alhamdulillah 2 buku agama telah tersenarai seperti carta di bawah.

Akob mengucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca buku akob kerana menyokong karya-karya akob selama ini. Semoha Allah jualah yang akan membalas kalian dengan ganjaran kebaikan kerana sesungguh DIA lah sebaik-baik pemberi ganjaran


Sekian Wassalaam



Carta Top 10 Buku Terbitan Karangkraf
(08 AUGUST 2009) - Langganan Pos Mingguan
SUMBER : http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/to10.htm

No Tajuk Buku Karya/Selenggaraan

1. Ucapkan Kau Rindu - Murni Aqila

2. Bila Ada Rindu - Emma Maizura

3. Cinta Untuk Elyana - Misya Darlina

4. Gerimis Rindu - Meen Zulaikha

5. Makna Cinta - Maria Alina

6. Doa Buat Suamiku - Sri Diah

7. Rindu Untuk Dia - Dhiya Zafira

8. Dosa-Dosa Dipandang Remeh - Syaikh Muhammad Bin Soleh Al-Munajjid

9. 25 Persoalan Semasa - Mohd Yaakub Mohd Yunus

10. Ilham Hati - Damya Hanna

Rapuhkan Tauhid Wahabi?



SESATKAH PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN?
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Wujud sesetengah pihak yang mempertikaikan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian iaitu rububiyyah, uluhiyyah dan asma’dan sifat yang mereka sandarkan fahaman ini kepada Syakh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab. Menurut mereka tiada dalil yang mendokong pembahagian tauhid sedemikian rupa bahkan ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat baginda serta para salafussoleh. Bahkan terdapat tuduhan yang lebih teruk yang menyatakan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian ini menyerupai konsep triniti dalam agama Kristian yang menyatakan Tuhan itu satu tetapi dimanifestasikan kepada tiga personaliti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Nabi Isa a.s.) dan Tuhan Ruhul Kudus. Untuk menilai dakwaan-dakwaan ini seawajarnya kita menelusuri konsep-konsep yang ada dalam pembahagian tauhid kepada tiga ini.

Tauhid Rububiyyah adalah keyakinan bahawa Allah S.W.T. adalah zat yang menciptakan seluruh alam semesta serta makhluk-makhluk yang terdapat di alam ini. Allah jugalah yang telah mengatur segala urusan makhluknya seperti memberi rezeki, menghidupkan, mematikan dan sebagainya. Firman-Nya: Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu. [al-Zumar (39) : 62] Tauhid jenis ini turut diperakui oleh golongan kafir pada zaman Rasulullah s.a.w. tetapi ini bukan bermakna mereka termasuk golongan yang telah mentauhidkan Allah S.W.T. atau mereka ini telah menjadi Muslim bahkan mereka tetap dengan kekufuran mereka kerana menolak Tauhid Uluhiyyah yang akan diperjelaskan selepas ini. Bukti bahawa golongan kafir tersebut menerima bahawa Allah S.W.T. merupakan Tuhan yang telah mencipta segala sesuatu adalah seperti berikut. “Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab) -Nya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?" [al-Mu’minun (23) : 84-89] Sehubungan dengan itu dapat kita fahami bahawa bukan setiap orang yang telah mengakui bahawa Allah S.W.T. adalah Tuhan yang menciptakan segala sesuatu maka mereka telah mencapai kesempurnaan dalam mentauhidkan Allah. Kemuncak tauhid hanya akan dapat dicapai apabila dia telah menerima konsep la ilaha illallah yang bermaksud “tiada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah S.W.T.”. Kalimah ini bukan sekadar menetapkan (ithbat) bahawa Tuhan yang berhak disembah hanyalah Allah tetapi kalimat ini juga menolak (nafi) segala bentuk peribadahan selain daripada Allah. Konsep inilah yang dinamakan Tauhid Uluhiyyah.

Tauhid Uluhiyyah menetapkan bahawa semua bentuk ibadah hanya ditujukan kepada Allah semata-mata dan tiada sekutu bagi-Nya. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah ibadah bermaksud taat kepada Allah dengan menjalankan apa yang telah diperintahkan-Nya melalui lisan para Rasul. Tambah beliau lagi ibadah adalah hal yang mengcakupi segala perkataan dan perbuatan baik yang zahir mahupun batin yang dicintai dan diredhai Allah. [Dinukil dari Fathul Majid Syarh Kitabut Tauhid, ms 27] Justeru segala bentuk ibadah seperti solat, puasa, zikir, doa, permohonan pertolongan atau perlindungan, perasaan takut (khauf), tawakal dan sebagainya hendaklah ditujukan atau dipersembahkan hanya kepada Allah S.W.T. sahaja. Perkara ini telah Allah tekankan menerusi surah al-Fatihah yang sentiasa di baca oleh umat Islam sekurang-kurangnya 17 kali dalam solat mereka iaitu “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan” [al-Fatihah (1) : 5] Merealisasikan Tauhid Uluhiyyah ini merupakan misi utama bagi setiap Rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T. di setiap penjuru muka bumi ini. Firman-Nya: “Sesungguhnya telah Kami utuskan seorang Rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Beribadahlah kepada Allah dan jauhilah taghut.” [al-Nahl (16) : 36] Menurut Imam Malik taghut adalah setiap sesuatu yang disembah selain Allah.

Tauhid Uluhiyyah inilah yang telah dingkari oleh golongan kafir sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang Sikap golongan kafir yang menolak konsep keesaan Tuhan ini telah digambarkan dalam al-Qur’an sebagaimana firman-Nya : “Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan Yang satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat mengherankan.” [Shaad (38) : 5] Maka mereka menyembah sesuatu selain daripada Allah bertujuan agar sesembahan mereka itu dapat memberi syafaat kepada mereka atau sebagai perantaraan untuk mendekatkan diri mereka kepada Tuhan. Sikap golongan ini adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya: “Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: "Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah: "Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?" Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu).” [Yunus (10) : 18]

Tidakkah sikap golongan ini menyerupai gelagat segelintir kecil umat Islam yang mengunjungi kuburan-kuburan para wali bertujuan untuk beribadah serta meminta sesuatu permohonan? Bukankah alasan yang diberikan oleh mereka adalah perbuatan tersebut hanya menjadikan ahli kubur itu sebagai perantaraan agar permohonan mereka akan diterima oleh Allah S.W.T.? Aneh sungguh sikap mereka yang bertentangan dengan sunnah Nabi ini bahkan ia merupakan satu perbuatan yang bodoh kerana ahli kubur yang mereka seru itu tidak bernyawa serta tidak mampu untuk membantu agar permohonan mereka diperkenankan. Firman Allah S.W.T.: “Jika kamu menyeru mereka, mereka tidak mendengar seruanmu dan jika mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan pada hari kiamat mereka akan mengingkari perbuatan syirik kamu itu dan tiada yang dapat memberi keterangan kepada engkau seperti (Allah) yang Maha Mengetahui.” (Faathir : 14) Tambahan pula melakukan perjalanan yang jauh semata-mata untuk mengunjungi kuburan orang-orang soleh dengan tujuan untuk beribadah dan mencari keberkatan di situ sebenarnya bertentangan dengan syarak. Baginda bersabda: “Tidak boleh dipersiapkan perjalanan jauh (bertujuan untuk ibadah) kecuali kepada tiga masjid; Masjidil Haram (di Mekah), Masjid Rasulullah s.a.w. (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin). [Hadis riwayat Imam al-Bukhari]

Tauhid Asma’ dan Sifat pula adalah menetapkan apa-apa yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan atas diri-Nya baik itu berkenaan dengan Nama-Nama mahupun Sifat-Sifat Allah dan mensucikan-Nya daripada segala aib dan kekurangan sebagaimana hal tersebut telah disucikan oleh Allah dan Rasul-Nya.Tauhid ini dalam ertikata lain adalah untuk mengenali Allah S.W.T. melalui Nama-Nama-Nya yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna. Tidak ada jalan lain untuk sampai kepada pengetahuan ini melainkan melalui jalan wahyu iaitu berpandukan dari al-Qur’an dan hadis Rasulullah s.a.w. yang sahih.

Berkaitan dengan Tauhid Asma’dan Sifat ini Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin r.h di dalam kitabnya al-Qowa’idul Mutsla telah berkata: “Kita mengetahui bahawa Allah telah mengkhabarkan kepada kita tentang Diri-Nya dengan Nama-Nama-Nya yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Sempurna. Kita juga yakin sepenuhnya bahawa Allah-lah yang paling mengetahui segala sesuatu, paling benar perkataan-Nya dan paling baik penuturan-Nya. Oleh kerana itu, kita wajib tanpa ragu-ragu lagi menetapkan Nama-Nama dan Sifat-Sifat tersebut bagi Allah sesuai sepertimana yang Dia khabarkan sendiri kepada kita. Begitu juga sikap penerimaan kita terhadap khabar yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. yang mana baginda adalah orang yang paling tahu tentang Allah ‘Azza Wa Jalla, paling benar beritanya, paling tulus niatnya dan paling jelas penuturan serta penjelasannya. Jadi wajib kita menerima berita sahih yang datang dari baginda s.a.w.tentang Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah ‘Azza wa Jalla.

Dari keyakinan ini maka datanglah kaedah emas dalam memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah sebagaimana yang telah digariskan oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa: “(Hendaklah) beriman kepada apa sahaja yang disampaikan oleh Allah mengenai diri-Nya di dalam kitab-Nya dan oleh Rasulullah s.a.w dengan keimanan yang bersih dari tahrif (Mengubah lafaz Nama-Nama Allah) dan ta'thil (Meniadakan atau mengingkari Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah) serta dari takyif (bertanya bagaimana sifat Allah) dan tamtsil (mengumpamakan atau memisalkan sifat Allah dengan makhluk-Nya).”

Secara ringkasnya kaedah ini adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Malik apabila ditanya tentang tatacara, ciri-ciri dan bentuk Istawa'. Jawab Imam Malik: “Istawa' (bersemayam) itu ma'lum (diketahui maknanya), Bagaimana (kaifiat) tatacara, ciri-ciri dan bentuk majhul (tidak diketahui), mengimaninya wajib, sedangkan bertanya tentangnya (tatacara, ciri-ciri dan bentuk) adalah bid'ah.”

Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dari segi makna memang dapat kita fahami dan ketahui. Sebagai contoh Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?". [Shaad (38):75] Al-Yad dalam bahasa Arab maknanya tangan maka kita perlu tetapkan Sifat Tangan kepada Allah sebagaimana maknanya yang hakiki. Namun begitu bagaimana kaifiatnya (tatacara, ciri-ciri dan bentuk) al-Yad kita serahkan kepada Allah S.W.T. dan ianya di luar batasan akal untuk membayangkannya. Apabila Allah S.W.T berfirman yang Dia memiliki Dua Tangan dalam surah Shaad (38):75, kita beriman kepada firman-Nya. Tentu sekali Sifat itu sesuai dengan kebesaran-Nya, kemuliaan-Nya dan kesempurnaan-Nya dan sama sekali tidak menyerupai makhluk-Nya sebagaimana firman-Nya: Tiada sesuatupun yang seumpama dengan (Zat-Nya, Sifat-Sifat-Nya dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. [al-Syuura (42): 11] Ayat ini mengandungi penyucian (Tanzih) dan penafian kepada Allah daripada menyerupai makhluk-Nya, baik dalam Zat, Sifat mahupun Perbuatan-Nya. Bahagian awal ayat ini (Tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya..) merupakan bantahan terhadap kaum al-Musyabbihah dan al-Mujassimah manakala bahagian akhir ayat (Dan Dia Maha Mendengar dan Melihat) merupakan bantahan kepada kaum al-Mu'athilah (orang yang meniadakan sifat-sifat Allah).

Kaedah Tauhid Asma’ dan Sifat ini sebenarnya merupakan kaedah yang telah disepakati oleh keempat-empat imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi’i dan Imam Ahmad tanpa sedikit pun perbezaan di antara mereka. Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah berkata dalam kitabnya al-Iman: “Di antara rahmat Allah kepada para hamba-Nya adalah bahawa para imam yang mempunyai lidah kebenaran pada umat, seperti empat imam mazhab dan selain mereka, adalah bahawa mereka mengingkari (menentang) pendapat Ahlul Kalam dari kalangan Jahmiyah tentang al-Qur’an, iman dan Sifat-Sifat Allah.”

Beginilah secara ringkasnya tentang konsep pembahagian tauhid kepada tiga bahagian yang terbukti ianya berlandaskan dalil-dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Adakah wajar jika dikatakan Rasulullah s.a.w., para sahabat baginda serta para salafussoleh menolak konsepAllah itu mencipta segala sesuatu, Allah merupakan satu-satunya tempat kita persembahkan segala ibadah dan Dia memiliki Nama-Nama yang indah dan Sifat-Sifat yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna? Tentu sekali tidak wajar. Jika konsep ini di tolak kerana Rasulullah dan para salafussoleh tidak pernah membuat pembahagian sedemikian rupa maka sewajarnya konsep sifat dua puluh itu juga perlu di tolak. Sila berikan mana dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang memberi pembahagian seperti fahaman sifat dua puluh ini. Buktikan juga bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda pernah menerangkan Sifat-Sifat Allah menggunakan metode sifat dua puluh. Jika setiap kaedah yang tidak pernah diamalkan oleh baginda dan para sahabat perlu ditolak maka kita juga perlu menilai semula semua kaedah-kaedah yang telah diguna pakai dalam ilmu Ushul Fiqh, ‘Ulumul Hadith, ‘Ulumul Qur’an dan sebagainya kerana penyusunan kaedah tersebut mahupun istilah-istilah yang diguna pakai juga ada yang tiada pada zaman Rasulullah. Kaedah-kaedah pengajian ini dilakukan oleh para ulamak untuk memudah pemahaman umat Islam terhadap ilmu-ilmu agama dan menyusunkannya agar ia lebih sistematik. Apa yang penting sebenarnya konsep dalam sesuatu kaedah itu perlu didokongi oleh dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana difahami dan diamalkan oleh generasi salafussoleh.

Pembahagian tauhid kepada tiga ini juga sama sekali tidak menyamai konsep triniti dalam agama Kristian. Tuduhan ini berkemungkinan dilontarkan oleh golongan yang sebenarnya jahil tentang fahaman triniti tersebut ataupun ia sengaja dilakukan dengan niat jahat. Jika pembahagian tauhid kepada tiga dikatakan bersamaan dengan fahaman Tuhan itu satu tetapi dimanifestasikan kepada tiga personaliti, adakah pembahagian Sifat-Sifat Allah kepada dua puluh boleh dikatakan berfahaman Tuhan itu satu tetapi dimanifestasikan kepada dua puluh personaliti? Sungguh ini merupakan satu pendustaan yang amat jelek.

