Isnin, 20 Julai 2009

ULASAN BUKU :Israk & Mikraj Menurut al-Qur'an dan Hadis


Penulis : Dr Ismail Lutfi
Mukasurat : 52
Penerbit : Jahabersa
Harga : RM 6.90
Beli Secara Online : http://www.jahabersa.com.my/en/aqidah/israk-dan-mikraj-menurut-keterangan-al-quran-dan-hadis

Assalaamu'alaikum

Ramai di antara rakan-rakan saya yang menunjukkan minat untuk mengetahui tentang peristiwa Israk & Mikraj dan meminta saya untuk menulis serba sedikit tentangnya. Dari tahun ke tahun projek ini tertangguh tasa kelemahan yang ada pada diri saya sendiri. Pada tahun ini saya telah terjumpa lalu membeli sebuah karya daripada seorang tokoh sunnah yang alim dari selatan Thailand iaitu Dr Ismail Lutfi bertajuk Israk dan Mikraj Menurut Keterangan al-Qur'an dan Hadis. Setelah membaca buku ini saya yakin bahawa ia boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang meminati peristiwa besar dalam Kisah Hidup Nabi Muhammad s.a.w. ini.
Apa yang istimewa tentang buku ini, Dr Ismail Lutfi hanya memaparkan kisah-kisah yang benar sahaja dari al-Qur'an dan al-Sunnah. Segala riwayat-riwayat lemah dan palsu telah beliau abaikan agar para pembaca tidak akan terpengaruh dengannya.
Oleh itu dapatkan ia dengan segera.
Sekian Wassalaam

Tiada ulasan: