Khamis, 29 April 2010
Isnin, 26 April 2010
Majalah i Mac 06 : Hukum Air Mustakmal
Assalaamu'alaikum,
Ini merupakan artikel akob yang pertama tersiar di Majalah i.
Akob sememangnya pelanggan tetap Majalah i, namun apabila melihat artikel sendiri terpampang di majalah kegemaran akob, ia membangkitkan perasaan yang istimewa yang sukar hendak digambarkan.
Terima Kasih En Ahmad Yani & team Majalah i.

Untuk Membesarkan Paparan Sila KLIK Pada Imej-Imej Di Bawah
Selasa, 20 April 2010
Majalah i April 2010 : Hubungan Seks Secara Sunnah
Assalaamu'alaikum
Antara artikel yang hangat dalam Majalah i bulan April 2010. Editor karya Bestari siap suruh akob kembangkan artikel ini sehingga menjadi sebuah buku. heheheh... Tapi akob suruh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL) yang jauh berpengalaman dalam bab ini untuk membuat buku berkaitan hal ini.
Apa pun dapatkan Majalah i bulan April 2010. Kandungannya memang mantap.
Selamat membaca dan mencuba.
Sekian

Untuk Membesarkan Paparan Sila Klik Pada Imej
Rabu, 7 April 2010
Di akhbar ILUVISLAM : NIKMAT KETIKA SAKIT
Keratan Akhbar I luv Islam, Bil 4. Sila Klik Pada Imej Untuk Membesarkan Paparan
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Apabila seseorang itu ditimpa sesuatu penyakit, kesakitan yang menghinggapi tubuh badannya pasti akan menyebabkan dia merasa tidak selesa, lemah dan hilang selera makan. Kebebasan seseorang untuk melakukan aktiviti harian turut menjadi terbatas disebabkan sesetengah jenis penyakit. Tidak hairanlah sekiranya kebanyakan manusia memiliki tanggapan yang negatif tentang sakit dan ramai yang mengeluh tentang nasibnya apabila kesihatan mereka terganggu. Tidak ramai yang memandang penyakit yang ditanggung seseorang itu merupakan satu nikmat serta anugerah Allah kepada hamba-Nya.
Ditimpa penyakit merupakan salah satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya agar dapat dikenalpasti siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang sabar di saat ditimpa musibah. Sebagai mukmin yang sejati, seseorang itu tidak hanya merasa gembira dan bersyukur kepada Allah ketika dikurniakan kesenangan dalam kehidupannya, tetapi dia juga perlu redha dan bersabar saat ditimpa apa jua musibah termasuk ketika jatuh sakit. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yang menimpa dirnya dianggap sebagai sesuatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecuali seorang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Justeru sifat sabar ketika ditimpa apa jua jenis penyakit merupakan di antara ciri-ciri golongan yang beriman dan kesabaran tersebut akan mendatangkan kebaikan berupa ganjaran yang baik daripada Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang taat dalam apa jua kondisi hidupnya.
Di antara ganjaran yang besar kepada mereka yang ditimpa penyakit adalah penghapusan dosa-dosa yang telah dilakukannya pada masa lalu. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa sakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana daun pohon yang berguguran.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Bagi mereka yang bersabar ketika kesihatan mereka terganggu nescaya ia akan dicatat sebagai suatu amalan mulia yang berhak mendapat pahala dan darjatnya disisi Allah S.W.T. akan ditingkatkan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah seorang mukmin yang terkena sesuatu penyakit meskipun hanya pada uratnya sahaja, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan peyakit tersebut, akan dicatatkan baginya satu kebaikan dan diangkat darjatnya. (Hadis riwayat Imam Thabarani)
Dengan penghapusan dosa-dosa serta ganjaran pahala bagi mereka yang redha dengan ujian Allah, maka tentu sekali sifat sabar ketika ditimpa penyakit ini merupakan salah satu faktor yang dapat memudahkan seseorang itu untuk memasuki syurga di akhirat kelak dan menjauhkan seseorang itu dari tercampak ke neraka jahanam. Abu Hurairah r.a pernah bersama Rasulullah s.a.w. menziarahi seorang yang sedang menderita penyakit demam. Rasulullah lalu bersabda kepada pesakit tersebut: “Beritakanlah khabar gembira, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla pernah berfirman: “Penyakit itu adalah api-Ku yang Aku timpakan kepada hamba-Ku yang Mukmin di dunia ini agar dia dapat selamat dari api neraka pada hari akhirat nanti.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Kebanyakan manusia lalai dari mengingati Allah S.W.T. ketika berada dalam keadaan sihat dan senang. Namun bila ditimpa ujian ia seringkali dapat menyedarkan manusia akan nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepadanya sebelum ini ketika sihat. Ia juga dapat menyedarkan seseorang tentang betapa lemah dirinya yang tidak mampu menahan musibah tersebut berbanding keagungan Allah S.W.T. yang berkuasa sepenuhnya ke atas hamba-hamba-Nya. Apabila seseorang jatuh sakit ia turut menyedarkan seseorang itu akan segala perbuatan maksiat yang telah dilakukan sebelum ini kerana sebagaimana yang kita sedia maklum setiap ujian atau musibah itu terbit dari kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan. Firman Allah S.W.T.: “Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Asy-Syura [42] : 30). Menerusi firman-Nya yang lain Allah S.W.T. menyatakan musibah yang ditimpakan kepada hamba-hamba-Nya dapat berfungsi untuk menimbulkan keinsafan dalam jiwa setiap insan dan ini dapat membantunya untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada dirinya. Allah S.W.T. berfirman: “Dan Kami berikan ujian kepada mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” (Al-A’raf [7] : 168) Ibnu Jarir ketika menafsirkan ayat di atas ini berkata: “Kami akan menguji mereka berupa kelapangan dalam hidup, kemewahan di dunia, keluasan dan kelapangan rezeki. Semua itu adalah kenikmatan yang baik sebagaimana disebutkan dalam firman Allah S.W.T. di atas. Sedangkan maksud hal-hal yang buruk adalah kesempitan dan kesengsaraan dalam hidup, musibah dan kekurangan harta. Yang dimaksudkan dengan firman Allah agar mereka kembali (kepada kebenaran) adalah suapaya mereka kembali kepada ketaatan kepada Rabb mereka, bertaubat kepada-Nya dan bertaubat dari segala perilaku kemaksiatan yang dilakukan terhadap-Nya.”
Ketika sakit, tubuh badan kita menjadi lemah dan adakalanya menghalang kita dari melakukan sesetengah amal ibadah yang biasa kita lakukan ketika sihat. Namun di antara keistimewaan yang diberikan Allah S.W.T. kepada mereka yang sedang sakit adalah mereka tetap menerima ganjaran pahala bagi amal-amal ibadah tersebut walaupun pesakit tersebut tidak mengerjakan amal ibadah tersebut kerana tidak mampu. Sebagai contoh bagi seseorang yang konsisten mengerjakan solat tahajud namun terhalang untuk mengerjakannya kerana kesihatannya terganggu, dia tetap menerima pahala solat tahajud tersebut sepanjang tempoh dia sedang sakit. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang hamba sakit atau dalam perjalanan (musafir) maka akan dicatat baginya pahala perbuatannya seperti yang dia kerjakan ketika mukim dan dalam keadaan sihat.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Demikianlah beberapa ganjaran yang Allah S.W.T. kurniakan kepada hamba-hamba-Nya yang sedang sakit. Imam Ibnu Qayyim r.h di dalam kitabnya Syifa al-‘Alil Masa’al al-Qadha’ wa al-Qadr wa al-Hikmah wa at-Ta’lil telah mengkaji tentang keistmewaan bagi mereka yang sedang sakit dan beliau dapati terdapat lebih dari seratus faedah yang dapat mereka kecapi. Justeru tidak hairanlah sekiranya sesetengah generasi salaf melihat ditimpa musibah seperti sakit sebagai satu nikmat yang menggembirakan sepertimana gembiranya umat pada zaman ini ketika mereka mendapat kemewahan hidup. Wahab bin Munabih r.h berkata: “Sesungguhnya umat sebelum kamu, apabila salah seorang di antara mereka tertimpa bala, dia menganggapnya sebagai kemewahan dan apabila dia mendapat kemewahan, dia menganggapnya sebagai bala.”
Semoga pendedahan ini dapat menjadi penawar hati bagi mereka yang sedang berduka kerana penyakit yang sedang menimpa mereka. Kini telah jelas bagi kita semua bahawa penderitaan yang sedang anda alami itu sebenarnya terdapat nikmat serta anugerah besar pemberian Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ke atas hamba-hamba-Nya

