Khamis, 7 Ogos 2008

Jangan Mudah Menuduh Orang Wahhabi

Assalaamu'alaikum
Semenjak kebelakangan ini istilah Wahhabi semakin popular namun dalam konotasi yang negatif. Ada beberapa golongan yang dianggap agamawan yang kerjanya hanya merantau seluruh Malaysia dari Masjid ke Masjid dan Forum ke Forum hanya untuk mencela dan menyesatkan golongan yang mereka gelar Wahhabi. Dengan perwatakan seperti ulamak ramai juga yang terpengaruh dengan dakyah mereka ini tanpa terlebih dahulu melakukan usul periksa atau kajian mendalam. Alhamdulillah, S.S Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah mengarang sebuah artikel bertajuk : JANGAN MUDAH MENUDUH ORANG WAHHABI yang amat berguna bagi memperjelaskan isu ini kepada masyarakat awam. Untuk membaca artikel tersebut (yang telah di siarkan dalam akhbar Sinar Harian 1 & 2 hb Ogos 2008) anda boleh mengdownload artikel tersebut (in PDF) di sini:
Atau terus ke laman web beliau di:
Selamat Membaca
Sekian Wassalaam
Abu Iqbal Mohd Yaakub

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pernah tak anda hadhir dlm majlis ilmu agamawan yang cuba mempertahankan ummah yang sedang dilanda fitnah wahabi.usaha membawa ummah jauh dari Rasulullah saw dan berbuat sedikit amal harus ditentang habis-habisan dan saya dah ingatkan anda sebelum ni pilih saham akhirat yang betul.In the hereafter the water will take the color of the cup.do not regret if u later discover your cup did not reflect of what u have been holding in this temporal world.Masa tu dah terlambat dan tak guna nak menyesal.Be careful dengan Dr.Asri.Did he tell u what happen to him in the Majlis Muzakarrah Mufti2.What majority of Mufti think of him.Tak salah jadi minority tapi minority seumpama Rasulullah saw agak berbeza dgn minoriti yang dibawa oleh dr asri.Kalau tak puas hati jumpa dan muzakarah dengan ust Fuad Kamaluddin Al-Maliki.Kenal tak ust fuad?Satu m'sia kenal dia.kalau belum kenal kena cari dia yg sohih dah buat kajian mendalam ttg wahabi yang anda ragu-ragukan.Time is runnuing out brother.tidak ada roh yg tidak menyesal when it leaves the body.When the roh leaves the body aje dia akan rasa sesal tak dpt sebarang pertolongan dari org2 yg masih hidup yg ditinggalkan.itu baru satu cabang hujah wahabi..the custodian of the holy mosques doesn't mean anything in the eyes of Allah.How well u junjung Allah and Rasulullah saw that matters.Allah pernah letak beratus berhala di sekeliling Kaabah tapi ia sedikitpun tak jejaskan the Haram.U can bet Allah can do it again kalau kita jauh dariNya dan dari Rasul kekasihnya.Tapi Al-Haram tetap mulia and nabawi tetap mulia disebabkan hamba2 Allah yang memuliakan dan mendekatkan diri pada Rasulullah saw dan istiqamah in the highway of Allah.Jaga2 bro jgn tersasar dari highway ni...

Mohd Yaakub bin Mohd Yunus berkata...

Assalaamu'alaikum Ya Akhi Azhar,

Adakah Ustaz Fuad atau ustaz Zamihan atau Uztaz Abu Syafiq atau Ustaz Mahfuz atau Ustaz Uthman el-Muhammady tak mengajar enta untuk memberi salam?

Saya hanya nak bagi tahu kat enta ana pernah berforum satu pentas bersama Ustaz Uthman el-Muhammady, ana pernah hadiri kuliyah Ustaz Zamihan dan Ustaz Mahfuz, Di rumah saya ada buku karangan Zamihan, terbitan Mahfuz dan buku Fuad Rembawi.

Sekarang saya nak tanya kepada Tuan Azhar, Adakah tuan memiliki mana-mana buku atau tuan pernah mengkaji sendiri tuduhan-tuduhan yang telah dilemparkan oleh mereka yg telah saya sebutkan atau yang sewaktu dengan mereka di atas?

Jika tidak maka tuan lah yg perlu banyak-banyak berfikir, merenung dan bermuhasabah.

Sekian Wassalaam

Air Setitik Team berkata...

Please visit our updated blog at http://airsetitik.tk or http://airsetitik.co.cc. Look forward to having your share of thoughts.

Air Setitik