Al-Fikrah.net (AFN) selaku sebuah forum dakwah maya, melahirkan rasa dukacita dan kesal atas penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin atas tuduhan berceramah tanpa tauliah pada 1 November dan pendakwaan beliau pada keesokan harinya (2 November 2009).
AFN berpendapat, tindakan pihak JAIS adalah kurang berhemah disamping mereka harus bijak menangani isu tersebut tanpa menjatuhkan maruah seorang ilmuwan agama apatah lagi memalukannya dengan cara sedemikian. Kita semua maklum bahawa kuliah tersebut adalah kuliah bulanan beliau yang diadakan di rumah persendirian dan kuliahnya tidak pernah keluar dari ajaran Al-Qur:an dan as-Sunnah, apatah lagi beliau adalah bekas seorang pensyarah USM, universiti APEX terkemuka Malaysia, mantan Mufti negeri dan berkelulusan phD dari UIAM, sebuah universiti yg berperistij di dunia Islam.
Dalam roh seruan 1 Malaysia 1 Ummat, kita menyeru JAIS supaya melihat sumbangan Dr Mohd Asri dari sudut yang positif. Ini kerana beliau seringkali memberi saranan bernas yang membawa rakyat Malaysia ke arah masyarakat yang maju, aman, progresif dan makmur. Sebaliknya tindakan JAIS terhadap beliau dilihat sebagai mundur ke belakang dan menjumudkan pemikiran rakyat.
Ingatlah firman Allah, maksudnya:"Siapakah yg lebih baik perkataannya dari orang yg menyeru kpd Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata," sesungguhnya aku termasuk orang yg berserah diri." AQ 41: 33
Tiada ulasan:
Catat Ulasan