Buku HEBATNYA BULAN ISLAM Akan Berada Di Pasaran Soon
Sila Klik Pada Imej Untuk Membesarkan Paparan
Assalaamu'alaikum
Bagi yang tidak sempat membelinya ketika Pesta Buku, buku ini akan berada di kedai-kedai buku pada minggu ke tiga bulan April 2010 ini. Untuk melihat senarai kedai yang mengedarkan buku-buku Karya Bestari sila ke website ini :
http://www.alaf21.com.my/langganan/langgan.htm
Anda juga boleh membelinya secara online di website ini :
http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2576
Assalaamu'alaikum
Alhamdulillah, buku HEBATNYA BULAN ISLAM ini telah terjual dengan baik ketika Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 yang lalu walaupun berada di booth Karangkraf hanya selama Sehari setengah. Terima Kasih kepada para pembeli semua. Sokongan kalian amat akob hargai.
Bagi yang tidak sempat membelinya ketika Pesta Buku, buku ini akan berada di kedai-kedai buku pada minggu ke tiga bulan April 2010 ini. Untuk melihat senarai kedai yang mengedarkan buku-buku Karya Bestari sila ke website ini :
http://www.alaf21.com.my/langganan/langgan.htm
Anda juga boleh membelinya secara online di website ini :
http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2576
Jangan lupa layari Blog Karya Bestari http://www.karyabestari.blogspot.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang buku-buku terbaru mereka. KARYA BESTARI : ILMIAH, MURAH, MUDAH & TERMURAH DI PASARAN
Sekian Wassalaam
Langgan:
Catatan (Atom)