Sekiranya anda telah mendengar atau terbaca kata-kata dusta tentang pembahagian tauhid kepada tiga bahagian ini maka berkata sebagaimana yang telah diajar oleh Allah S.W.T. : “Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah patut bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar." [al-Nuur (24) : 16]
--------------------------------

Baca juga Artikel "SESATKAH AKIDAH IBNU TAYMIYYAH DAN MUHAMMAD 'ABDUL WAHHAB?" di alamat berikut :-

Isnin, 7 September 2009

Benarkah Nuzul al-Qur'an Itu Pada 17hb Ramadhan



Oleh Ustaz Emran

Benarkah Nuzul Al-Qur’an itu pada 17 Ramadhan seperti yang disambut oleh Masyarakat Melayu ?
Jawapan : Jawapan ana ialah tidak benar kerana hal ini bahkan bertentangan dengan banyak riwayat yang sahih dan bahkan Al-Qur’an itu sendiri menyebut secara jelas bahawa turunnya Al-Qur’an itu ialah pada malam al-Qadr dan hal ini bertepatan dengan riwayat yang sahih yang mengatakan berlakunya Al-Qadar ( lailatul qadar ) itu pada sepuluh malam yang terakhir bukan 17 Ramadhan.
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an pertunjuk kepada manusia..” (Al-Baqarah : 185).

“Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Qur’an itu pada malam al-Qadar” (Al-Qadr : 1).
Demikianlah hal yang berlaku dalam masyarakat Melayu iaitu asyik nak menyambut sahaja apa-apa pun macam orang Hindu sahaja tanpa tahu asal usul dan hal sebenar.Ini kerana dalam masalah nuzul al-qur’an ianya tidak dapat dipastikan bilakah diturunkan Al-Qur’an itu secara tarikh tepat iaitu pada hari ke berapa dan malam apakah baik 17 apakah 18 dan apakah malam 19 Ramadhan.

Diriwayatkan rasulullah pernah bersabda : “ Diturunkan suhuf Ibrahim pada malam pertama di bulan Ramadhan dan diturunkan Taurat…dan diturunkan Al-Qur’an pada malam 24 Ramadhan” (hadith ini hasan riwayat Ahmad dan Ibn Abi Hatim dan Ibn Jarir dengan rijalnya rijal yang siqah kecuali Imran al-Qathan dan dianya soduq waham dan punyai syahid dari hadith Ibn Abbas yang marfu’ .

Dikeluarkan oleh Ibn Jarir dan Abi Hatim dan juga Baihaqi dan lain-lain mengenai soalan Athiyah ibn Aswad kepada Ibn Abbas ra berkenaan penurunan Al-Qur’an yang disebut berlaku pada malam lailatul qadar dalam Bulan ramadhan maka dijawab oleh Ibn Abbas ra dengan mengatakan ianya (Al-Qur’an) diturunkan sekaligus pada malam lailatul qadar dalam bulan Ramadhan dan juga dalam riwayat lain Ibn Abbas mengatakan ianya (Al-Qur’an) diturunkan secara jumlah keseluruhannya pada malam 24 Ramadhan ke Baitul Izzah di langit dunia dan kemudiannya Jibrail as menurunkannya kepada rasulullah sedikit demi sedikit (Sahih riwayat Tibrani no. 12243 dan Disahihkan oleh Hakim dan disepakati Adz-zahabi, Baihaqi dan Ibn Jarir).

Secara sahih penurunan Al-Qur’an sekaligus keseluruhannya berlaku pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan dan hal itu jelas disepakati namun apakah Lailatul Qadar itu yang berlakunya penurunan Al-Qur’an tersebut dari sisi Allah ke langit dunia di Baitul Izzah ialah pada malam ke 17 Ramadhan maka ini tiada dalil yang jelas dan lain-lain waktu seperti yang mengatakan pada malam sekian dan sekian kerana lailatul Qadar itu berbeza-beza pada setiap tahun menurut kehendak Allah dan juga pada lailatul Qadar yang mana satukah berlakunya penurunan Al-Qur’an itu pun hanya diketahui oleh Allah swt.

Adapun riwayat yang mengatakan ianya pada 17 Ramadhan seperti yang disebut oleh riwayat Ibn Mas’ud ra maka sesungguhnya riwayat ini ialah dhaif (lihat dalam Sunan Abi Daud no. 1384). Juga disebut dalam kitab Hidayatul Mustanir pada Takhrij hadith-hadith dalam Tafsir Ibn Katsir ra maka pengarangnya sendiri memberi peringatan bahawa semua hadith yang mengatakan lailatul qadar itu terjadi pada awal dan pada 17 atau 19 Ramadhan maka sesungguhnya ianya ialah dhaif dan tiada sabit dari rasulullah.

