Assalaamu’alaikum
Jika kita melihat suasana gerakan dakwah di Malaysia, seakan-akan ada suatu penyakit yang sedang menghinggapi sesetengah golongan agamawan dan pendakwah. Penyakit ini nama saintifiknya adalah Wahhabiphobia. Meraka ini seolah-olah tidak boleh mendengar istilah wahhabi atau mendengar pandangan atau ajaran tokoh-tokoh yang mereka labelkan wahhabi. Jika mereka terdengar maka mula lah mereka menjadi tidak keruan dan haru-biru. Pelbagai kata-kata cemuhan dan tuduhan-tuduhan liar dilemparkan. Bahkan masjid-masjid turut dijadikan medan untuk menabur fitnah. Penceramah-penceramah yang mereka anggap berfahaman Wahhabi disekat dari diberi tauliah mengajar bahkan disesetengah negeri ada yang ditangkap seperti penjenayah.
Saya secara peribadi mengikuti segala tuduhan yang dilontarkan oleh mereka yang berpenyakit Wahhabiphobia ini semenjak sekian lama. Bercampur-baur perasaan saya bila melihat telatah mereka ini.
Bagaimana mereka yang berjubah ulama atau berstatus ustaz sanggup melakukan fitnah yang sekeji ini?
Kenapa mereka yang dikatakan ulama dan ustaz-ustaz ini tidak melakukan sedikit usaha untuk membuat kajian perbandingan sedangkan adalah begitu mudah untuk mendapat bahan-bahan rujukan berkaitan dengan isu ini. Adakah kerana mereka ini pemalas atau terlalu taksub sehingga dihinggapi satu lagi penyakit iaitu taklid buta?
Terkadang lucu pun ada. Hujah yang dibawa oleh golongan wahhabiphobia ini sebenarnya amat dangkal dan KESEMUANYA telah dibantah oleh para ulama yang ikhlas di seluruh dunia? Maka ke hulu ke hilir lah si wahhabiphobia ini membawa hujah-hujah dangkal ini untuk mempengaruhi orang ramai agar turut dijangkiti penyakit wahhabiphobia. Orang ramai yang tidak begitu mengerti tentang isu ini bahkan tidak mampu untuk membuat kajian perbandingan akan menelan bulat-bulat kata-kata si wahhabiphobia ini kerana si wahhabiphobia ini kononnya bergelar syaikh, ulama, guru mursyid, pak kiyai, ustaz, pak lebai, imam dan sebagainya.
Jadi kita kembali kepada isu utama. Adakah penawar bagi penyakit Wahhabiphobia ini? Bolehkah kita menghalang diri kita dari dijangkit penyakit Wahhabiphobia ini? Jawapannya ADA dan BOLEH iaitu menerusi buku bertajuk Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad Abdul Wahhab karya Syaikh Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali al-Abd. Buku ini telah diterjemahkan oleh sahabat kami Mohd Amin Yaacob. Dapatkan buku ini dan baca isi kandungannya dengan teliti. Kemudian dapatkan segala tulisan atau dengarkan segala ceramah mereka yang terkena penyakit Wahhabiphobia ini. Kemudian anda lakukan penilaian secara adil dan saksama. Hasilnya saya yakin anda akan bersetuju dengan saya bahawa SEMUA hujah golongan Wahhabiphobia ini telah dijawab dan dibantah secara kemas lengkap dengan dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana yang difahami oleh generasi Salafussoleh.
Dapatkan juga buku Hanya Islam Bukan Wahhabi karya Prof. Dr. Nashir Abdul Karim al-‘Aql yang juga turut memperjelaskan isu Wahhabi ini. Sinopsis kedua-dua buku ini saya sertakan di bawah. Pastikan anda berusaha untuk memiliki sekurang-kurangnya salah satu daripada dua buku tersebut.
Saya tutupi nukilan saya hari ini dengan firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” al-Maaidah (5) : 8

Tajuk : Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad Abdul Wahhab
Penulis : Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali al-Abd
ISBN: 978-967-308-188-2
Pages: 623,
HardcoverPrice: RM 75.00
UNTUK MEMBELI SECARA ONLINE SILA KE :
Synopsis:
Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab sering dikaitkan dengan pelbagaituduhan negatif oleh sebahgian masyarakat. Dakwah beliau, ynag masyhur digelar sebagai 'Wahabi',sering dikatakan menyalahi apa yang lazim dipelajari dan diamalkan oleh masyarakat. Bahkan ia dikaitkan juga dengan peperangan dan pembunuhan ke atas umat Islam serta penumbangan Kerajaan Islam TurkiUthmaniyah.Buku ini membersihkan segala tuduhan dan salah faham di atas.Ia mengutiptuduhan-tuduhan yang lazim dikemukakan, kemudian menjawab tuduhan iniberdasarkan nas-nas al-Qur'an dan al-Hadith, serta penjelasannya olehSyaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan tokoh ilmuan lain yang sependapat dengan beliau
Book Name: Hanya Islam Bukan Wahhabi
Author: Prof. Dr. Nashir Abdul Karim al-‘Aql
Publisher:Darul Falah
Price:RM89
Weight:1000 gram
UNTUK URUSAN PEMBELIAN SILA HUBUNGI dimensi83@hotmail.com atau ke url http://galeriniaga.blogspot.com/2008/06/90-kitab-hanya-islam-bukan-wahhabi.html
Description:
Kitab ini merupakan sebuah hasil kajian dan pembentangan yang begitu istimewa oleh asy-Syaikh Prof. Dr. Nashir Abdul Karim al-‘Aql berkenaan terbinanya daulah Saudi Arabia dan hubungannya dengan bani Su’ud, Sheikh Muhammad Abdul Wahhab serta dakwah aqidah yang berlangsung di sana, sekaligus menjawab pelbagai tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan kepada negara Saudi Arabia yang di atas-namakan sebagai dinasti wahhabiyah.
Buku setebal 800 muka surat ini mengupas kepelbagaian fakta-fakta sejarah yang banyak tidak diketahui oleh dunia Islam terhadap kehebatan dakwah aqidah yang diletuskan oleh Sheikh Muhammad Abdul Wahhab yang bermula dari wilayah Najad, Hijaz, sehinggalah kepada tertubuhnya kesatuan Saudi Arabia. Pada masa itu, masyarakat arab di sekitar Najad, Hijaz, Uyainah, dan wilayah-wilayah lain yang kini berada di bawah pentadbiran Saudi Arabia kesemuanya saling berpecah belah dan tidak bersatu. Pelbagai ritual dan perbuatan syirik begitu subur berlaku seperti perbuatan menyembah kuburan dan memuja sesuatu di samping Allah subhanahu wa Ta’ala.
Dengan buku ini, terjawablah siapa sebenarnya Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang didakwa dan dimomokkan ke dalam masyarakat sebagai pengasas gerakan Wahhabiyah. Yang mana sebenarnya, beliau adalah salah seorang ulama besar dan pejuang penegak bendera aqidah di tanah arab pada zaman ini. Sanjungan kepada beliau juga turut dinukilkan dari pelbagai lapisan ulama ke dalam buku ini. Kepada anda yang masih meragui siapa sebenarnya beliau dan apa sebenarnya wahhabi, semoga dapat menjadikan buku ini sebagai salah satu rujukan yang tidak harus ditinggalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan