Alhamdulillah menerusi berita pagi TV3, Menteri Besar Perlis telah mengumumkan perlantikan Dr Juanda Jaya sebagai Mufti Perlis yang baru setelah mendapat perkenan DYM Sultan Perlis berkuatkuasa 1hb Februari 2009.
Akob amat gembira dengan perlantikan Dr Juanda ini kerana akob berkeyakinan bahawa beliau mampu untuk meneruskan agenda-agenda Tajdid seperti yang telah diperjuangkan oleh sahabat akob iaitu Mantan Mufti Perlis sebelum ini, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Akob mendoakan Dr Juanda akan dapat melaksanakan tugas beliau dengan berjaya dan dapat meneguhkan gerakan sunnah di negeri Perlis Darus Sunnah khususnya dan Malaysia amnya.
Insya Allah seluruh penggiat gerakan Sunnah dan Tajdid di seluruh negara akan memberi sokongan penuh kepada Dr Juanda.
Sekian Wassalaam
4 ulasan:
Tahniah! Saya harap Dr Juanda akan terus menulis di MW, walaupun akan sibuk dengan tugas baru...
dr juanda? yang dari sarawak tu ke (juanda jaya), atau ada dr juanda lain?
http://maiyang-maiyang.blogspot.com
Assalaamu'alaikum
Ya, dr Juanda yg berasal dari Sarawak
Pembetulan: Perlis RAJA bukan SULTAN
Catat Ulasan