“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36).

Kesimpulannya tidak payahlah menyambut sesuatu yang tidak pasti kerana ianya bukan perkara yang disuruh sebaliknya mengamalkan isi Al-Qur’an itulah yang diperintahkan dan disuruh bukannya mengadakan bid’ah dan kekarutan dan kecabulan dari kejahilan.

Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :50).

" Dan apa-apa yang diperintahkan (ditinggalkan ) oleh rasul maka ambillah (taatlah) dan apa-apa yang ditegahnya maka tinggalkanlah" (Al-Hasyr: 7).

p/s :

Bid’ah dan kejahilan banyak berpunca dari golongan sufi, pernah ada satu cerita tentang seorang sufi yang menyimpan tanah kubur seorang wali Allah yang diambilnya semasa melawat India. Lalu ditanya kepada beliau : Siapakah wali Allah ini ? Jawabnya : Wali Allah ini aku tidak tahu siapa namanya tapi aku mendengar dia ialah wali Allah. Lalu ditanya : Di manakah tanah ini engkau ambil ? Jawabnya : dari sebuah tanah perkuburan di India, aku tidak tahu yang mana satu kuburnya secara pasti jadi aku ambil tanah ini dari sebuah perkuburan dan aku “anggap” sebagai tanah kubur si Wali Allah.

Juga perbuatan mereka yang melawati gua perkuburan ashabul kahfi dan mengambil berkat dari batu dan tanah sekitarnya dan apabila ditanya di manakah kamu ambil maka dijawab di Jordan sedangkan gua ashabul kahfi ini tidak diketahui apakah yang di Jordan, di Syiria dan di lain-lain tempat kerana tiada dalil.Demikianlah sangkaan manusia…

Jumaat, 4 September 2009

MAJALAH i BULAN SEPTEMBER 2009

Sedikit ringkasan kandungan isu kali ni:

1. Tumpuan - Pengeboman Hotel JWW Marriot dan Ritz Carlton di Jakarta. Benarkah angkara Nordin Mat Top?

2. Tinjaun Khas - Mengenali Yakjuj dan Makjuj.

3. Ezry Fahmy - Dakwah menggunakan Facebook

4. Perbezaan awal puasa dan hari raya antara Malaysia dan timur tengah oleh Hairul Anuar Samingan, dari bahagian falak, jabatan mufti selangor

5. Jejak Silam - komunikasi ketenteraan di era peradaban islam

6. Jendela keluarga - Dr. hafidzah dan Ceh Rahimi, Ketua Wanita JIM

7. Hasrizal Abdul Jamil dengan "Fitnah Di Hujung Lensa"

8. Pengalaman Rohani - bekas juara bina badan Australia, Syeikh Feiz

9. dunia islam - populasi muslim melebihi yahudi di amerika

10. Travelog Iman - kembara jihad di Pulau Jawa Tengah

11. Kapt Hafiz Firdaus - kemudahan berpuasa ramadan ketika musafir

12. Mohd Yaakub Mohd yunus - beribadah di kuburan satu pencemaran

13. Ruangan baru, protaz - Dato' hamidon abd hamid, minat agama dorong kuasai bahasa arab

14. Kapt dalam catatan 40 k kaki - saya dan solat tarawihsekian buat masa ni.

Terima kasih

Beribadah Di Kuburan Suatu Pencemaran


Assalaamu'alaikum

Alhamdulillah artikel akob tentang beribadah di kawasan perkuburan yang boleh mencemari tauhid telah dipaparkan di dalam Majalah i bulan September 2009.

Akob mengucapkan terima kasih kepada Editor Majalah i dan Crew kerana sokongan padu yang mereka berikan kepada artikel-artikel akob.

Sekian